Penting!!:50 usd sehari bukan produk nuaeman
Ditulis pada December 30, 2008 – 11:18 pm | Oleh nuaeman Share
##### (12/24/2008 2:45:44 AM): Assalamualaikum
Fairoz (12/24/2008 2:45:53 AM): waalaikumussalam..
#####(12/24/2008 2:46:08 AM): Apa yang ko belajar dengan RK sampai dapat 60 usd tuh?
Fairoz (12/24/2008 2:46:49 AM): Belajar dengan RK? eh bila pulak aku belajar dengan dia?
#####(12/24/2008 2:46:58 AM): Aku perasan screenshot ko dalam sales letter dia
Fairoz (12/24/2008 2:47:16 AM): Ohh.. itu kee.. itu memang hasil aku dapat tapi bukan belajar dgn dia Fairoz (12/24/2008 2:47:55 AM): Cuma mungkin kaedah aku guna tu sama dengan apa yang dia tulis dalam ebook tu.
Aku berkali-kali mendapat soalan sebegini melalui YM sejak produk 50 usd sehari oleh Raja Kamil menjengah pasaran. Ada yang bertanya tentang kandungan ebook dan tak kurang juga tentang harganya yang pada sesetengah orang agak tinggi . Ingin sekali diingatkan bahawa produk ini bukanlah produk aku dan aku tidak terlibat sama sekali dengan pembikinan ebook ini. Kehadiran aku hanyalah sebagai seorang ‘reviewer’ dan screenshot yang aku paparkan adalah hasil dari apa yang aku usahakan yang mana aku rasa ada berkait dengan apa yang disampaikan dalam ebook tersebut. Kekeliruan mungkin timbul kerana aku pernah membuat personal coaching dengan nama ‘kaedah 5 hingga 50 usd sehari’ sebelum ini (Aku dah lama menghentikan coaching ini). Bagi yang menyangka aku menuntut dengan Raja Kamil pulak mungkin apabila pada sales letter yang terdahulu ada menyatakan screenshot aku adalah pendapatan dari anak murid beliau tetapi perkara ini telah diberitahu dan diperbaiki.
Kenyataan ini aku tujukan kepada mereka-mereka yang terus bertanyakan soalan yang sama kepada aku dan kiranya ada pertanyaan lagi selepas ini bolehlah aku hanya berikan link ke entri ini sahaja sebagai jawapan. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk tersebut bolehlah menghubungi terus Raja Kamil di blog beliau- rajakamil.com
Aku harap entri ini dapat menjawab segala kekeliruan yang timbul baik dipihak aku ataupun dipihak Raja Kamil sendiri.
Terima Kasih
Entri Berkaitan:






















7 Responses to “Penting!!:50 usd sehari bukan produk nuaeman”
By |1f34|-|1r3 on Dec 31, 2008 | Reply
ah..adakah ini yang seseorang khabarkan pada ku?
|1f34|-|1r3’s last blog post..How to make a screen shot in Windows Media Player
[Reply]
By titan on Dec 31, 2008 | Reply
hehe. orang tak jelas rasanya..
titan’s last blog post..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Castclick
[Reply]
By KampungBoy on Dec 31, 2008 | Reply
Salh fahm. Biasala….sekarang nie dah ada lmbakan produk n servis kat intenret, yg kadang ada yg terkeliru…
KampungBoy’s last blog post..Promosi Akhir Tahun, Pakej Evolusi Internet!!
[Reply]
By chuckiesd on Dec 31, 2008 | Reply
Salah faham tu biasa laaa bro…lagi2 kalau citer pasal duit nie…tapi nanti biler dah ajar ckp susah pulak…lambat laa…
chuckiesd’s last blog post..Minyak Kereta Lesap.
[Reply]
By Taukey on Dec 31, 2008 | Reply
hehehehe. lama tak lepak sini. salah faham jer tu. lepak luuu
Taukey’s last blog post..Hi hi 2009 bye bye 2008
[Reply]
By nuaeman on Dec 31, 2008 | Reply
ya.. ianya memang sekadar salah faham sahaja dan entri ini adalah untuk memudahkan aku memberi jawapan dan tak perlu menjawab berulang kali soalan sama..
[Reply]
By Raja Kamil on Jan 2, 2009 | Reply
Erm, mintak maaf lah bro. Adeh, salah faham pulak. Anyway, terima kasih.
Nak pomot sikit leh bro? (kalau tak delete atau edit jer
)
Rahsia USD50 Sehari , laman rasmi dia ialah http://www.rahsiausd5sehari.com
[Reply]