Bulan puasa ni kalau petang-petang pergi ke bazaar Ramadhan dah tentu kita dapat tengok punyalah banyak makanan. Beraneka pilihan, yang goreng ada, yang rebus ada dan yang bakar juga ada. Air lak bermacam-macam kaler sampai tak tahu mana satu nak pilih. Camtulaa kan bertuahnya duduk kat Malaysia ni.. dapat jumpa semua tu.. yang penting sediakan duit jee sebab sesetengah tempat… makanan dan minuman yang dijual agak special sikit oleh kerana ada antaranya yang digoreng dengan petrol serta berbancuhkan diesel.
Semua yang kita nikmati di sini mungkin tak dapat dikongsi bersama oleh sesetengah manusia kat dunia ni. Dalam pada kita yang hanya berpuasa tidak makan dan minum setakat dari sebelum subuh hingga magrib tetapi masih punya pilihan apa juadah yang nak dijadikan menu. Ada pula makhluk-makhluk bernyawa bernama manusia seperti kita yang terpaksa mencari makan disekitar tempat pembuangan sampah. Mereka-mereka ini ada di merata tempat, tak terkecuali dibumi bertuah kita ni juga wujud tapi mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat tak pandang.
Di Juba, Sudan beberapa kanak-kanak disana mencari makan setiap hari di kawasan pembuangan sampah. Ada yang beralasan keluarga mereka miskin dan tidak punya wang manakala keadaan ibu bapa yang sakit memaksa mereka berbuat demikian. TV3 ada juga menyiarkan tentang berita ni pada buletin 1.30 tengahhari tadi. Sesiapa yang terlepas boleh ikuti laporan serta videonya DISINI. Lihatlah sendiri betapa sengsaranya kanak-kanak ini terpaksa berebutkan sisa-sisa makanan yang telah dihurungi lalat. Bagi mereka soal kesihatan sudah tak jadi hal lagi.
Jumlah kanak-kanak yang memburu makanan di tempat pembuangan sampah di Juba ini bertambah dari sehari ke sehari. Keadaan mereka sudah tak terkawal lagi. Lihat pulak diri kita disini yang bukan sahaja mewah makanan tetapi selalunya terlebih-lebih sehingga terpaksa dibuang pulak. Tak rasa apa-apa langsung dengan pembaziran yang kita lakukan berhari-hari. Kalau bulan Ramadhan ni apatah lagikan, selalunya pembaziran yang dilakukan adalah lebih dasyat.
Masih belum terlambat untuk kita mengubah tabiat yang dah terbiasa dengan pembaziran nih. Walau Ramadhan selalu dikaitkan dengan bulan ibadah tetapi dikalangan masyarakat kita boleh juga dikenali sebagai bulan membazir. Disaat ramai dari kita peka yang makhluk iblis durjana dirantai tika ini tetapi tanpa sedar kita sendiri pulak yang longlai atas desakan nafsu yang rakus. Bersyukurlah kerana kita masih belum sampai ke tahap mencari makan dikawasan pembuangan sampah ataupun memungut siput babi bagi dibuat cekodok untuk juadah berbuka.
Renung-renungkan..
Related posts:
- Kos Makanan Asrama naik RM 3 Sehari Kenaikkan ini tak melibatkan semua orang dan perkara biasa...
- 348 usd @ RM 1252.80 untuk Februari. Masih lagi dengan blog PR 0 Alhamdulillah itu sahaja yang dapat aku ucapkan ketika mengira pendapatan...
- Benarkah kita darurat? “Alah.. kalau kat sini ko masih fikir lagi pasal halal...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















Syukur alhamdullilah.. Kita masih lupa & alpha kekadangkan..
syukurrrrrrr
Alhamdulillah..setakat ini mmg saya amalkan …dan mencuba sedaya yang mampu utk tidak membazir.
Masak tetap menu m cm makan malam hari² biasa. seminggu hanya beli kuih dlm rm 2 saja..yg lain masak mcm biasa kt rumah.
Rasanya perbelanjaan rumah berkurangan..ialah ..masak hanya sekali.
Bukan senang utk melawan nafsu di bulan puasa ni
terlalu mewah sampai ramai yg membazir….
Makanan ni jgn cakp laa….aku setuju mmg kiter nie mewah ngan makanan…
tgk jer laa maser buka posa…mesti ader jer makanan yang lebih…lagi2 kalau blei makanan kat bazarr…
mmg tak beringat…itu aku laa…..hehehehehehe…habit ni laaa yang perlu dibuangkan segera…
erk..alhamdulillah..