Kredit gambar :menteil.net
Ramadhan bakal datang lagi dan untuk memeriahkan Ramadhan al-mubarak ini maka sepertimana tahun lalu aku dengan ini sekali lagi menganjurkan “ Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 “. Segala syarat dan cara-cara untuk menyertai contest ini adalah tidak berubah sepertimana sebelum ini. Untuk kepuasan semua pihak aku ulangkannya sekali lagi.
Para blogger yang ingin menyertai hanya perlu tuliskan satu entri di blog masing-masing sebuah cerita berdasarkan pengalaman sendiri dengan diberikan tajuk ” Aku dan Ramadhan”. Cerita yang disampaikan samada kisah lawak, sedih, menggembirakan atau apa jua dan semestinya kreatif. Tajuk tidak semestinya “Aku dan Ramadhan” tetapi penceritaannya mestilah tidak lari dari apa yang dikehendaki.
Syarat-syarat Ramadhan Contest!!
1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia yang tidak tergolong dalam panel juri.
2. Tuliskan satu entri di blog masing-masing dengan kisah ” Aku dan Ramadhan ” berdasarkan pengalaman sendiri dengan bulan Ramadhan serta semestinya ada pengajaran kepada penulis juga pembaca. Pastikan setiap peserta membuat trackback ke entri ni. Sekiranya track back tak keluar masukkan sahaja link entri tersebut ke sini. (kalau tidak aku tak dapat kesan..)
3. Entri tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 350 patah perkataan.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Ramadhan 1430H.
5. Pemenang akan diketahui pada 10 Syawal 1430H.
Hadiah yang bakal diMenangi
Seperti Biasa hanya tiga pemenang akan dipilih
Tempat Pertama =>
Sebuah Buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bertajuk “Aku Terima Nikahnya..” dan Wang Tunai RM 50
Tempat Kedua =>
Sebuah Buku tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim bertajuk “Travelog Dakwah-Meniti Hari Esok” dan Wang Tunai RM 30.
Tempat Ketiga =>
Sebuah buku tulisan Ustaz Zaharudin Abd Rahman bertajuk ”Formula Solat Sempurna” dan Wang Tunai RM 20.
Setakat ni itu sahaja hadiah yang mampu disediakan tetapi kalau ada sesiapa nak tambah bolehlah hubungi aku..
.Untuk melihat pemenang yang terdahulu boleh ke entri lepas DISINI.
Related posts:
- Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 Setelah di semak dan dibaca berulang kali. Diteliti setiap...
- Hadiah dari contest di Bluedianthus.com Akhir-Akhir tahun ni ramai betul blogger tempatan buat contest dan hadiahnya boleh...
- Untungnya bersosial dan menyertai online contest Bersosial dan menyertai contest-contest atau cabaran yang dijalankan secara online...
- Ramadhan : Tetamu yang kian dipinggirkan Nasib Ramadhan hampir sama setiap tahun. Kedatangannya disambut meriah...
- Salam Ramadhan 1430H Cukup lama dirindukan dan kini kita bakal menerima kehadirannya...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

























Wah… kene try and error ni. Free2 je dapat duit. Pastikan kawan dapat johan ye bro. Kihkihkihkih.
haha.. kene cuba dulu then kita tengok camne.. kalau memikat juri aku bagi air jambu satu..
apa agaknya niche yg juri ni minat agaknya eh? gaya penulisan yg bagaimana ya?
Boleh check pada pemenang2 terdahulu
buku2 pon best… pndai juri memilih.. method dakwah jgk ni
tahniah.. cara yg agk menarik saya kira.. rasanya ramai yg masuk bukanlah semata2 kerana nilai hadiah…
nampak gayanya aku bakal bergelar penulis skrip pendek agaknya..muahhhahaha
Hehe.. cuba jangan tak cuba..
Hmm…….
Nampaknya daya ingatan ni dah tercemar… kalau ada yang menarik, insyaallah akan saya cuba.
Di alu-alukan penyertaan dari qoreena..
kesemua buku tersebut bagus-bagus. ada kesempatan aku cuba menulis mengenainya.
Aku tunggu penyertaan dari ko Megat
cam menarik je buku aku terima nikahnya tu.. kulit dia cam \best
Memang best buku ni.. sesuai sangat kepada mereka yang dah ataupun akan berkahwin..
ohhh… patut la trafik blog aku hari ni ada referals dari sini.. Ada contest baru! Hmmm nanti aku cuba perah otak!
Wah.. juara tahun lalu.. aku nak baca lagi cerita ko..
Insyaallah, aku akan cuba cari idea….
wokey… aku nak join… bnyk gak aku nak citer pasal pengalaman aku dalam bulan ramadhan… =D esok bleh baca dah entri dalam blog aku. Esok juga aku post… kul 12 malam ni. =)
Jangan lupa buat trackbank ke sini ye fikri..
travelog haji karya pengarah ak, uitm segamat.. hebat die.. buku paling laris.. heheh numan ade keje kosong tak kilang mu? penat menganggur.. nanti ku sms
Eh Muhafiz.. mana menghilang..? lama betul tak dengar khabar
aku dah buat entri untuk post tu dah… aku harap, yg baca blog post aku, bkn sekadar baca. Hayati cerita aku dan kalo ssh sgt, follow pe yg aku buat. Puasa ngan raya memang seronok… tapi, jgn igt benda tu kecik.
Kalo tak puasa, haram… kalo dah cakap haram, anggaplah dosa dia sebesar org tunggang arak… barulah korang tau besar mana nilai puasa tu…
Ahah.. dah terima penyertaan tu.. bagus.. bagus..
hehe…macam menarik…dah lama tak buat karangan
nak kena buat guna bahasa skema ke?
Tak juga.. tapi biarlah senang difahami..
buku best. aku nak hadiah no.2 tu. tanak yg first. leh? hehe..
hahaha…sama la aku pon nak yg no 2 gak…
Yang penting join dulu…
jgn risau kawan mesti join punye….hehehe
[...] 5. Apa yang sebenarnya menarik mengenai Ramadhan tahun ini terutamanya untuk bloggers Malaysia? Haaa…. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, lawatilah blog Nuaeman sekarang kerana ada hadiah menarik yang sedang menanti untuk kamu semua!! [...]
macammana aku nak menang tempat ketiga tu yer.. hadiah no3 tu menarik betul
Join dulu kak ye..
hadiah nanti kita runding heh
salam ziarah…
sumi jump..jump..dr blog ek blog..
nak baca blog kengkawan cyber…
hehehe….
nak masuk contest, tp x pandai karang la..
bab karang failed..
tu yg blog pun mcm suram jer…huhuhu
Karang jee apa-apa sumijelly.. ada rezeki insya_Allah menang.. terima kasih kerana berkunjung..
cantek contest ni… sambil2 share pengalaman dgn ramdhan jugak…
[...] tahu hadiah yang ditawarkan? , klik Ramadhan Contest 2 [...]
mcm best je contest ni.. balik kang aku wat karangan
tengah tunggu karangan dari anarm nih
wah menarik ni, esk nak tulis la blog
jarang2 masuk pertandingan mcm ni
join jangan tak join mijie.. mana tau rezeki, menang..
ehem…ehem…
saya ikut .. hehe.. i follow uuu gitew.
heheh
tajuknya ialah “aku dan ramadhan”
http://mazaaida.blogspot.com/2009/08/aku-dan-ramadhan.html
salam..
ana baru sahaja memasukkan cerita ana. boleh di baca di sini
http://khirzam.blogspot.com/2009/08/aku-ramadhan.html
salah ukhwah fillah.
dah 2 hari aku buat tapi tak siap2 lagi..hahaha
aku akan join…jgn lupa jugak join pertandingan kat blog aku…kalau berminat la…
bagus hadiah.menarik buku tu.kena cuba =)
rugi tak join..
aku pun dah lama teringin nak baca buku tu..
[...] cuma nak memeriahkan suasana sahaja. Teringat pulak contest yang aku sendiri anjurkan iaini “Aku dan Ramadhan“. Agak sejuk penyertaan pada tahun nih. Berikut adalah dua penyertaan dari aku. Kreatif ke?? [...]
Salam ‘alaik..
Sdr nuaeman.. nie blog sy.. artikel sempena contest ramadhan..
http://www.myikhtiar.com/2009/09/aku-dan-ramadhan.html
Penyertaan diterima
terima kasih..
I’m in
http://rajakamil.biz/2009/09/09/review-ramadhan-2009-ku-dulu-lain-sekarang-lain/
Aha.. penyertaan yang ditunggu-tunggu..
[...] Post untuk join contest Ramadhan dari nueaman. Happy Ramadhan [...]
Salam nuaeman,
Saya pun nak memeriahkan majlis ni juga. Dah tulis ka blog dah, tatau la boleh diterima atau tak..hoho…
http://blog.readercircle.com/story/saya-dan-ramadhan.html#more-516
Thanks
Penyertaan diterima kakeru. terima kasih kerana memeriahkan contest ni..
http://rezamohyin.com/bersahaje/puasa-oh-puasa/
http://ummuabdullah.blogspot.com/2009/09/aku-dan-ramadhan.html