Rumah Terbuka edisi Mat-Mat Kilang
Ditulis pada October 1, 2010 – 1:02 pm | Oleh nuaeman Share
Raya tidak habis lagi?
Heh! Mungkin jika di lain-lain negara ada yang sudah tutup cerita perihal Hari Raya Puasa ataupun Aidilfitri ini tetapi mungkin tidak bagi kita di Malaysia kan. Rasanya tempoh sebulan itupun seperti tidak cukup dan oleh kerana itu masih ada yang menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri walaupun telah menjejaki ke bulan Zulhijjah. Dahsyat betul ya!
Cerita fasal rumah terbuka maka saya juga tidak terkecuali untuk menjamu mereka-mereka yang berkerja di bawah satu bumbung dengan saya. Dari operator-operator hinggalah mereka-mereka yang duduk di bahagian pentadbiran. Dengan itu saya cuba berorganisasi dengan beberapa operator dan juga juruteknik untuk menganjurkan satu jamuan Hari Raya kecil-kecilan antara kami.
Kiranya ini adalah rumah terbuka edisi mat-mat kilang..
Hasil dari perbincangan maka telah ada yang bersetuju untuk membawa makanan berat seperti ketupat, rendang, satay, kuah kacang serta laksa penang manakala yang rasanya agak sukar untuk menyediakan makanan berat saya tugaskan sahaja membawa kuih muih sahaja buat memeriahkan suasana.
Malam tadi saya masih berfikir samada terlaksana atau tidak apa yang saya programkan kerana perbincangan yang dilakukan cukup sederhana dimana saya hanya pergi bertemu seorang demi seorang dan bertanya kepada mereka apa yang mereka setuju dan sanggup buat.
Walaubagaimanapun alhamdulillah apabila sampai sahaja di tempat kerja pagi tadi semua yang dirancangkan telah siap tersedia. Berjaya juga apa yang dirancangkan..
rumah terbuka edisi mat kilang 2010.
Awal pagi air mula dibancuh..
Boleh tahan banyak juga hidangannya..
Sesi santap menyantap bermula
Juadah masih banyak.. ada sesiapa mahu bungkus bawa balik..?
Entri Berkaitan:
- Diari Mat Kilang Sudah Terbit!
- Diari Mat Kilang-Satu Permulaan..
- Rumah Kenangan…
- Cukup ke Raya Sebulan..?
Tags: rumah terbuka aidilfitri 2010, rumah terbuka mat kilang














13 Responses to “Rumah Terbuka edisi Mat-Mat Kilang”
By boy mersing on Oct 1, 2010 | Reply
ok apa tu bro…janji meriah walaupun simple, apa yg penting ikatan sesama insan, saling bantu-membantu setakat yg termampu utk menjayakan sesuatu…
[Reply]
nuaeman Reply:
October 7th, 2010 at 12:13 am
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..
[Reply]
By jawatan kosong on Oct 1, 2010 | Reply
iya betul tu.. simple ang penting terbina ikatan saling bantu..
jawatan kosong recently posted..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager
[Reply]
nuaeman Reply:
October 7th, 2010 at 12:14 am
Walaupun simple tapi yang penting berkat.. ye tak?
[Reply]
By samanosuke_04 on Oct 5, 2010 | Reply
haha, tengok suasana pun memang gaya kilang habes!..
samanosuke_04 recently posted..Setiap Manusia Itu Cemburu…
[Reply]
nuaeman Reply:
October 7th, 2010 at 12:14 am
santai saje.. asal boleh hehe..
[Reply]
By fiezaradzi on Oct 5, 2010 | Reply
sedapnya nmpak satay tu.. hehe.. oklah kan, edisi rumah tbuka mat2 kilang…
fiezaradzi recently posted..Penghargaan dan Pemberian
[Reply]
By Shaffik on Oct 5, 2010 | Reply
Mat ni kat kilang ko ker?
Bagus laa cam ni..tempat aku pulak biasanya kumpul kat rumah..
[Reply]
nuaeman Reply:
October 7th, 2010 at 12:15 am
Haah.. kat kilang aku le ni.. cuma aku yang amik gambar.. maka takdelah muka aku..
[Reply]
By Ezad on Oct 6, 2010 | Reply
Kat tmpat aku xde sape nak buat camni, bwk kuih makan sendiri..hehe
Ezad recently posted..Misi Mengupdate!!
[Reply]
nuaeman Reply:
October 7th, 2010 at 12:16 am
ada juga benda nak dibuat makan-makan tu..
[Reply]
By hafizmd on Oct 8, 2010 | Reply
meriah jugak tuh..rajin betul yg laki2 semua tuh…bagus2…
kalau ade kerjasama dan komitmen..insyaAllah..pasti jalan..
hafizmd recently posted..Sudah tertulis ketentuan ini…
[Reply]
By samdaddycool on Nov 17, 2010 | Reply
seronotnya raya!
samdaddycool recently posted..Hari raya- rendang dan ketupat
[Reply]