Percutian Yang Panjang..


Ditulis pada February 22, 2010 – 11:39 am | Oleh nuaeman
Share

Rasanya agak lama aku tidak melakukan sebarang kemaskini di blog ini. Percutian yang agak panjang ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang agak padat membuatkan aku berasa untuk berehat sebentar dari dunia blog dan internet. Pelbagai perkara yang dilakukan serta dilalui aku sekeluarga di dalam tempoh seminggu ini antaranya:

Balik Kampung dan Berkelah di Air Papan

Mana lagi kalau bukan di Mersing tanah tumpah darahku.. heh!. Dikampung aku banyak habiskan masa dengan membaca  dan hanya sesekali menjenguk internet. Dalam tempoh berada dikampung juga aku mengambil kesempatan membawa mak berserta ahli keluarga lain berkelah di Air Papan.

Pada hari kami disanalah berlakunya peristiwa remaja lemas. Memang pada hari tersebut jelas kelihatan laut agak bergelora dengan ombak besar. Aku sendiri tidak membenarkan Ammar mandi waktu itu kerana keadaan laut memang amat-amat berbahaya.

Bershopping ke Air Hitam

Dari Air Papan kita teruskan perjalanan ke Air Hitam. Sebenarnya tiada dalam perancangan aku untuk ke Air Hitam tetapi apabila melihatkan jalan raya agak sibuk untuk kami balik ke Johor Bahru pada Selasa lepas maka aku dengan senang hati menukar arah perjalanan ke Air Hitam. Bila dah sampai ke sana semestinya macam tak lengkap kalau tak beli apa-apa. Barang yang kami telah lama cari pun memang ada disana iaitu tilam kekabu yang boleh gulung tu. Kalau di JB harganya mungkin RM 50 hingga RM 65 tetapi disini dapatlah kurang sedikit sekitar RM 38.

Menguruskan Hal Pesaka

Walaupun kesemua perkara tak dapat diselesaikan tapi syukur juga kerana sebahagian daripadanya mampu disempurnakan. Dari urusan pemindahan wang pencen, wang di ASB hingga ke Tanah Pusaka. Yang meletihkan berkenaan urusan-urusan ini ialah untuk mengisi borang. Ambil borang di Amanah Raya nya lain, kemudian bawa pula ke ASNB ada pulak borang yang perlu diisi dan di Pejabat Tanah juga tak terkecuali.

Daftarkan Tabung Haji untuk Ammar dan Akram

Telah lama juga aku nak bukakan akaun tabung haji untuk kedua putera kesayangan aku. Alhamdulillah terlaksana juga akhirnya pada Khamis lalu. Urusan disini tak mengambil masa terlalu lama maklumlah ketika itu kebanyakkan orang dah kembali bekerja jadi keadaan di Tabung Haji sedikit lengang pada waktu pagi.

Jalan-jalan ke Zoo Johor.


Orang kata Zoo Johor tak banyak binatang tetapi oklah kalau setakat untuk mengenalkan anak-anak aku dengan beberapa jenis binatang yang ada disana. Pada masa yang sama aku sengaja membawa mak mertua aku untuk melayan cucu-cucunya disini. Dia dah terlalu lama tak menjenguk Zoo Johor ni. Oleh kerana itu banyak benar perubahan yang dia rasakan berlaku.

Main Futsal

Aktiviti ini juga tak dirancang lebih awal sebenarnya. Hanya pada hari rabu Prof. Zaki menghubungi aku untuk diadakan aktiviti ini pada hari Sabtu bersamaan 20 Feb. Walaupun semuanya dilakukan ‘last minutes’ akhirnya terlaksana juga walaupun ada beberapa ahli majlis yang tidak dapat hadir seperti Rohaizad yang terlibat dengan kenduri di rumahnya ( kenduri nak bertunang eh..? hehe..), Si mazuki dan wanmus pulak masih belum puas makan keropok lekor di Terengganu. Begitu juga dengan saudara smartzul kita. Apapun oklah juga dengan kehadiran Shaffik, Zairizad, Zamrin, yazidyahaya dan beberapa lagi teman. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aktiviti ini tidak menghampakan boy yang akan balik ke Perlis hari ini.  Batteri Kamera boleh habis pulak untuk aku abadikan kenanngan ni.. Sorry Boy..!

Puas bercuti rasanya sekarang aku dah besedia  untuk  kembali menulis.  Bukan sahaja di blog bahkan untuk projek-projek aku seterusnya. Moga aku diberikan kekuatan untuk itu…

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Selamat bercuti panjang..
  2. Panjang Usia dengan Blog

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 14 Responses to “Percutian Yang Panjang..”

  2. By menj on Feb 22, 2010 | Reply

    Bestnya ko cuti ya…

    [Reply]

  3. By samanosuke_04 on Feb 22, 2010 | Reply

    wooo… main futsal ngan blogger2 otai tue… tapi konfius, camner korang bleh kenal rr?

    [Reply]

  4. By abdfatah on Feb 22, 2010 | Reply

    bestnya dapat cuti… nak ikut cuti laaa

    [Reply]

  5. By sangilapi on Feb 22, 2010 | Reply

    beli tilam kekabu tanpa beli bantal kekabu,kurang lengkap tu mat.

    [Reply]

  6. By nuaeman on Feb 23, 2010 | Reply

    ala.. sesekali je bos.. lainlah cam ko yang ari-ari boleh amik cuti.. hehe

    [Reply]

  7. By nuaeman on Feb 23, 2010 | Reply

    Salah satu sebab utama ialah kitaorang secara kebetulan berada di Johor.. sebelum ni hanya kenal di dunia maya..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Feb 23, 2010 | Reply

    Mehlaa JB heh!

    [Reply]

  9. By nuaeman on Feb 23, 2010 | Reply

    bantal kekabu dah byk abg jo.. tu yang beli tilam plak.. :)

    [Reply]

  10. By rohaizad on Feb 23, 2010 | Reply

    Orang dah kahwin ni lain bro Jo. Takyah bantalkekabu tu semua… paha bini tu pun dah ok dahhh… kekabu jugak tuh.

    [Reply]

  11. By sangilapi on Feb 23, 2010 | Reply

    wahkahkahkah….macam best je kahwin ni…hahaha

    [Reply]

  12. By nuaeman on Feb 23, 2010 | Reply

    wah. bro kita ni komen macam dah berpengalaman laa.. bila lagi nak makan nasi minyak ni jad..? dah layak sangat dah ni.. hehe..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Feb 23, 2010 | Reply

    memang best abg jo.. heh!

    [Reply]

  14. By Kak Long Mawar Merah on Feb 24, 2010 | Reply

    Bercuti @ balik kampung rupanya….
    Tak lintas ke Toman ke nueman?

    [Reply]

  15. By titan on Feb 24, 2010 | Reply

    sekarang waktu bekerja..jadi, susah sikit la nak bercuti..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled