Semenjak PTS melancarkan kempen peraduan “Saya Mahu Hadiah PTS”, meriah juga aku tengok bannernya terpampang di forum-forum dan blog. Aku harap objektif mereka menganjurkan pertandingan ini akan tercapai. Aku sendiri ada menyertai dan dalam banyak-banyak hadiah tu aku sebenarnya tertarik dengan set perpustakaan mini. Bayangkanlah kalau yang nilainya RM 10,000 tu, mungkin rambang mata nak memilih tajuk buku. Huh!
PTS sekarang ini telah menjadi satu nama besar dalam bidang penerbitan buku di Malaysia. Syarikat penerbitan yang telah hampir sedekad usianya ini ditubuhkan oleh Puan Ainon Mohd manakala Prof Abdullah Hassan sebagai penasihat. Sehingga kini pihak PTS telah menerbitkan ribuan buku yang terbahagi kepada pelbagai kategori. Daripada kategori kanak-kanak, Novel, Bisnes & Pengurusan, Agama, sehinggalah sekarang telah ada pula Komik-M.
Jika diimbas semula, aku mula mengenali PTS pada 2002 yang mana pada waktu itu aku membeli sebuah buku tulisan Dr Danial Zainal Abidin bertajuk ‘Kit Kombat Islam untuk Remaja’. Oleh kerana aku sangat berpuas hati dengan kandungannya, buku tersebut telah dicadangkan kepada Sekolah Arab di Mersing bagi menjadi bahan bacaan utama setiap pelajar. Tertarik dengan penyampaian Dr Danial, aku terus jadikan karya-karya beliau terbitan PTS sebagai naskhah yang mesti beli.
Beberapa perkara yang aku suka dengan buku-buku terbitan PTS ialah :
Evolusi pada cover dan helaian buku
Sebelum membeli buku-buku terbitan PTS aku banyak koleksi buku-buku dari Darul Numan, Jahabersa dan juga al-Hidayah. Kalau tengok pada cover buku dulu-dulu grafik dia macam lebih kurang sama sahaja. Jadi masa first time tengok buku Kit Kombat Islam Untuk Remaja tu dengan gambar harimau, rasa macam teruja sangat nak baca isi dia. Memanglah orang kata jangan nilai buku dari kulitnya tetapi kulit juga mampu menyumbang rasa ingin memiliki seseorang kepada sesebuah buku. Begitu juga dengan helaian muka suratnya, sekarang pun dah banyak penerbit buat begitu yang mana ada sedikit corak atau grafik di setiap helaian.
Susun atur ayatnya yang kemas dan mudah dibaca
Ini yang menambah minat aku membaca buku-buku PTS. Ada sesetengah buku di pasaran kalau kita tengok line spacing nya terlalu rapat sehingga rasa letih nak membaca. Ada yang tiada sub tajuk yang mana penuh tulisan yang rapat-rapat setiap muka. Kalau buku yang diterjemahkan dari penulis timur tengah pula adakala pening untuk dibaca kerana susun atur ayat terjemahannya bercelaru. Setakat ini aku lihat susun atur ayat pada buku-buku PTS mudah untuk dihadam. Dengan adanya sub tajuk lebih memudahkan pembacaan. Kerana itulah buku “Buat duit dengan Menulis” karya Jeniri Amir yang size font nya kecil-kecil masih seronok untuk dibaca.
Kualiti Cetakan
Sepanjang pembelian buku-buku PTS setakat ni belum lagi aku jumpa buku yang mukasuratnya terprint dua kali ataupun ada muka surat yang kosong. Cuma satu sahaja yang aku kurang pasti iaini sub tajuk pada buku “55 Petua Orang Berjaya” karya Dato Dr’ Mohd Fadhilah Khamsah dan Ahmad Fadli Yusof. Petua nombor 7 dan nombor 8 adalah sama iaitu ‘Meniru untuk Berjaya, berani?. Kalau dibaca penerangan pada petua nombor 8 maka sub tajuk yang sesuai ialah ‘Ghairah pada Kerja’ tetapi bila disemak pada isi kandungan sememangnya sub tajuk petua no 7 dan 8 adalah sama. Mungkin orang kuat PTS boleh terangkan tentang hal ni. Selain dari itu kualiti buku-buku PTS memang tip top.
Setelah hampir 7 tahun mengenali PTS aku nampak perkembangan mereka. Usaha menganjurkan pertandingan ‘Saya mahu hadiah PTS’ amat aku alu-alukan . Tambah menarik lagi penyertaan aku sebagai pengiklan peraduan ‘Saya Mahu Hadiah PTS’ juga telah diterima dan melayakkan aku menerima sebuah buku percuma dari pihak mereka. Selain aku ramai juga blogger yang diterima penyertaan mereka. Apapun, rasanya tawaran ini dah berakhir hari ni.
Sesuai dengan peredaran zaman, sekarang ini aku tengok ada satu lagi penerbit yang juga aktif mengeluarkan buku-buku berkualiti iaitu Telaga Biru. Ini merupakan persaingan sihat untuk PTS dan kebanyakkan penulis di Telaga Biru juga ada menulis di PTS. Untuk akan datang pula aku rasa Galeri Ilmu kepuanyaan Hj Abu Hassan Morad juga bakal menjadi salah satu nama besar dalam penerbitan buku-buku ilmiah. Menjelang sedekad kewujudan PTS aku doakan mereka akan terus cemerlang menerbitkan buku-buku ilmiah yang berkualiti untuk masyarakat.
Related posts:
- Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina “Ahmad, Nanti you naik atas ya, ambil you punya...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.























Kak Jie ada 2 buah buku Telaga Biru… buku2 macam ni bagus dibaca utk perkembangan emosi dan perkukuhkan semangat
Salam satu tu yang Langkah usahawan terbilang tu ye Kak Jie..? Telaga biru punya mmg bagus.. sebab kualiti kertas dan penerangan bergambar..
“55 Petua Orang Berjaya”.. bab 7 dan 8 tu aku tak peraan plak. Maklumlah baca kat tepi jalan, pasar malam, expo kurang fokus sikit…
Mungkin tersilap print rasanya.. nanti ko check betul2 tapi kandungan tak berubah,, sub tajuk jee silap..
saye agak jarang membaca buku.. hanye membaca melalui internet.. tpi x sehebat membaca buku..
dulu rajain juga saye pergi ke perpustakaan untuk membeli buku.. sekarang dah jarang.. huhu
dua2 ada baik dan buruknya…kadang2 baca di buku ada lebihnya behitu juga baca online..apa2 pun membaca itu tiang ilmu..
Kamu beli ke pinjam yang dekat perpustakaan tu adney..?
Eh.. silap tulis plak.. pinjam.. bukan beli.. hoho
haha..beli buku kat perpustakaan suda..pelik betul bunyinya..klu mcm tu takyah le pg perpustakaan..haha
aku pun dah dapat email macam tu dari diorang. Tunggu aje dapat buku percuma tu. Tapi memang banyak buku novel sains fiksyen diorang yang menarik. Banyak gak yang aku dah beli..
Dulu, rajin gak aku baca buku ahadiat akasyah dengan alaf21. Sekarang, dah macam2 company aku tengok. Hoho..