Senyum terukir di bibir aku apabila menerima bil terbaru P1 Wimax yang dihantar ke peti email beberapa hari lalu. Mereka telah mengotakan janji untuk memberikan pengecualian pembayaran bil selama satu bulan. Sekurang-kurangnya pihak P1 baik sedikit daripada Celcom Broadband kerana melaksanakan apa yang mereka janjikan berbanding Celcom yang hanya pandai membohongi pengguna.( Maaf Celcom, tetapi itulah yang dirasakan kerana hampir setahun aku telah membuat pembayaran bil tetapi sehingga kini tiada apa-apa perubahan dengan tahap kelajuan broadband yang dikatakan sedang di ‘upgrade’ – bukankah itu menipu? )
Walaupun begitu perkhidmatan jalur lebar mereka tetap masih lagi jauh untuk sampai ke tahap memuaskan hati pengguna. Sehingga kini tahap kelajuan untuk pakej RM 99 yang aku ambil tetap mengecewakan yang mana adakalanya langsung tidak mendapat signal. Sesuatu yang pelik apabila masalah-masalah ini jarang berlaku dalam tempoh 7 hari percubaan. Terlalu banyak perkongsian yang telah dibuat oleh ramai pengguna P1 Wimax diseluruh negara bahawa selepas 7 hari mereka akan hadapi masalah yang hampir serupa. Apakah ini sumpahan? Heh!
Bagi sesiapa yang turut sama menghadapi masalah begini maka bolehlah mengubungi pihak P1 Wimax untuk mendapatkan pengecualian bayaran bil. Kita bukan saja-saja minta, kerana jika tidak berbuat begitu sebagai pengguna kita akan rugi oleh sebab terpaksa membayar bil sedangkan perkhidmatan yang diterima jauh dari apa yang dijanjikan. Dengan seharian mendengar iklan ‘Sudah Potong ka?’ ‘ Sudah Potong ka?’ hati jadi sakit dek hakikatnya ‘chit! Poodah.!! Nasib baik mereka tak kena potong!’ . Untuk mengurangkan rasa sakit hati tu maka bolehlah terus mendail nombor P1 Care Line
Setelah disambungkan ke bahagian teknikal tenangkan diri anda dan jelaskan kepada mereka apa masalah yang dihadapi. Jawapan standard mereka yang akan anda dengar ialah Pihak P1 sedang lakukan ‘upgrade’ bagi kawasan anda. Kalau rasanya anda memang tiada masalah untuk bercakap lama-lama dengan mereka tanyalah pula sampai bila proses tu, untuk apa, bla bla bla.. ( Makin banyak soalan makin banyak anda kena goreng nanti.
)
Jika tidak, terus tanyakan pada mereka bagaimana dengan status bil P1 anda. Nyatakan yang anda berasa amat rugi jika membuat pembayaran sedangkan telah lebih seminggu anda tidak mendapatkan perkhidmatan yang sepatutnya. Tanya mereka boleh atau tidak anda pulangkan semula Modem yang diberi kerana segalanya tak memberi apa-apa kepada anda. Beritahu mereka anda memang sangat rugi kerana mendaftar dengan P1 Wimax! . Pada ketika ini mereka akan memberi tawaran untuk cuba usahakan supaya bil P1 anda akan diberikan ‘waiver’ selama satu bulan!
Jangan terus berpuas hati. Sebelum letakkan gagang telefon tu. Cuba minta nama orang yang bercakap dengan anda kerana anda perlukan komitmen dari dia . Beritahu dia sekiranya bil P1 untuk bulan seterusnya tidak diberikan pengecualian anda akan lakukan komplen berserta nyatakan namanya sekali yang telah membuat komitmen palsu. Ini untuk menampakkan keseriusan kita dengan masalah yang dihadapi.
Itu sahaja, tak perlu maki hamun mereka kerana ianya tak memberi apa-apa pun kepada kita. Nak kata memuaskan hati pun tidak juga. Apa yang dikongsikan diatas untuk mereka yang benar-benar hadapi masalah sahaja tetapi kalau tahap kelajuan P1 di kawasan kita ok, janganlah pula saja-saja telefon semata-mata untuk dapatkan pengecualian bayaran bil. Itu menipu namanya!
Related posts:
- Terima Kasih Arshavin, Terima Kasih Gunners! Nampaknya peluang Manchester United untuk mencipta hatrik dalam memenangi gelaran...
- Anda dah Potong… P1 Wimax? “ Awak cubalah letak diri awak sebagai pengguna. Awak...
- Kasih Tanpa Syarat Ramadhan 1404 “Mak…. Mak wat kuih apa tu?” “*Bunga Durian…”...
- Saatku melafazkan “Aku Terima Nikahnya…” Perempuan biasanya lebih terperinci dalam soal tarikh apalagi sekiranya tarikh-tarikh...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.























hehe…thanx for da info!
sama-sama.. guna P1 jugak ke?
nope…guna strimix jer..tapi nanti kalo ade member2 yg kena kes camnih gak,bole la inform diorang pasal rebate nih.hehe
Bila baca paper Utusan hari ini, ada paparan complaint pasal P1 Wimax ni..dah ke paper nampaknya. Adakah promotion mereka hanya untuk dapatkan subscriber dan meet KPI ..hehe
macam tulah gamaknya.. apa jenis bisnes tah.. aduyai…
terima kasih utk info,baru nak buzz ym smlm..hehe aku baru angkat P1 wimax yg harga Rm49 semalam, cuba test utk 1-5 hari ni, aku takut kalau hari ke 8 takberfungsi terus sebab kwsan aku bukan dlm coverage P1, tp setelah diadjust kedudukan nmpaknya oklah (buat masa ni), celcom berukkugiran aku pula dah tak berfungsi lagi awal bulan lagi tapi aku dicaj juga RM68, dapat tak aku rebate? aku belum pegi lagi Celcom utk POTONG..pening kepala otak dibuatnya.
Celcom lagilah.. makin teruk!
Nak pakai streamyx lah lepas nih…
komplen merata…butakah pihak yang sepatutnya itu?
Tak tahu nak cakaplah Kak Jie.. ikutkan complaint dah melambak rasanya..
yap. selalu aku mintak nama yang menjawab tu dan nama bos atau pengurus diorang kalau nak complain apa-apa. Diorang ni kekadang lepas tangan gak..
tapi setakat ni, aku masih setia dengan streamyx. paling stabil di banting dan Jerantut. Haha..
streamyx mmg the best… tetiba rindu pulak dengan streamyxku..
kawan aku yg keje kat tempat streamyx nih kata, kalau time pasang dulu, streamyx nih ok, memang selalunya oklah sampai bila-bila.. tapi bila time pasang tu ada aje masalah, sampai ke sudah la bermasalah..diorang sendiri tak tahu kenapa..
Patutlah masa aku kat sabah dulu, bermasalah aje sebab dari awal kitaorang pasang, memang ada masalah..
info yang bagus! diorang semua tu iklan jer lebih..service hampeh!
huhu..aku skrg ni gune wimax..stakat ni..blum mengecewakanlah..pernah jugak dpt rebate sbb diorang down 1 hari..diorang hntr msg bgtau..so far so goodla..mybe service ikut area agaknyer..huhu
Aku dulu mmg nak ambil P1.. tapi Muar lom ada liputan, digi baru ‘cancel’, sekarang guna mazis.. setakat ni makin rasa ok plak servis dia.
maxis.. typo
tipu amenda lak ni??huhuhuh
strymx plak dgr cite nak limitkan bandwith..ape da..orang makin maju..ni makin mundur plak..ape da..kata untung juta2..