Terhapusnya Kepercayaan Khurafat dengan Kejayaan Harimau Muda
Ditulis pada November 23, 2011 – 1:03 pm | Oleh nuaeman Share
Seluruh negara masih bergembira dengan kejayaan yang diraih oleh skuad muda bola sepak negara yang sinonim dengan gelaran Harimau Muda menggondol pingat emas di Sukan Sea 2011 hasil menumbangkan skuad tuan rumah, Indonesia. Pelbagai kata pujian ditaburkan kepada skuad kali ini kerana berjaya menyerap segala tekanan yang dihadirkan oleh pihak tuan rumah. Melihat pada kegembiraan rakyat Malaysia dan betapa sedihnya rakyat Indonesia dek kekalahan tempoh hari seolah-olah hanya kilauan emas di pentas bola sepak yang menjadi lambang kemegahan.
Saya tidak mahu mengulas panjang soal kemenangan Malaysia kelmarin kerana ia sudah diulas oleh pihak Media juga blog-blog tempatan cuma satu perkara menarik yang saya mahu perkatakan iaitu pasukan Harimau Muda menempa kejayaan ketikamana mereka mengenakan jersi yang berwarna kuning. Dengan ini setidak-tidaknya kejayaan mereka itu menghapuskan kepercayaan khurafat bahawa Malaysia mampu bermain baik dan mendapatkan keputusan baik hanya dengan memakai jersi berwarna biru.
Kepercayaan ini timbul selepas beberapa kuputusan baik dan kejayaan yang diperolehi oleh skuad bola sepak negara di Sukan Sea dua tahun lalu serta Piala Suzuki yang kebetulan pada ketika itu mengenakan jersi berwarna biru. Dengan itu ramai merumuskan bahawa jersi biru itu membawa tuah termasuk jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal. Susulan daripada itu pasukan Malaysia lebih selesa mengenakan jersi biru tersebut meskipun bermain di gelanggang sendiri kerana percaya ia mampu mempengaruhi keputusan perlawanan. Kenyataan ini pernah disuarakan sendiri oleh K. Rajagobal sebelum perlawanan persahabatan menentang Liverpool pada Julai lalu.
Ada yang memberi alasan bahawa itu bukannya kepercayaan cuma satu pandangan dari segi psikologi kerana prestasi dan semangat pasukan Malaysia dilihat lebih mantap apabila memakai jersi bewarna biru. Namun begitu apa pula alasannya sekiranya menyalahkan pula pemakaian jersi bewarna kuning ketikamana keputusan yang diraih tidak menepati kehendak? Bagi saya apa jua alasannya ia tetap berunsur khurafat yang bisa menggoncang akidah umat.
Oleh kerana itu saya gembira apabila pasukan kendalian Ong Kim Swee ini memberikan kilauan emas untuk negara sewaktu mengenakan jersi berwarna kuning yang mana pada fikiran saya rekabentuknya lebih menarik berbanding jersi biru negara. Cuma saya terfikir-fikir sendiri. Bagaimana sekiranya pasukan harimau muda negara gagal menewaskan Indonesia kelmarin? Saya percaya akan ada suara-suara yang bakal menyalahkan warna jersi yang dipakai. Lalu sekiranya itu bukan khurafat apalagi yang mahu kita istilahkan?
Tepuk dada tanya Iman
Abu Ammar
Entri Berkaitan:
- Harimau Malaya, Pancaran laser, dan Lisa Surihani
- Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru
- Pengharaman memakai Jersi Manchester United – Saya Akur…
Tags: Emas bola sepak sukan sea 2011, harimau Muda Menanag emas sukan sea 2011, harimau muda menang garuda muda, tuah jersi biru







3 Responses to “Terhapusnya Kepercayaan Khurafat dengan Kejayaan Harimau Muda”
By samanosuke_04 on Nov 25, 2011 | Reply
haha, adeke jadikan kaler baju sebagai alasan.. waktu world cup kat german dulu pun, england vs brazil.. pihak england buat rayuan suruh brazil pakai baju away (kaler biru muda) walopon diorang main home.. alasannye brazil nampak lebih gagah dalam jersey kuning.. tapi last2, walopon dengan jersey biru muda, england kalah gak.. huhu, history dah ajar kita benda2 nie.
samanosuke_04 recently posted..Bola Sepak Sea Games 2011 – Malaysia Menang??
[Reply]
By muhammad fakhruddin on Dec 2, 2011 | Reply
Tawakal…dan betulkan niat kita yang di padang mahupun sekadar penonton.
[Reply]
By hafizmd on Dec 6, 2011 | Reply
As salam Bro Nuaeman,
Apa khabar yer? Moga sentiasa sihat sokmo =)
Tentang jersi ni, mmg ada yg kate camtu. Nmpak simple tp bahaya utk akidah kita.
Terima kasih utk artikel ni.
hafizmd recently posted..Siapa suruh kacau aku!
[Reply]