Ragam si Kecil : Geram tetapi itulah penghibur hati…


Ditulis pada July 23, 2009 – 1:10 pm | Oleh nuaeman
Share

“Ayah! Ayah! Pat yah! Pat! Engok nih.. Onyet! Onyet yah! Pat!”
(Ayah! Ayah! Cepat Ayah! Cepat! Tengok nih Monyet! Monyet yah! Cepat!”)

“Itu bukan monyet laa sayang.. itu anjing…”

Begitulah Ammar, anak aku yang sulong . Baru genap usianya 2 tahun 5 bulan dan sudah mula menunjukkan kepetahannya berkata-kata walaupun bunyinya agak pelat. Didalam buku yang aku belikan untuk dia ada gambar monyet berikat itulah yang dia nampak anjing kecil bertali disangkanya monyet.
.
Melayan kerenah anak ini kadangkala mencabar juga. Sampai satu keadaan hampir hilang sabar dibuatnya apabila mereka meragam meminta sesuatu yang kita sendiri tak faham apa yang disebutkan.

“ Ammar nak apa? Aduh.. janganlah cakap Jepun ayah tak faham lah..”

Ahah! Keadaan sebegini bila diingat semula kelakar pun ada. Seisi rumah dari ayah sampai ke neneknya tak faham apa yang disebutkan. Rupanya dia mencari salah satu alat permainannya untuk dibuat mencungkil ais di dalam peti ais neneknya.

Kalau nak diceritakan soal ragam anak aku yang sulong ni memang terlalu banyak. Antaranya:-

Neneknya siap menggoreng ikan dan diletakkan didalam tudung saji. Entah bagaimana tanpa disedari diambil ikan-ikan tu dan diberi kucing makan di luar rumah. Aduh!

Di masukkannya lidi di dalam lubang kunci kereta ayahnya ( kereta akulah! ) sampai tak boleh dibuka pintu di bahagian pemandu. Hampir-hampir nak kena ganti satu set tuh!

Diberi adiknya makan kentang goreng yang pada ketika tu sedang berusia dua bulan.(sekarang adiknya dah masuk 6 bulan..)

Dicampaknya jambu batu didalam masakan ibunya.. nasib baiklaa tengah masak sayur air.

Nak diceritakan kesemuanya memang berjela nanti tapi begitulah ragam si kecil. Walau kadangkala boleh gugur jantung melayan kerenah mereka tetapi itulah penghibur hati yang menyambut aku setiap kali balik kerja. Keadaan inilah yang buat aku lebih memahami tentang kasih seorang ayah…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Hati-hati memilih Penyedia Hosting tempatan
  2. Al-Fikrah – Sekadar Usaha Kecil dari Insan Kerdil
  3. Isi hati seorang pembuat Kepuk Perkuburan dan Batu Nesan
  4. Bengkel Blogging : Bukan keuntungan yang dikejar tetapi ilmu yang berjaya disampaikan
  5. Hati ini sudah lama untuk kesana..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 13 Responses to “Ragam si Kecil : Geram tetapi itulah penghibur hati…”

  2. By zaryl on Jul 23, 2009 | Reply

    huhu… ank aku kecik lg tp dh banyak kerenahnya. besar sikit nnt aku ingat aku pn mcm ko gak rasanya.. haha

    [Reply]

  3. By titan on Jul 23, 2009 | Reply

    hoho..aku nak jadi ayah gak la. haha..

    [Reply]

  4. By Mindaku Di Sini on Jul 23, 2009 | Reply

    hehe…terhibur aku baca pasal anak ko nii..aku ada sepupu cam anak ko sorang..mmg penat melayan…dah la perangai sebijik macam sin chan !

    [Reply]

  5. By nuaeman on Jul 23, 2009 | Reply

    ahah.. cepat-cepatlaa .. aku nak rasa nasi minyak ko nih.. itupun kalau dijemput.. hehe

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jul 23, 2009 | Reply

    hahaha.. ko lak bila lagi..weh!?

    [Reply]

  7. By nuaeman on Jul 23, 2009 | Reply

    boleh tubuh team bola nih.. hehee

    [Reply]

  8. By Mindaku Di Sini on Jul 24, 2009 | Reply

    sabar john…sabar!

    [Reply]

  9. By boy_bersahaje on Jul 24, 2009 | Reply

    dia tunggu callister abis study. Kihkihkih

    [Reply]

  10. By hazman aka species1980 on Jul 25, 2009 | Reply

    budak2x tengah nak membesar… masing2 ader ragamnya… itulah nikmatnya jadi ayah kan…

    [Reply]

  11. By pcuserz on Jul 28, 2009 | Reply

    hahahaha
    terigt2 kat anak2 aku.
    lebih kurang ko jugak.
    tapi umur 2 tahun ++ memang budak2 ni tgh lasak dan akal diorang panjang.
    macam2 kerenah.
    kalau kat dashboard kete aku, da penuh dengan hasil “seni” tangan anak aku.
    plus lubang aircond jadi tempat simpan pensel. haahahaha

    [Reply]

  12. By kirin on Jul 29, 2009 | Reply

    hari minggu lepas anak saya basuh kereta ayah dia dengan johnson baby shampoo adiknya….adeihh..

    oh pcuserz pun dah ade anak eh…anak saya juga suka menunjukkan bakat melukisnya dalam rumah pulak…dah baper kali cat balik huhuhh

    [Reply]

  13. By nuaeman on Jul 29, 2009 | Reply

    pening gak kepala dibuatnya kadang-kadang.. tapi seronok.. ko dulu kecik-kecik cam tu jugak tak?

    [Reply]

  14. By samdaddycool on Aug 8, 2009 | Reply

    … anak aku sekarang dah 7 tahun… dulu masa 2 – 4 tahun… prghhh tak terlayan karenah dia – al maklumlah, hyper aktif

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge