Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
Ditulis pada March 23, 2009 – 10:08 pm | Oleh nuaeman Share
Pernahkah ada terdetik dihati kita andainya ajal menemui kita pada esok hari ataupun sebentar lagi siapa yang akan menyambung usaha menulis entry seterusnya di blog kepunyaan kita ataupun blog tersebut akan terus mati juga sepertimana tuannya..?
Tiada kemaskini dan tiada siapa yang tahu ‘username’ serta katakuncinya maka akhirnya blog tersebut terus lenyap apabila jangka hayat hosting dan domainnya telah tamat tanpa diperbaharui. Paling mengharukan tiada satu pun pembaca blog yang tahu bahawa kita sebenarnya sudah tiada di dunia ini. huh!
Dari itu wujud suatu persoalan sudahkah ianya diwasiatkan dan perlukah blog juga diwasiatkan. Maksud aku diberi tanggungjawab kepada sesiapa untuk memberi kesinambungan kepada mesej-mesej baik yang telah disampaikan oleh sesuatu blog sebelum itu. Secara tak langsung selagi blog itu tidak mati maka segala informasi dan nasihat berguna dari blog tersebut yang dapat digunapakai oleh pembaca boleh menjadi satu Amal Jariah kepada bekas pemilik blog walau mereka tidak ada lagi di dunia ini.
Ini adalah sisi baik bagi pemilik blog yang gunakan blog mereka pada jalan kebaikkan dalam usaha memberi input dan kesedaran kepada pembaca. Bagaimana pula pemilik-pemilik blog yang menghiasi blog mereka dengan kisah-kisah fitnah serta gambar-gambar yang tak sesuai untuk ditatap?. Blog tentang artis contohnya. Apakah faedah yang akan diperolehi dari blog-blog sebegini yang selalunya menjadi medan keji-mengeji para pembacanya seterusnya mampu memberi kesan berterusan kepada pemiliknya walaupun telah mati. Adakah sesiapa yang sanggup mewarisi blog-blog sebegini yang hanya memberikan maksiat jariah kepada bekas pemiliknya??
Berbalik kepada persoalan asal.. sudahkah blog anda diwasiatkan? untuk blog aku secara jujur tiada orang terdekat yang tahu tentang kata kunci untuk memasuki ‘dashboard’ blog ini. Andai kata hayat aku tak panjang mungkin juga blog ini akan terkubur kerana tiada siapa yang aku pertanggungjawabkan untuk meneruskan usaha aku. huhu..
Bagaimana pula sekiranya blog-blog yang pemiliknya telah tiada tetapi ianya hidup seperti biasa dan punyai entri-entri menarik saban hari?. Siapa pula yang meneruskan usaha si mati tu yek?? heh!
Tuhan punya kuasa.. apa-apa pun boleh jadikan..
Entri Berkaitan:





25 Responses to “Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?”
By zariel on Mar 23, 2009 | Reply
aku cuma berharap ada bahagian dari blog aku yg membawa sedikit kebaikan kpd sesiapa yg memerlukan klaupn bkn semua.
ingat nk turunkn ke anak aku je klau dia mahu
zariel’s last blog post..Tema WordPress – Zarif
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Mar 24, 2009 | Reply
hehe..aku takde meletakkan wasiat pape pd blog aku tp callister tahu segala password aku…ko nak tahu segala password aku..ko kena culik callister la..haha
|1f34|-|1r3’s last blog post..Berita Panas : Limbang bukan hak Malaysia?
[Reply]
By zariel on Mar 24, 2009 | Reply
idea yg bernas tu…
zariel’s last blog post..Tema WordPress – Zarif
[Reply]
By samdaddycool on Mar 24, 2009 | Reply
… belum pernah terfikir nak wasiatkan blog… cuma segala kerja2 internet sekarang ni aku ada buku catatan. Kalau aku mati mengejut, mungkin polis yang jumpa segala password
samdaddycool’s last blog post..Blogroll
[Reply]
By menteil on Mar 24, 2009 | Reply
huhu.. tak pernah terfikir pon…
lepas nie aku bagitau la sape yang patut..
[Reply]
By Shaffik on Mar 24, 2009 | Reply
Kalau aku, mungkin aku akan beritahu Wife aku n anak aku nanti. Sekarang ni pun aku nampak wife aku seakan berminat. Mungkin boleh turunkan kat die.
Shaffik’s last blog post..1000 Budak Hitam.
[Reply]
By rohaizad on Mar 24, 2009 | Reply
Entri ini mengingatkan akukepada entri lama yang pernah aku tulis sekitar tahun 2007 kat salah satu blog aku.
http://www.post-buzz.com/2007/06/15/what-will-happen-to-your-blogging-job-if-you-die/
p/s: Sebab itulah aku nak kahwin ngan pompuan yang ada sket asas blogging. Senang hendak diwasiatkan….
[Reply]
By Kujie on Mar 24, 2009 | Reply
ada beberapa kawan yg boleh akses blog kak jie. Anak2 juga tahu…
[Reply]
By eZad on Mar 24, 2009 | Reply
Mungkin juga kepada bakal wife..muahahaha
[Reply]
By zariel on Mar 24, 2009 | Reply
haha… ko mmg ptt cepat2 kawen. jgn angau sudah le
gurau je
zariel’s last blog post..Tema WordPress – Zarif
[Reply]
By myfr3ak on Mar 24, 2009 | Reply
btul..btul..btul..tapi, skang ni tak bley lagi! kantoi! Hahahaha
myfr3ak’s last blog post..Pengkid Larikan Hajah (40-an)!
[Reply]
By KampungBoy on Mar 25, 2009 | Reply
Semestinya kat anak kau….bila bloh aku dah smpai nilai berjuta2 hengget. Huhuhh
KampungBoy’s last blog post..Senarai Social Bookmarking Terbaik
[Reply]
By eSempoi.com on Mar 25, 2009 | Reply
aku nak wasiatkan kat kucing aku….harap dier sudi…hahah
aku penah terpikir gak…cume, aku tak rase blog aku betul2 best utk diwasiatkan
eSempoi.com’s last blog post..Kalaulah Sungai di Malaysia macam di Korea
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2009 | Reply
Blog ko byk info gak bro..
nuaeman’s last blog post..Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2009 | Reply
password calisster ko tau tak.?? heheh
nuaeman’s last blog post..Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2009 | Reply
Bagitau aku pun boleh.. heheh
nuaeman’s last blog post..Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2009 | Reply
Ko memang patut kawen dah beb.. takkan takde calon.. aku yang dah kawen ni pun byk calon lagi.. waahahah
nuaeman’s last blog post..Sudahkah Blog anda diwasiatkan..?
[Reply]
By Richie on Mar 25, 2009 | Reply
fuhhh.. tersangat2 sensitif
Richie’s last blog post..My Big Office
[Reply]
By ijamidayu on Mar 26, 2009 | Reply
Siapa erk.. Berat gak soklan nie…
Mungkin akan diwasiatkan kepada wife kot.. ^_^
Yer la… Penulisan dia pun semakin berminat jerk..
ijamidayu’s last blog post..Berfikir Diluar Kotak.. Kotakkah fikiran anda??!!
[Reply]
By earnword on Mar 30, 2009 | Reply
pewaris aku? ada. pembeli blog aku la agaknya kot..
earnword’s last blog post..Hot Video: Malaysian Idol Reject
[Reply]
By KattyBlackyard on Jun 15, 2009 | Reply
Hi, very nice post. I have been wonder’n bout this issue,so thanks for posting
[Reply]
By lazaac on Jan 7, 2010 | Reply
belum ada pewaris lagi… huhu…
[Reply]
By Muhd Suhaily on May 26, 2010 | Reply
Ini perlu persediaan, agak susah jika tidak ada kesinambungan..
[Reply]