Daripada terus sakit hati dan jiwa dek masalah yang berlarutan hingga menyebabkan banyak kerja -kerja aku terbengkalai maka rasanya sudah sampai masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal untuk Celcom Berukband.
Baru sahaja aku menghubungi TMnet bagi membuat satu lagi akaun streamyx tanpa penyediaan modem kerana aku telah mempunyai satu modem. Mengikut apa yang telah diterangkan tadi aku hanya perlu membayar RM 75 sebagai caj pengaktifan manakala bayaran bulanan adalah sebanyak RM 66 dengan tiada had penggunaan. Terdapat satu lagi pelan RM 44 bulanan yang mana penggunaan dihadkan kepada 60 jam sahaja sebulan dan sekiranya kita menggunakan lebih dari had kenalaa pulak bayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk mengaktifkan adalah dari 3 hingga 7 hari bekerja. Emm.. andai tiada apa aral bulan depan bolehlaa aku menggunakan streamyx di satu lagi tempat persinggahan aku.. heheh. Apa nak buat.. huhu
Untuk Celcom Broadband.., entahlah tapi sebagai salah seorang pengguna aku teramat-amat kecewa dengan tahap perkhidmatan mereka. Masalah tu memanglaa akan berlaku tetapi cara mereka menyelesaikan terlalu lembap serta kerap sangat menipu pengguna. Aku telah beberapa kali membuat report dan perlu diingat setiap sen untuk aku telefon mereka juga adalah satu penambahan kos untuk diri aku sebagai pengguna. Yang mereka tahu hanya berjanji sahaja tetapi tidak ada “follow up” yang aku terima daripada pihak mereka. Katanya selepas 7 hari bekerja akan menghubungi aku semula tetapi haram.. aku juga yang perlu hubungi mereka semula. Sehingga kini setiap panggilan yang aku buat tidak sekali pun aku memaki hamun operator yang menjawab kerana pada aku tiada gunanya cuma satu aku mintak adalah pihak Celcom dapat memberikan rebate kepada pengguna kerana masalah yang berlaku sudah hampir 2 bulan. Apakah pihak kakitangan Celcom sanggup memakan DUIT HARAM hasil dari menipu pengguna? . Caj RM 68 sebulan dengan servis yang begitu teruk seharusnya difikirkan semula.Celcom bukankah sudah menjadi satu nama besar di Malaysia. Tak malukan kini dilabel sebagai servis terburuk??
Sebagai salah seorang yang juga mencari makan di Internet , masalah yang dihadapi dengan Celcom juga sedikit sebanyak mencacatkan ” online income” yang aku terima untuk bulan Februari. Apapun aku tetap bersyukur dengan jumlah 198 usd dari blog serta 41 usd dari affiliate kerana ini adalah dua teknik yang aku baru cuba untuk terokai. Moga masalah yang selama ini menghantui aku akan selesai setelah mendapatkan akaun baru streamyx ini. Kepada Celcom, nasihat aku cuba-cubalah belajar untuk mengambil hati pengguna dan jangan hanya pandai menipu dan buat janji palsu. Memang streamyx pun pernah ada masalah tetapi sekurang-kurangnya ada dilaporkan di media dan kalau masalah setempat biasanya akan diberitahu juga. Sebelum ramai pengguna lari eloklah pengusaha Celcom Broadband melakukan sesuatu.
Related posts:
- 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mempunyai Blog Masa berjalan begitu pantas dan jika kita tidak bergerak...
- Terima Kasih P1 Wimax Tapi… Senyum terukir di bibir aku apabila menerima bil terbaru...
- Anda dah Potong… P1 Wimax? “ Awak cubalah letak diri awak sebagai pengguna. Awak...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






















alahai..aku baru je pakai celcom bb..
memang hampeh..
ish..gatal je mulut rasa nk maki kan..
Callister’s last blog post..Koala bushfire survivor wins hearts
Itulaa pasal.. memang bikin hangin jee.. Celcom nih
Kalau dah banyak sangat masalah. Baguslah pakai streamyx jer. So far aku ounyer Maxis Broadband OK jer..tapi tak tau lagi.
Shaffik’s last blog post..Kilang aku juga tidak terlepas.
Pakej streamyx rm 66 tu (512kb) ok tapi kadang² sakit hati juga bila masa ramai yang online. Kat tempat aku so far tak la terputus tapi lambat.
nasib baik masa aku buka akaun stremyx dulu ada promo merdeka. 1Mbps = RM77 je. hari tu ingat nk upgrade pakej amek yg combo tp harga utk transfer rate yg sama dh jadi RM100 lebih kurang. terus tak jadi.
setakat ni aku guna pakej yg ada kongsi dgn 2 keluarga kengkawan sebelah umah. alhamdulillah takde masalah la. dlm sebln ada sekali dua lembab.
yang ko amek RM66 sbln tu 512kb je ke?
aku punya asalnya macam ko jugak rm77 dan sekarang aku ambil pakej tanpa modem untuk buat satu lagi akaun.. berdasarkan apa yang diberitahu tadi dia tak ubah.. tetap 1Mbps
“Apakah pihak kakitangan Celcom sanggup memakan DUIT HARAM hasil dari menipu pengguna?” aduii… parah tu…
streamyx xda broadband ek? harap2 dlm ms 2 thun nnti, celcom broadband akan superb..
kalau masalahnya tak berpanjangan orang tak kisah sangat.. J hafiz.. ini dah makan dua bulan.. itu yang bikin hati sakit.. habis kita bayar every month kat diorang free2 jee kee..? betul tak..
aah btul jgk.. mmm elok gak desak2 gtu, so sy harap nnti xla lg 2 tahun bl sy nk pakai derang nye broadband,xde la mslh gni.. xleh ke cuba sue?
j_hafiz’s last blog post..EAVista Directory – Submit your link for FREE
yuhu..
tulah syarikat2 besar neyh memg suke mkn duit pengguna2..
tulah byk untung…nak blaja care cr duit kat tenet bley?
Banyak lagi kalau nak sebut.. memang betul pun apa yang ko cakap.. belaja cara cari duit.. boleh… ikuti saja post2 terdahulu dan akan datang mengenai sumber rezeki..
tetsing url sorry..
samalah ngan aku
aku mmg bengan giler ngan streamyx
diaorang lupa agaknya makan duit kita di dunia x berkat kan
Itulaa pasal.. Nizam.. apa diorang ingat ini cara senang nak dapat duit kot.. kalau camni sama jee diorang ni dengan kaki2 penipu yang lain kat luar sana..
akhirnya… macam sayu je entri kali ini. geram dan terpaksa. kemudahan yang menyusahkan.
duit hasil titik peluh yang ingin menerima perkhidmatan yang berbaloi tetapi memang benar bagai dikata ianya cukup memilukan!
apa pun tahniah atas perubahan yang dilakukan. agak-agak lepas tak wifi ke rumah aku hoho.
ps : ni yg rasa nak bikin entri geram nie huhu.
megat’s last blog post..Windows Live Writer, Alternatif Menulis BlogMelaluinya
aku malas nak cakap ape dah…cakap banyak pon tak guna..sengal jugak…tunggu aku jadi CEO TM la….
|1f34|-|1r3’s last blog post..Understanding risks for small business loans and financing
Akoo pun xbayar lg duit bil bulan lepas, mungkin kalu selepas keseriusan tahap maksima akan bertukar kepada snailmyx plak, semalam berbual dgn agen TMNET dia kata streamyx menjadi lembap kerana salah satu kabel bawah laut putus dilanggar kapal selam..apa barang?? dia kata lagi bulan depan mesti dah ok.
Aku pakai streamyx. Tapi bila baca entri ni, nak aje aku lempang orang yang bertanggungjawab dalam hal ini.
Celcom boleh menaja berjuta ringgit untuk pelbagai perkara. Tapi untuk perkara asas dan kehendak pelanggan, tahapnya ke longkang. Haruk aje lebih celcom ni, tapi servis hampeh.
garang btul en rohaizad. ha3. wat la satu entry suh ramai2 blogger g desak celcom suh baiki derang nye service
j_hafiz’s last blog post..EAVista Directory – Submit your link for FREE
Erm aku rasa mmg ko kena tukar ke streamyx takpun jaring..jaring senang skit bawak modem kemana2 jerk untuk layari tenet..itu iklan dr kawan aku..promote jaring
catzer’s last blog post..Pergh..Milo Kaw!!
Diorang promo main belasah je….
Sebenarnya dulu aku pernah ambil pakej rm68 sebulan.. Budak celcom tu tak tahu dan reti nak explain sebenarnya benda ni datang dengan harga moden yang berasingan… dia main haruk promo (sebenarnya sibuk dgn pakej 2 + 1)..
Yang budak tu target, dapat komisen atas apa-apa sahaja langganan yang berjaya ’subscribe’… Tu la kalau duit jadi no 1, maruah dan agam jatuh no ntah ranking ke berapa…
nampaknya ramai orang yang dah tergeram ngan celcom broadband nie.. pakcik pon terlalu geram dengan celcom broadband nie
Uncle G’s last blog post..Serangan Toyol?
[...] untuk bulan Februari aku sedikit lemah atas sebab talian Internet yang sering bermasalah. Sepertimana aku pernah sebutkan, sehingga 25 Februari jumlah pendapatan yang aku terima dari blog [...]