Untuk dihormati, belajarlah menghormati..
Ditulis pada June 1, 2010 – 1:28 pm | Oleh nuaeman Share
” Dik, bagi air jambu empat ye..” Tekak ini sudah terasa kering betul ketika itu dan wajib dibasahi.
“OK bang.. sekejap ye.. saya siapkan untuk awek ini dulu” Jawab salah seorang dari dua remaja yang membuka gerai menjual air jambu.
Beberapa ketika selepas itu datang seorang lelaki gempal berbaju merah . ” Bagi air jambu dua! ” nadanya sedikit kasar.
“Abang punya 4 kan?” remaja itu bertanya kepada aku. Aku hanya mengangguk.
“OK sikit lagi bang..” tegasnya sambil menyiapkan.
Tidak semena-mena tangan lelaki gempal berbaju merah tadi merentasi aku dengan wang 2 ringgit yang dihulurkan terus kepada remaja itu. Aku lihat remaja itu buat tidak faham sahaja manakala rakannya membisikkan ke telinganya berkenaan tindak tanduk lelaki berbaju merah itu. Mungkin mencadangkan supaya lelaki itu diberi air terlebih dahulu.
” Takpe, lu jaga jaga jambu jee. Air biar gua handle.” Remaja itu mengingatkan rakannya.
” OK bang, abang punya siap” dia hulurkan air jambu yang diminta kepada aku sambil aku serahkan empat keping not seringgit kepadanya.
Melihat keadaan itu, lelaki gempal berbaju merah tadi terus berlalu dari situ. Rakan remaja yang menjaga air jambu itu bersuara.
“Kau tengok… dah lari seorang customer“
dan ini pula jawapannya yang buat aku tersenyum.
” Gua tak kisah pun customer macam itu lari. Itu namanya orang bodoh sombong. Gua tak suka orang macam tu”
………………………………………………………………..
Hari itu cuaca memang cukup panas. Menggelegak rasanya kepala bila berjalan di tengah-tengah terik mentari. Keadaan begini memang satu keuntungan bagi peniaga air. Boleh jadi tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan walaupun air yang dijual satu jenis sahaja. Begitulah keadaannya di gerai air jambu dua remaja ini.
Dengan keadaan cuaca panas sebegitu , hati manusia pun kadangkala boleh berubah menjadi lekas panas. Inilah yang mungkin berlaku pada lelaki gempal berbaju merah itu. Caranya langsung tidak menghormati pelanggan-pelanggan yang telah terlebih dahulu menunggu untuk membeli air. Mungkin kerana merasa dirinya tidak dihormati apabila remaja penjual jambu itu tidak mengendahkan duit yang dihulur , dia berlalu dari situ dengan masih terkesan rasa amarah pada wajahnya. Di dalam hal ini siapa yang patut menghormati siapa ? Jika kita sendiri tidak mampu menghormati perasaan orang lain bagaimana mungkin kita akan dihormati. Aku harap lelaki berbaju merah itu belajar sesuatu pada hari itu.
No related posts.






31 Responses to “Untuk dihormati, belajarlah menghormati..”
By zaryl on Jun 1, 2010 | Reply
aku pun tersenyum bila baca apa respon mamat jambu tu…
rasa bangga pun ada tiba-tiba.. sebab apa ntah la..
[Reply]
By Shukor on Jun 1, 2010 | Reply
Memang wujud orang2 seperti itu di muka bumi ini.
Doakan saja moga dia berubah lepas dapat pengajaran dari kes tu…
[Reply]
By sangilapi on Jun 1, 2010 | Reply
mat,itu antara kerenah pelanggan yang kebetulan ko sendiri dapat lihat.
cuba bayangkan remaja yang menjual jambu tu….terpaksa menghadapi 1001 macam kerenah pelanggan.tabah kan ?
[Reply]
By catzer on Jun 1, 2010 | Reply
heheheh..biasalah tu kengkadang ada org ingat dia boleh bypass sume mende dengan mudah. Nak masuk toiletpun kena beratur beb, apatah lagi bab makanan dan minuman..hehe
[Reply]
By nuaeman on Jun 2, 2010 | Reply
Itu yang terbaik.. doakan dia peroleh pengajaran dari situasi itu.
[Reply]
By nuaeman on Jun 2, 2010 | Reply
Kerenah pelanggan memang macam-macam.. bro pun tentu banyak pengalaman berkenaan kerenah pelanggan..
[Reply]
By nuaeman on Jun 2, 2010 | Reply
Memang aku respek dengan dia.. lainlah waktu itu bro baju merah itu memang terdesak perlu air.. ini datang2 terus terjah macam itu gerai dia jee..
[Reply]
By nuaeman on Jun 2, 2010 | Reply
Itulaa pasal.. macam orang lain tiada perasaan jee dia buat..
[Reply]
By fiezaradzi on Jun 2, 2010 | Reply
selalu juga jumpa org camtu.. org camni selalunya kesabaran tu tak cukup lagi.. apa salahnya tunggu turn? mmg patut begitu pun kan.. ape pun, suka dgn jawapan balas remaja jambu tu.. biar pun bahasa gua lu jer, tapi masih tau yg mana sepatutnya dibuat.. lau diikutkan abg baju merah tu, bukan sorang pelanggan hilang, silap2 lebih ramai lagi pelanggan baik yg hilang..
[Reply]
By hafizmd on Jun 2, 2010 | Reply
inilah sifat manusia..lebih pandai utk menerima, tapi lemah utk memberi..
same juge time bawak kereta, main sedap jer potong ikut line emergency, dahla potong, laju pulak..
setuju ngn kenyataan bro..kite perlu belajar menghormati, barulah kite dihormati..
thanks bro
[Reply]
By mijie on Jun 2, 2010 | Reply
sifat sesetengah manusia mcm tu lah…dia igt duit boleh membeli segala2nya…
sehinggakan nilai moral sanggup diketepikan
[Reply]
By jawatan kosong on Jun 2, 2010 | Reply
saat ni susah la dapat manusia yang benar2x jujur dan ikhlas. Apa mereka menghormati secara ikhlas? tak tau juga..
[Reply]
By Dila.13 on Jun 2, 2010 | Reply
Alhamdulillah.. ade jugak budak-budak yang berfikiran matang dan tak sekadar nak kejar untung.. semoga mereka dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah..
[Reply]
By samdaddycool on Jun 3, 2010 | Reply
Kena amik gambo gerai air tu, promo kat sini.. tahniah untuk dia!
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
Kalau bawa kamera masa tu memang aku tangkap gambar diorang..
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
Amin..
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
Ya, Biarlah seorang pelanggan yang tidak tahu adab itu hilang, masih ramai pelanggan yang tahu prinsip
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
hah contoh yang bagus.. selalunya kita hilang kesabaran time2 bawa kereta ini.
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
mungkin dia pegi bank atau memana tak penah ambil nombor kot.. selalu ikut jalan belakang..
p/s: terkejut tgk komen mijie. nak pintas abang joe ke.. hehe..
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
bila sebut tentang ikhlas.. ianya memang sukar untuk ditebak.
[Reply]
By mijie on Jun 3, 2010 | Reply
p/s: hehehe, dalam perancangan nak lawan abg joe ni…
to abg joe, jgn marah yer
[Reply]
By sangilapi on Jun 3, 2010 | Reply
gua dah nampak dari semalam,lu komen kat entry yang lama-lama…kihkihkih
[Reply]
By sangilapi on Jun 3, 2010 | Reply
di suatu ketika dulu begitulah.
sekarang lebih banyak menyendiri
[Reply]
By Dila.13 on Jun 3, 2010 | Reply
mak aih.. sampai ke sini pelumba-pelumba handalan komen beraksi! hahaha…
[Reply]
By samdaddycool on Jun 5, 2010 | Reply
takpe.. lain kali bole repeat… amik gambo (pastu kena minta belanja air satu jag )
[Reply]
By samdaddycool on Jun 5, 2010 | Reply
mana Dila?? mana?? mana?? Sapa tu??
[Reply]
By nuaeman on Jun 5, 2010 | Reply
haha.. elok juga cadangan tu..
[Reply]
By nuaeman on Jun 5, 2010 | Reply
Sam pun sudah berada di puncak nampaknya..
[Reply]
By titan on Jun 5, 2010 | Reply
yap. pernah juga kena dengan situasi macam nih..
[Reply]
By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply
pasti akan ada yang memintasnya…kihkihkih
[Reply]