Seharian mencari ‘Emak ingin naik Haji’ untuk tontonan Hari Ibu


Ditulis pada May 10, 2010 – 12:25 am | Oleh nuaeman
Share

Dari hari sabtu membawa ke hari Ahad aku memusing sekitar Johor Bahru. Mencelah ke gerai-gerai DVD. Dari Speedy Video hingga ke gerai-gerai DVD jalanan. Tetapi keputusannya tetap hampa kerana apa yang dicari tetap tidak ditemui. Sukar betul untuk jumpa filem yang satu ini. Mungkin ianya masih belum sampai ke Malaysia atau memang tidak akan sampai.

Sebenarnya aku mencari satu filem Indonesia yang bertajuk ‘Emak Ingin Naik Haji’. Setelah menonton trailernya di youtube aku menjadi kepingin.. sangat untuk nonton. Cuba juga mencari-cari kalau boleh ditonton secara online tetapi tetap tidak dijumpai. Mungkin belum ada sesiapa yang upload.

Andaikata terjumpa boleh juga aku jadikan bahan tontonan sempena Hari Ibu semalam. Berdasarkan sedutannya, seperti sebuah kisah sedih dan khabarnya filem ini diadaptasi dari sebuah cerpen yang menggunakan judul yang sama. Ini sedikit sebanyak sinopsis berkenaan filem ini yang aku dapatkan di salah sebuah forum indonesia.

Emak, wanita lanjut usia yang sabar, tulus, dan penuh kebaikan hati, seperti umat Islam lainnya, sangat ingin menunaikan ibadah haji. Sayangnya, Emak tidak memiliki kewangan yang cukup untuk menterjemahkan keinginannya. Emak  mengumpul dana dari keuntungan menjual kuih  setiap hari dan juga dari Zein, anaknya yang duda, merupakan seorang penjual lukisan .

Walaupun Emak tahu bahawa pergi haji adalah hal yang bukan mudah untuk diraih  tetapi Emak tidak putus asa, dia tetap mengumpulkan rupiah demi rupiah untuk disimpan ke tabungan haji di bank. Zein, yang melihat kegigihan Emaknya, berusaha dengan berbagai cara untuk dapat merealisasikan keinginan Emak. Tetaapi, keterbatasannya sebagai hanya penjual lukisan , serta masalah-masalah yang diwarisinya dari perkawinannya yang gagal, menyebabkan Zein hampir-hampir putus asa dan nekad.

Sementara itu , jiran mereka yang kaya raya sudah beberapa kali menunaikan haji, apatah lagi ke umrah. Di tempat lain pula ada orang berniat menunaikan haji hanya untuk kepentingan politik.

Apakah ada jalan bagi Emak agar keinginannya tercapai? Apakah yang dilakukan Zein? Diwarnai berbagai drama , filem ini berkisah tentang ketulusan hati dan kerinduan seorang hamba kepada Tuhan, serta kecintaan luar biasa seorang anak kepada ibunya.

Ada sesiapa yang telah menonton? Sila kongsikan pendapat berkenaan filem ini disini.

SELAMAT HARI IBU buat semua para ibu..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Harry Potter + Home Alone = Hari Puttar
  2. Kisah Aku dan Emak..
  3. Sukarkah Nak Mencari Jodoh?
  4. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
  5. Hari Pertama dengan P1max

Tags: , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 20 Responses to “Seharian mencari ‘Emak ingin naik Haji’ untuk tontonan Hari Ibu”

  2. By imran on May 11, 2010 | Reply

    Indonesia banyak buat filem yang berunsurkan keagamaan. Malaysia jauh ketinggalan. huhu

    [Reply]

  3. By Dila.13 on May 11, 2010 | Reply

    Saya doakan Bro Nuaeman dpt cari filem tu. kalau saya terjumpa tengah2 browsing internet, saya akan roger bro. Good Luck!

    [Reply]

  4. By budiyanto on May 11, 2010 | Reply

    salam tuan.

    saya ada menjual DVD Emak Ingin Naik Haji. harganya RM35. jika tuan berminat sila hubungi saya di emel atau add saya di facebook atas nama Budi Yanto. namun order saudar mungkin akan dapat minggu hadapan. ini disebabkan saya perlu mendahulukan pelanggan saya yang telah memesan sebanyak 65 DVD.

    [Reply]

  5. By adamfaiz on May 11, 2010 | Reply

    Baru nak tanya camne citer dia..Malaysia banyak yang ketinggalan dalam muzik & filem

    [Reply]

  6. By sangilapi on May 12, 2010 | Reply

    mat,gantikan dengan cerita lain,tak boleh ke? :)

    tu…budi dah offer tu!

    [Reply]

  7. By nuaeman on May 13, 2010 | Reply

    disamping itu yang tidak berunsurkan keagamaan serta ada unsur porno juga dah mula menapak disana.. tetapi di malaysia lagi susah nak dapat tgk filem yang berunsurkan keagamaan..

    [Reply]

  8. By nuaeman on May 13, 2010 | Reply

    aku berusaha untuk mencari

    [Reply]

  9. By nuaeman on May 13, 2010 | Reply

    ada cadangan citer apa nak tengok bang? :)

    [Reply]

  10. By nuaeman on May 13, 2010 | Reply

    Terima kasih atas info itu budi.. saya akan fikirkan.. filem sang murabbi ada jugak ke

    [Reply]

  11. By nuaeman on May 13, 2010 | Reply

    Malaysia banyak karya novel menarik untuk diangkat ke filem.. dlm byk2 budak setan juga diambilnya.. heh

    [Reply]

  12. By sangilapi on May 14, 2010 | Reply

    inilah yang terlintas dalam kepala aku,tak tau kenapa…madu 3 kot :)

    [Reply]

  13. By adamfaiz on May 14, 2010 | Reply

    Kalau buat remake “ranjau sepanjang jalan” pun lagi bagus..

    [Reply]

  14. By hafizmd on May 14, 2010 | Reply

    insyaAllah, kalau saye jumpe,saye roger2 bro ek..

    selamat hari ibu juge buat semua ibu2..

    [Reply]

  15. By cane furniture on May 24, 2010 | Reply

    Selepas memakai kain sarung saya terkejut melihat telekung yang sebelum ini dalam keadaan berlipat, telah duduk seperti orang sedang bersolat.”

    [Reply]

  16. By RieNa on Jun 22, 2010 | Reply

    saya batu tgk dvd ni semalam. mmg menyentuh hati. tentang pengorbanan anak, pengorbanan ibu, kehendak hati, mmg perlu utk ditonton semua.

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    memang sedih filem ni.. saya dapatkan filemnya di indonesia kerana memang tidak dijual disini..

    [Reply]

  17. By ibu zahra on Jul 26, 2010 | Reply

    owhh….saye juga sedang mencari cd ini. Terbeli cd yg half copied- until now rasa frust sbb xto ending nya. Mana ye nk cari dvd movie ni?

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Salam Ibu Zahra,

    berkenaan DVD emak ingin naik haji boleh didapatkan disini

    http://niagailmubudi.blogspot.com/

    Di pasaran malaysia memang tidak ada filem ini. Kalau filem hantu ataupun erotik indonesia banyak pula adeh..

    [Reply]

  18. By samdaddycool on Jul 26, 2010 | Reply

    Film Indon memang banyak pendekatan – yang berkualiti dan juga yang sebaliknya. Yang ni memang mengujakan untuk ditonton.
    samdaddycool recently posted..Puasa dah dekat- sendiri mau ingat

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Ko dah tengok cerita ni Sam?

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge