Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina


Ditulis pada February 11, 2010 – 12:22 pm | Oleh nuaeman
Share

“Ahmad, Nanti you naik atas ya, ambil you punya limau”

Limau? oh ya, orang dah nak sambut tahun baru cina. Memang telah menjadi kebiasaan bilamana tiba sahaja musim perayaan tahun baru cina maka berkotak-kotaklah limau mandarin dihurung kesana kemari.  Jikalau ketika hari raya puasa orang kita ramai yang mabuk kuih raya beserta rendang dan ketupat maka pada waktu ini pulak ramai dari kita yang mabuk limau mandarin. Terfikir juga apsal limau yek?. Kenapa tak epal kee..,anggur kee, atau apa-apa sahajalah! kenapa mesti LIMAU??

“Chang, Apsal masa you punya raya banyak orang bagi limau haa??”

“Susah mau cerita sama you.., emm.. you boleh ingat itu limau macam  emas.. kira macam satu tahun punya duit , boleh kata simbol kayalaa”

Oh! simbol Kaya tu.. memang kalau dia cerita panjang-panjang pun aku bukannya faham sangat. Masa kecik-kecik dulu aku jarang benar merasa limau mandarin ni. Yang aku tau masa tu bila tiba raya cina jee.. mesti ada filem Jackie Chan dengan Jet Li ditayangkan  di TV yang biasanya ditaja oleh rokok Dunhill. Semestinya ketika raya cina ni semua benda nampak merah sahaja. Apsal pulak merah eak??

Menurut sejarah mereka, dulu-dulu di Tanah Besar China ada satu makhluk ganas datang menyerang. Makhluk yang dinamakan ‘Nian’ tu telah membuatkan seluruh penduduk hidup dalam ketakutan. Setelah lama mencari jalan bagaimana untuk hapuskan makhluk durjana tu akhirnya mereka berjaya juga dengan cara melempar reben merah serta membakar bunga api dan mercun.  Itulah agaknya sejarah mereka bakar mercun.. kita pulak yang turut serta bakar mercun ketika hari raya puasa berdasarkan sejarah apa yek?

“Ahmad, nanti I sama Mr Thamp  semua mau pegi makan besar, I tau you tak mau ikut, tengahari nanti you pegi ambil duit sama account kasi belilaa apa-apa”

Makan Besar.. satu lagi perkara yang biasa kita dengar ketika raya cina. Kalau nak diikutkan upacara makan besar yang sebenar ialah ketika malam tahun baru. Masa tu biasanya semua ahli keluarga mereka turun padang makan satu meja. Apa yang mereka makan jangan ceritalaa.. macam-macam ada..!! Tradisi ni dikekalkan untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama mereka.

Satu lagi yang aku perasan ketika musim perayaan tahun baru cina ni ialah ada sesetengah kedai yang tutup berminggu-minggu macam dah taknak berbisnes lagi. Ingat peristiwa beberapa tahun lepas, puas aku mencari kedai yang menjual top-up kerana rata-rata yang membuka kedai telekomunikasi di kawasan tempat tinggal aku ialah bangsa cina. Berdasarkan kepercayaan mereka dalam tempoh 15 hari dari tarikh tahun baru tu sesiapa yang membuka perniagaan akan ditimpa kerugian.

Banyak betul kepercayaan orang-orang cina ni tetapi apa yang aku paling suka bila tiba perayaan tahun baru cina ialah aku akan bercuti seminggu!

ITU MEMANG PASTI!!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Setelah 7 Tahun Mengenali PTS
  2. Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru
  3. Selamat Pengantin Baru Mawi & Ekin..
  4. Owh.. aku dah 30 tahun rupanya..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 17 Responses to “Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina”

  2. By Kujie on Feb 11, 2010 | Reply

    limau mandarin ni ade masa time nak raya cine je , kan…

    kita pun tumpanglah…dah beli 3 kotak utk musim ni

    [Reply]

  3. By Rizzal on Feb 11, 2010 | Reply

    aku oun suka raya china pasal kita dapat cuti

    [Reply]

  4. By cyza on Feb 11, 2010 | Reply

    makan sejuk2 sedap limau ni

    [Reply]

  5. By sangilapi on Feb 11, 2010 | Reply

    dulu,setiap kali musim perayaan tahun baru cina,rumah aku pasti “dibanjiri” dengan peti2 kayu berisi limau,satu block 4 tingkat semua dapat merasa…hahaha,mcm aku plk yang merayakannya.

    [Reply]

  6. By nuaeman on Feb 12, 2010 | Reply

    Banyak tu 3 kotak kak jie.. buah kurma takde lagi ke.. :)

    [Reply]

  7. By nuaeman on Feb 12, 2010 | Reply

    Ko tak dapat limau ke bro..?

    [Reply]

  8. By nuaeman on Feb 12, 2010 | Reply

    Yeke.. aku selalunya main makan jee.. apapun aku suka air sejuk.. hehe

    [Reply]

  9. By nuaeman on Feb 12, 2010 | Reply

    Itu dulu.. sekarang amcam pulak abang Jo.. takde lagi kee limau2 free?

    [Reply]

  10. By Kak Long on Feb 12, 2010 | Reply

    Nak balik tadi kawan-kawan yang nak sambut Tahun Baru Cina sibuk agih-agihkan limau mandrin untuk kami…
    Tahun ni memang banyak juga limau free…

    [Reply]

  11. By menj on Feb 12, 2010 | Reply

    Aku tak makan oren.

    [Reply]

  12. By adamfaiz on Feb 12, 2010 | Reply

    boss aku Cina, tapi dia local, so tak dapek la nak relax sket minggu depan

    [Reply]

  13. By nuaeman on Feb 14, 2010 | Reply

    itu yang best tu kak long.. sama laa saya pun.. dapat free jee heh!

    [Reply]

  14. By nuaeman on Feb 14, 2010 | Reply

    ko makan apa bro? kurma makan? :)

    [Reply]

  15. By nuaeman on Feb 14, 2010 | Reply

    berapa lama cuti adam?

    [Reply]

  16. By encik luth on Feb 17, 2010 | Reply

    bila raya cina, boleh cirit makan limau.. =) enjoy

    [Reply]

  17. By mr.eims @ perfume on Feb 17, 2010 | Reply

    limau belakang kira..
    cuti seminggu tuuu~ lagi best..

    [Reply]

  18. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    haha.. betul betul..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled