Walau apapun halangan, blogging tetap akan diteruskan!
Ditulis pada June 29, 2009 – 11:51 pm | Oleh nuaeman Share
Terkadang rasanya bagaikan ingin menempik atas apa yang berlaku keatas aku. Tetapi bila berfikir semula aku mula akur atas segala ketentuan Tuhan. Memang diakui blog ini semakin sunyi dan pengunjung juga semakin berkurangan. Rankingnya juga perlahan-lahan semakin jatuh.
Ada yang bertanya “apa dah jadi?”. Apakah aku dah rasa berjauh hati untuk berblog atau tiada idea lagi untuk nukilkan sesuatu disini. Emm.. sebenarnya ada sahaja cerita nak aku kongsikan tetapi seperti belum diberi keizinan lagi kepada aku untuk aktif sebagaimana sebelum ini. Memang sekiranya tidak kuat semangat mungkin aku akan lupakan sahaja aktiviti ber’blogging’ ini.
Masalah demi masalah yang datang sememangnya menghalang aku untuk berblog seperti biasa yang mana bukan sahaja disini bahkan pada blog blog aku yang lain juga. ApapunĀ aku cuba jadikan semua tu sebagai satu cabaran kepada aku cuma andailah ditakdirkan memang rezeki aku bukan disini maka sebagai makhluk tuhan aku perlu Redha…
Ahah! sebagai orang Johor minggu ni kebanyakkannya bercuti hingga hari Isnin termasuk aku. Aku manfaatkan tiga hari cuti ni untuk balik ke kampung dan kemudian bawa keluarga berkelah di Air Papan Mersing. Kamera Digital rosaklah pulak… (angkara anak sulung aku lee ni yang tak sengaja menghinjak-hinjak kamera tu hingga pecah lensanya) , kalau tak boleh jugak aku kepilkan beberapa gambar kat sini.
Setelah cukup rehat rasanya keghairahan aku berblog masih menebal. Insya_Allah walau apa jua halangan, blogging akan tetap diteruskan!
Adios!
Entri Berkaitan:























6 Responses to “Walau apapun halangan, blogging tetap akan diteruskan!”
By Kak Jie on Jun 30, 2009 | Reply
kadang2 kita perlu berundur selangkah dan menarik nafas yg utk melangkah dgn lebih bersemangat ke hadapan…
Kak Jie’s last blog post..Malam ini biarkan ku sendiri
[Reply]
By nuaeman on Jun 30, 2009 | Reply
betul tu kak jie.. ada hikmah disebalik apa yang berlaku nih..
[Reply]
By catzer on Jul 1, 2009 | Reply
Sabo beb..ujian dalam hidup ni mmg sampai mati pun tak habis..aku masih ingat masa umah aku takde tenet dekat 3 bulan..erm dok lepak kat Kopitiam muke tebal serupa tembok china. Skang plak umah aku dudukpun masalah dengan wiring..Tp apapun blogging tetap layan, aku harap ko punya spirit on blogging tu simpan dalam tabung masa. nanti dah sampai masa boleh pakai beb.
[Reply]
By rohaizad on Jul 3, 2009 | Reply
Bila dah nak mulakan “hidup baru dalam dunia blogging”, kita kena buat satu presentation yang baru.
TUKAR THEME!!!!!!!
p/s: lepas tukar theme, mesti ada semangat baru.
[Reply]
By Sulumits Retsambew Hosting on Jul 4, 2009 | Reply
face it the trouble with a cool way. You can earn more benefit from blogging since you have the talent and knowledge about how to generate more income with blogging…
Sulumits Retsambew Hosting’s last blog post..Essentials for Choosing Right Web Hosting Package
[Reply]
By zool on Jul 13, 2009 | Reply
Blog mesti diteruskan.. kalau tak rugilah kan
[Reply]