“Ayah, nanti masa balik tu tolong singgah kejap kat kedai beli roti untuk ibu ye..” Pesan seorang isteri kepada suaminya.
“Iyelah, nanti ayah belikan.. emm ada apa-apa lagi ibu nak pesan? Ayah ingat lepas berbuka baru ayah gerak” balas suaminya
“Takde kot, cukuplaa tu.. nanti terus balik tau.. jangan singgah mana-mana pulak” sempat lagi si isteri berpesan
“Ok, dalam pukul 8 nanti ayah sampai.., Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam” balas isteri lembut sebelum memutuskan talian.
Oleh kerana jarak antara rumah mereka dengan tempat kerja agak jauh, si suami memerlukan lebih kurang satu jam untuk perjalanan dari Senai ke Simpang Renggam. Si isteri pula setia menanti di rumah sehinggalah ke waktu yang dijanjikan. Apapun kesabarannya sedikit teruji bilamana jam telah menunjukkan pukul 9 malam tetapi bayang sang suami masih tidak kelihatan. Si isteri masih cuba memujuk diri untuk tidak beremosi dan menanti lagi berbekalkan sisa baki kesabaran yang ada.
Ketika tepat sahaja jam 9.30 malam dan masih tiada tanda-tanda kepulangan si suami apatah lagi panggilan telefon untuk memberitahu perihal kelewatan maka tak tertampung lagi rasa geram si isteri. ‘Dia memang nak kena ni.., manalah pulak dia merayap!’ getus hati si isteri sambil mengambil telefon dan mendail nombor telefon suaminya. Deringan jelas kedengaran dihujung talian tetapi agak lama untuk dijawab manakala dipihak si isteri seperti sudah tidak sabar untuk menghamburkan sesuatu yang terbungkam. Setelah agak lama berdering akhirnya telefon suaminya berjawab juga. Emm.. inilah masanya bisik si isteri..
“Ayah pegi mana!? dah pukul berapa ni? Dahlah lambat taknak telefon pulak tu! ka..” terus sahaja si isteri hamburkan apa yang terbuku dihati tetapi pantas kata-kata itu dipotong.
“Sabar Puan..! Sabar.. tolong dengar dulu ni” ada satu suara lain pula yang menjawab. Si isteri agak pelik.
“Siapa ni..?!” soalnya.
“Maaf Puan.., harap Puan bersabar ye.., saya polis.. suami Puan dah tak ada.. kami harap puan dapat segera ke Hospital Kulai sekarang”
Berita itu bagai kilat menyambar. Amarah yang begitu meluap tadi serta merta padam yang ada hanyalah tangisan penyesalan. Rupanya salam yang diucapkan oleh si suami tadi adalah salam yang terakhir di penguhujung Ramadhan 1430H. Suaminya pergi buat selama-lamanya apabila kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah treler kira-kira jam 8 malam yang terus meragut nyawanya.
“Mama, papa mana?” tanya si anak yang berusia lingkungan 3 tahun
“Papa dah tak ada sayang..” jawab si ibu sambil memeluk erat anak kecil itu. Matanya masih merah serta digenangi air.
Walau begitu sedih beliau masih ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku. Kejadian benar ini berlaku semalam dan disampaikan dengan sedikit olahan dari aku. Siapa sangka Ramadhan yang berbaki beberapa hari saja lagi ini meninggalkan satu episod duka dalam hidupnya.
“Tahun ni akak beraya tanpa siapa-siapa lagi..” terlalu sedih bunyinya. Beliau juga terkilan dengan rasa amarahnya sebelum itu dan tiada kesempatan untuknya memohon kemaafan.
Buat para isteri.. apakah kisah ini memberikan kesan kepada anda?
Related posts:
- Buku yang buat para isteri Resah Suatu petang di gedung buku kelihatan satu pasangan suami isteri...
- Saat kritikal buat adik Akram Aku merenung wajah Akram, anak kedua aku sedalam-dalamnya waktu dia...
- Salam AidilAdha : Menyelami Erti Pengorbanan.. Suatu Ketika.. Adam yang akhirnya bertemu Hawa di bumi...
- Salam Aidilfitri dari Nuaeman.com Ramadhan telah melabuhkan tirainya dan Syawal mula disingkap. Harapnya segala...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






















sedih dan terharu..semoga watak itu terus tabah….
Nampak semangat dia kuat.. masa dia cerita tu dalam pukul 11 mlm.. hanya dia seorang yang ada disisi jenazah tetapi dia tak sanggup utk tengok..
huh, sedih nye… salam terakhir… tengok tajuk pon dah saspen… cmne accidentnye tu ye?
Suaminya terlanggar treler yang sedang berhenti.. memang sangat sedih.. sesetangh perempuan boleh pengsan dgn berita camni
jalan kulai simpang renggam, jalan yang menjadi kengeriaan setiap orang yang lalu sejak dari dulu lagi. sudah byk peristiwa spt ini berlaku.
tersentap rasanya hati ini membaca catatan peristiwa diatas. lebih menyedihkan kalau sesuatu kejadian bukan berlaku dari kecuaian sendiri hu3.
takziah buat si isteri, mereka pasti alami jalan sukar setelah ketiadaaan si suami.
Betul tu Megat.. accident ni kat Jalan sedenak.. memang byk dah berlaku kemalangan kat sana..
simpang renggam? bkn ke jln yg gelap nak mampos + ngan lori banyak tu…? aku prnh gi sana skali…
takziah, moga arwah tenang dan senang dalam ramadhan nie..
em..takziah.
tak ku bayangkan hidip tanpamu suami tercinta……tabahkanlah hati, moga ia tenang disana