SMS ucapan Selamat Hari Raya

Tahun ni bertalu-talu sms aku terima untuk ucapan Hari Raya. Sampai penuh inbox dibuatnya, maklumlaa telefon canggih sangat.. itu yang space tak cukup nak simpan semua message tu.. Ini yang tak bestnya bila ucapan raya guna SMS ni.. kalau dah delete takde lagi dah apa-apa yang buat kita ingat pada orang yang menghantar ucapan tu.. kalau dulu-dulu masa benda-benda ni semua takde.. syokjee dapat kad raya.. ok gaklaa boleh simpan atau buat perhiasan. Apa nak buat zaman dah berubah.. dunia dah maju.. entah akan datang camne lak rupa orang nak menghantar ucapan nih.

Aku amat -amat menghargai pada yang sudi menghantar ucapan ni walaupun sekadar sms sebab sekurang-kurangnya itu sebagai tanda ingatan depa kat aku cuma lain kali aku mintak kengkawan yang tukar no. baru tu tulis laa nama lepas bagi ucapan. Dah jadi satu keje aku contact balik sebab nak tahu siapa yang hantar ucapan nih.. ada juga yang tersilap hantar.. nak hantar kat orang lain terhantar kat aku aiyak!!

Ada pelbagai bentuk ucapan. Banyaknya dalam bentuk pantunlaa yang mana sayang pulak rasa nak buang tapi kalau inbox dah penuh terpaksalaa.. jadi untuk abadikan ucapan-ucapan tu aku rasa elok aku letakkan kat sini. Just untuk mana-mana ucapan yang menarik dan kreatiflaa so mungkin kita boleh guna untuk next raya..  :)

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”

“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”

Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri”

“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”

“Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa..”

“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”

“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”

“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..”

” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”

Aduh.. letih nak menulis.. semuanya.. cukup yang ni kot dan kalau korang ada yang lebih best kasi tambah-tambahlaa.. :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Ucapan SMS Raya 2009 Entri ini bukanlah bertujuan untuk membuat ucapan raya sebenarnya tetapi...
  2. Ucapan Salam di mana-mana “Assalamualaikum!” Ucapan ini diterima sejurus sahaja kami masuk ke dalam Deli...
  3. Cukup ke Raya Sebulan..? “Rumah Zul tak pegi lagi, Jiran-jiran sini pun tak habis...
  4. Iklan Raya TM 2009 Selalunya kalau tiba musim raya ni antara yang menjadi perhatian...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

6 Comments

  • At 2008.10.09 06:16, zariel said:

    kadang2 ayat2 SMS ni berbaloi disimpan sebab sedap didengar, sedap dibaca, sedap diterima… pendek kata ‘ayat power’…hehe… yang kurang sedapnya untuk dihantar… abih kredit ;)

    nuaeman: Haah.. itu yang sayang nak delete tu..

    • At 2008.10.09 07:38, chuckiesd said:

      nuaeman…penak tak dpat sms jawa…
      cam ni….

      Nyimpan jenang nang jero tin
      Ngesok arek digowo mareng suro
      Keluputan kulo lahir batin
      Salah silap njlok dingapuro

      Bocah cilik mangan sego
      Sego dipangan karo gulo
      Wes suwi orak ngomong Jowo
      Dino royo njalok ngapuro

      hahahaha…aku pun tak faham….saper faham tolong translate..

      nuaeman: aku tak penah dapat dah memang conpem tak paham.. heheh

      • At 2009.09.15 16:52, daszlina said:

        budak kecik makan nasi
        nasi dimakan dengan gula
        dah lama tak cakap jawa
        hari raya minta maaf

      • At 2008.10.09 16:53, Uncle G said:

        1st time dalam idop pakcik, tahun nie tak dapat kad raya.. dapat pon dari client… adui… semua hantar sms je…

        nuaeman: Apa-apapun memang kad raya jugak yang best..

        • At 2008.10.10 00:11, taukey said:

          hehehehe. nanti takder dah sms. semua guna MMS. hehehe

          nuaeman: Ada jugak terima MMS tapi teknologi hp aku belum sampai ketahap tu.. heheh

          • At 2008.10.10 01:40, ezad said:

            aku pun dpt satu jek, kira dpt gak lah..hehe

            nuaeman: kira oklaa tu zad.. aku lagi takde satu pun dapat.. kad jemputan kahwin adala..

            (Required)
            (Required, will not be published)