Ustaz Asri Ibrahim 1969 – 2009

‘Ayah, Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia pagi tadi, ibu terkejut sangat’

Antara kandungan SMS isteri tersayang tengahari tadi berkenaan pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani…

Mengejutkan? ya sememangnya mengejutkan. Bukan sahaja kita bahkan ramai lagi sahabat-sahabat diluar sana menjadi kelu lidah mendengar berita ini. Tetapi bila kita renung semula tentang hakikat kehidupan ianya memang bukan sesuatu yang mustahil. Ini janji tuhan. Tidak kira siapa pun kita, mati itu pasti. Sampai masa.. kita juga akan dijemput.

Tanggal 13 Ogos 2009. Hanya sepuluh hari berganjak dari tarikh genapnya 40 tahun Al-marhum melihat dunia. Agak muda? ya.. tetapi apakah mati itu mengenal usia?. Entah esok entah lusa mungkin pula giliran kita. Apakah kita pasti nafas yang dihirup ini bukan yang terakhir?

Gemersik suara yang selama ni kerap menjengah telinga , baik melalui zikir munajatnya mahupun nasyidnya yang pelbagai irama segalanya pernah menjadi halwa telinga. Kini gerangan empunya suara telah pergi buat selama-lamanya. Takdir yang telah ditentukan oleh Yang empunya Dunia.

Aku termanggu agak lama. Antara percaya dengan tidak. Apakah aku bermimpi?? Mungkin juga tugasnya telah cukup sampai disini. Oleh kerana kehadirannya sebagai pinjaman maka kini telah sampai masanya Yang Mencipta mengambilnya semula. Tinggallah alunan zikir serta nasihat dalam lagu sebagai jariah untuk bekal di alam yang berbeza.

Ini bukan mimpi tapi realiti. Ustaz Asri Ibrahim sudah tiada lagi. Beliau telah pergi.. dan Pemergian beliau kali ini bukan pemergian biasa tetapi PERGI TAK KEMBALI.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“

Ustaz Asri Ibrahim 1969 – 2009

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. 3 Peristiwa Hampeh yang berlaku di penghujung 2009 2010 sudah menjelma dan 2009 telah menjadi sejarah. Hari...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

9 Comments

  • At 2009.08.14 09:25, MyDailyBlog.Info said:

    hari ini kump. rabbani di jemput dtg ke tv9 rancangan nasik lemak kopi o…utk menceritakn bagaimana ia terjadi..aku x sempat tgk..apa -apa pun takziah kepada ustaz asri-penyambung laugan nasyid islam.

    • At 2009.08.14 09:27, Hidet said:

      Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati.

      • At 2009.08.14 10:58, Faridrashidi said:
        • At 2009.08.14 11:26, MyDailyBlog.Info said:

          ya btul tue, itu sudah suratan ilahi..

          • At 2009.08.14 14:50, fikri fadzil said:

            adik aku mst sedih sbb dia prnh tangkap gambar ngan ustaz… innalillah…

            • At 2009.08.14 15:19, Mantra said:

              Semua rasa pemergiannya..
              Alfatihah…

              • At 2009.08.15 16:10, qoreena said:

                A good man leaves a good feeling behind. Even after his death.

                I really like the song.

                • At 2009.08.20 09:57, titan said:

                  aku dah agak lagu ni akan jadi wanted satu hari nanti. nahh..terbukti akhirnya..

                  • At 2009.09.10 16:59, nuruliman said:

                    assalamualaikum,,,,al-fatihah buat arwah ustaz asri
                    semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat ALLAH

                    (Required)
                    (Required, will not be published)