Misteri Jam 12 – Kalau berani…


Ditulis pada April 21, 2009 – 11:05 pm | Oleh nuaeman
Share

Sejak aku bekerja petang dan balik tengah malam ni selalu pulak aku dengar radio ria 89.7. Sesiapa yang tinggal kat Johor Bahru dapatla dengar stesen ni kot kerana ini merupakan stesen radio Singapura. Masa mula-mula bukak hari tu terkejut jugak bila tiba-tiba dengar orang mengilai. Bila diteliti rupanya memang salah satu slot radio ni yang diberi nama ” Misteri Jam 12″.Phew!

Aku boleh kata slot ni betul-betul mampu mendirikan bulu tengkuk orang yang mendengar.  Aku akui cerita-cerita yang disampaikan oleh pendengar takla semuanya menakutkan tetapi yang bikin orang tak senang duduk ialah dia punya sound effect tuh. Terfikir juga aku DJ nya si “KC” ni boleh tahan disumbat dengan cerita-cerita begini setiap hari. Mungkin kalau yang lepak rumah ramai-ramai tu taklaa terasa sangat tapi bila duduk sorang-sorang dan dengar hilaian tawalaa, bunyi itu, bunyi ini disamping beberapa cerita yang paranormal tu.. tak banyak, sikit ada juga terasa keseramannya. Lagilah aku yang tengah balik kerja lalu jalan kelapa sawit semua ni. Tapi nak alih siran lain macam tak best pulak.. huhu.

Ini salah satu cerita yang boleh kata menarik jugalah..

Ada satu pasangan suami isteri ni pergi memancing dan berkhemah di salah sebuah kawasan bersama-sama dengan saudara mereka. Tempat ni memang biasa orang memancing pun.. jadi ikutkan takde masalah sebenarnya.  Bila sampai disana pun mereka semua buat macam biasa saja cuma apabila dah malam sedikit si suami ni perasan yang isterinya tiada di khemah. Setelah bertanya pada saudaranya, mereka katakan si isteri ni pergi kutip kayu bersama-sama dengan seorang lagi saudara mereka. Jadi si suami ni takdelaa risau mana, cuma cuba menjejaki dimana isterinya mengutip kayu.

Dalam mencari tu nampaklah dia si isterinya sedang mengutip kayu di bawah sepohon pokok agak besar. Cuma yang peliknya di atas pohon pokok tersebut dia ternampak seakan seutas tali yang panjang dan hampir mengenai kepala isterinya. Dia cuba mendekati dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat diatas pokok tersebut ada satu mahkluk yang tergantung dan lidahnya terjeler panjang kebawah dan seolah-olah menjilat-jilat rambut isterinya. Ya Allah! Lantas dia memanggil saudaranya seorang lagi untuk melihat apa yang telah disaksikannya. Tanpa menunggu lama saudaranya melaungkan Azan dan segera memanggil isteri mereka untuk kembali ke khemah tanpa memberitahu apa yang berlaku.

Sampai sahaja di khemah sang suami cuba mengusap belakang kepala isterinya yang dilihat bagaikan dijilat-jilat sebentar tadi dan nyata ianya masih basah. Apabila ditanya kepada isterinya.. jawabnya ” Entahlaa bang.. saya kutip kayu bawah pokok tadi.. mungkin air dari pokok tu agaknya..” Erk!

Ada satu cerita lagi tentang seorang lelaki yang balik kerja lewat malam dan katanya setiap kali beliau pulang beliau perasan ada penumpang yang turut sama mengikuti di tempat duduk belakang. Adeh..! dahlaa aku pun balik tengah malam.. apa punya cerita nih.. huh.. OKlaa cukuplaa tu.. seram jugak aku ni sorang-sorang dalam ofis. Jam pun dah dekat pukul 12 malam. Kalau nak rasa feelnya dengarlaa “Misteri jam 12 – Kalau berani dengar.., takut jangan…”

*Mungkin penceritaan aku ada yang tertinggal atau tersilap.. biasala dengar sekali lalu jee tapi korang boleh kesini kalau nak baca cerita-cerita yang disampaikan oleh pendengar.. banyak tu.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Jangan Shopping di Kemayan City kalau ke JB tau..!
  2. Misteri: Hilang waktu berbuka puasa
  3. Kalau Tuhan dah tentukan…
  4. Kalau dah takde minat…
  5. Buat apa baca al-Quran kalau dah tak faham kandungannya.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Misteri Jam 12 – Kalau berani…”

  2. By Mindaku Di Sini on Apr 22, 2009 | Reply

    hoho..aku confirm cuak gak beb kalau benda2 camnii jadi kat aku !!!

    Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    [Reply]

  3. By nikillas on Apr 22, 2009 | Reply

    haish.. seram seh.. masa dulu2 suka dgr kat radio THR.fm time Isma Halil Hamzah jadi DJ kat situ.. dgr pepagi.. seram seeeeeh… ngan muzik blakang nye.. eee…

    [Reply]

  4. By eZad on Apr 22, 2009 | Reply

    Huhu, giler seram kalu balik malam, ko balik pagi jek man.

    [Reply]

  5. By Mohd Hafifi on Apr 22, 2009 | Reply

    haha..kecut perut beb kalau dgr cite gini mlm2..

    Mohd Hafifi’s last blog post..Hadiah Untuk Lelaki

    [Reply]

  6. By Shaffik on Apr 22, 2009 | Reply

    nasib baik baca siang2…kalau baca malam mau naik bulu roma…

    Shaffik’s last blog post..Adakah Mak Nyah Akan Insaf?

    [Reply]

  7. By taukey on Apr 23, 2009 | Reply

    kereta yang dinaiki gerenti akan jadi berat.

    [Reply]

  8. By titan on Apr 25, 2009 | Reply

    hoho. tanak aku klik link yang terakhir tu.haha..

    [Reply]

  9. By j_hafiz on Apr 25, 2009 | Reply

    xde radio on9 ke bro?

    j_hafiz’s last blog post..Post terakhir sebelum meninggal dunia…

    [Reply]

  10. By samdaddycool on Apr 30, 2009 | Reply

    … perghh aku pun hilang selera nak klik link tu… :P

    [Reply]

  11. By pjan on Jun 25, 2009 | Reply

    aku dengar gak rancangan ni yang duduk kat jb memang sgt clear..memang fav aku dari dulu cerita-cerita seram ni..dulu aku ingat lagi dalam tahun 96 camtu dia radio muzik ada gak slot seram camni dj dia isma halil..pas tu isma halil pindah ke thr ada gak slot seram tapi setiap malam jumaat..

    pjan’s last blog post..Perjalanan yang cukup membengangkan

    [Reply]

  12. By liaa on Mar 18, 2010 | Reply

    weyy, bkn ade blog ke misteri jam 12 ni? sume cite yg kat radio tuh dorang crite kat blog,

    [Reply]

  13. By irah on Mar 22, 2010 | Reply

    aku paling seram pasal cerita aishah 2….giler arrr

    [Reply]

  14. By fatyn on Jun 4, 2010 | Reply

    aduh!!!!!1glew ar cter ny!!!!tkot fatyn dga!!!!!!!!!

    [Reply]

  15. By asri on Oct 2, 2010 | Reply

    sye nk crik agy takut dripda nie..

    [Reply]

  16. By FLEXible on Aug 1, 2011 | Reply

    beztttt..gler

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge