Pra Pelancaran Formula Anak Mendengar Kata
Ditulis pada April 21, 2010 – 3:55 pm | Oleh nuaeman Share
Alhamdulillah.. usaha menerbitkan ebook Formula Anak Mendengar Kata akhirnya sampai ke penghujung. Banyak yang dipelajari dalam usaha menyiapkan ebook ini. Debaran sentiasa ada dari mula hinggalah setelah menyiapkan ebook yang amat bermakna buat diri ini. Bimbang dan risau jika ebook ini tidak dapat memberi manfaat kepada pembeli walaupun maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya telah di perolehi dari sumber yang sah.
Sebenarnya ini bukanlah usaha aku seorang tetapi merupakan kerjasama dengan pihak Madrasah Arabiah di Kluang. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada Ustaz Mohd Kamal Mohd Said yang merupakan pengetua kepada Madrasah terbabit yang sudi menjalin kerjasama dengan insan kerdil seperti aku. Ustaz Mohd Kamal sendiri terbabit dalam perkhidmatan untuk mengatasi anak-anak yang tidak mendengar kata.
Untuk pre pelancaran ebook Formula Anak Mendengar Kata ini, dengan sukacitanya aku menawarkan harga RM 15 kepada para pembaca blog ini. Tawaran ini diberikan sehingga pertengahan Mei 2010. Pembayaran boleh dibuat ke Akaun Maybank :
Akaun No : 101123735354 – Ahmad Fairoz Daud
Fokus ebook ini ialah berkenaan panduan mendidik anak-anak bagi menjadi insan yang soleh dan mendengar kata. ianya tidaklah bersifat lengkap tetapi segala tips dan saranan didalamnya boleh diikuti. Berkesan atau tidak kita tetap bergantung kepada kuasa Allah tetapi segala ikhtiar yang telah dimuatkan memang diyakini mampu memberikan sesuatu.
Memandangkan ini adalah produk pertama dari aku mungkin ada beberapa kekhilafan yang tidak disedari. Oleh itu bagi sesiapa yang memilikinya , ampun dan maaf dipohonkan dari pihak aku serta diharapkan mereka boleh memberikan maklum balas untuk sebarang kesilapan dari segi ejaan dan bahasa. Sesiapa yang ingin memberi maklum balas dari segi testimonial berkenaan ebook ini juga amat dialu-alukan.
Insya_Allah jika tiada aral melintang Ebook ini akan dilancar sepenuhnya pada awal bulan Mei 2010. Program Affiliate juga akan dibuka pada tarikh itu. Buat masa ini harga yang ditetapkan ialah RM 17 tetapi mungkin akan dinaikkan seiring dengan pertambahan bonus jika ada. Pembelian untuk pre-pelancaran boleh dibuat dari sekarang dan penghantaran ebook akan dilakukan paling lewat 48 jam setelah pembayaran dibuat. Untuk setiap pembelian ebook ini, anda juga layak mendapat satu lagi ebook bonus tulisan aku sendiri yang bertajuk “101 Tips Ibu bapa Hebat, Anak-Anak Cemerlang“.
Aku doakan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua. Amin..
Entri Berkaitan:
- Affiliate Formula Anak Mendengar Kata kini Dibuka!!
- Harapan Anak Mersing…
- Eksklusif : Nuaeman, isteri dan anak-anak
- Kematian anak : Antara dugaan hidup paling besar
- Nilai sebuah Kereta atau Anak..
Tags: Bagaimana didik anak soleh, Formula Anak Soleh, Kaedah Didik Anak, Tips didik anak








17 Responses to “Pra Pelancaran Formula Anak Mendengar Kata”
By sangilapi on Apr 21, 2010 | Reply
mat,sekadar bertanya….formula dalam ebook ni bermula dari peringkat yang mana?…sesudah kelahiran atau sebelum kelahiran ?
[Reply]
By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply
Bermula dari peringkat bagimana nak mencari calon pasangan lagi bang.. sebab itu antara kunci utama untuk melahirkan anak yang soleh.. kalau kita bercucuk tanam tentu kita mencari benih yang baik.. maka untuk anak yang soleh juga begitu.. benih haruslah baikkkk punya…
[Reply]
By boy_bersahaje on Apr 22, 2010 | Reply
Bro, ustaz Kamal tu isteri Ustazah Mashitah kan? Yang mengajar kat Sek Men Agama Kerajaan Johor. Betul ke?
[Reply]
By nuaeman on Apr 22, 2010 | Reply
emm.. tak pasti pulak nama isteri dia tu boy..
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply
jarang jumpa e-book sebegini.. nnt ye.. biasa lah kena bincang dulu..
[Reply]
By JBCool on Apr 22, 2010 | Reply
Boleh ke promote kat JBcool?
[Reply]
By nuaeman on Apr 22, 2010 | Reply
Boleh jee… nak link affiliate?
[Reply]
By nuaeman on Apr 22, 2010 | Reply
Tak kisah.. bincang-bincanglaa dulu..
[Reply]
By rohaizad on Apr 23, 2010 | Reply
Bila nak bukak affiliate?
[Reply]
By nuaeman on Apr 23, 2010 | Reply
Cadangnya Mei nanti..? Ada pendapat..
[Reply]
By imran on Apr 23, 2010 | Reply
Wah… bro nuaeman dah jadi penulis ebook..! Tahniah, link affiliate bila nak available?
[Reply]
By imran on Apr 23, 2010 | Reply
Dah beli dah pun. Sokonglah ebook bro nuaeman ni
[Reply]
By nuaeman on Apr 23, 2010 | Reply
Terima kasih Imran,
Tetapi saya perlu pulangkan RM 2 kerana harga pra perasmian cuma RM 15. Harap dapat memberikan maklum balas nanti..
[Reply]
By menj on Apr 25, 2010 | Reply
Wah hebat…dah keluarkan ebook pulak. Tahniah bro!
[Reply]
By imran on Apr 25, 2010 | Reply
Tak mengapa bro. Saya halalkan RM2 tu. Anggaplah itu sebagai sokongan dari saya. Sukar nak cari ebook berkaitan agama ni. Kalau ada memang saya support terus.
[Reply]
By imran on Apr 29, 2010 | Reply
Dah launch kan?
[Reply]
By nuaeman on Apr 29, 2010 | Reply
sudah..
[Reply]