Makin lama makin bulat?
Ditulis pada March 3, 2010 – 12:29 am | Oleh nuaeman Share
“Ngape aku tengok kamu ni doh makin lame makin bulat?”
Adussss… teguran Pak Kadir yang masih pekat telo Peraknya seusai solat Isyak tadi masih terngiang-ngiang di telinga aku sehingga sekarang. Ape bulat sangat ke ghupe teman sekaghang nih? huh!
“Dah Tuhan nak bagi sihat macam ni Pak Kadir.. kita terima jelah.. hehe..”
Itu saje jawapan yang aku terfikir nak keluarkan walhal mungkin juga ada jawapan yang lebih baik daripada tu. Apapun memang benar apa yang Pak Kadir tegur tu.. aku sendiri dapat merasakan pengembangan badan yang bagai dipam pam. Rasanya bukanlah aku ni kuat makan sangat tapi….Kenapa eak..?
Setelah difikir-fikir mungkin ini antara beberapa sebab..
Senang Hati
Biasanya lelaki dah kawin ni senang hati sikit. Dah ada isteri yang urus itu ini bagaikan secretary maka takde rasa nak kontrol-kontrol lagi.. apa rasa nak makan.. main makan jee.. Tapi takkanlah nak bersusah hati pulak lepas ni.. jadi penyelesaiannya terus bersenang hati walaupun begitu perlulah beringat-ingat juga.. kerana semua ni ada hubungkait dengan kesihatan.. kalau kesihatan dah terjejas esok-esok… siapa lagi yang akan susah hati kalau tak isteri. Sanggup ke tengok isteri susah hati..? Hurm…
Banyak Makan Ayam Daging
Emm .. aku banyak makan Nasi sebenarnya tapi mungkin lauknya tu banyak yang berminyak lebih-lebih lagi kalau makan Nasi Ayam Penyet yang mana sudah tentu ayamnya akan digoreng terlebih dahulu. Mungkin juga Ayam Penyet antara penyumbang besar kerana kebanyakkan Nasi Ayam penyet yang aku makan akhir-akhir ni adalah menggunakan ayam daging. Berdasarkan artikel yang aku pernah baca, ayam daging sekarang ni telah banyak disogokkan dengan hormon gemuk yang di campurkan di dalam air minuman ayam. Oleh sebab itulah ayam-ayam daging sekarang ni cepat membesar maka kesannya turut dirasai pemakan-pemakan ayam daging seperti aku. Jawabnya sekarang.. kena kurangkan makan ayam daginglah!
Kurang Tidur
Sebelum ini aku rasa kurang tidur akan mengurangkan berat badan. Tak sangka pula rupanya kurang tidur boleh mempengaruhi kadar berat badan. Ini sedikit keratan dari salah satu artikel yang aku perolehi dari sebuah forum.
Berdasarkan laporan penyelidik dari Universiti Alabama, Birmingham, Dr David B Allison dalam Jurnal Obesiti Antarabangsa Jun lalu, kajian ke atas haiwan dan manusia di Amerika Syarikat mendapati kurang tidur meningkatkan selera seseorang dan merangsang dia untuk makan banyak. Malah, ada pakar pengurusan badan menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya mendapat cukup tidur iaitu antara tujuh hingga lapan jam sehari.
Satu kajian lain menunjukkan, individu yang tidur kurang daripada empat jam sehari mempunyai risiko 73 peratus untuk mengalami obesiti dan 50 peratus bagi mereka yang tidur hanya lima jam sehari. Apabila kurang tidur, badan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar.
Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak, memberitahu badan kekurangan makanan dan seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang. Jika masalah kekurangan tidur ini berlarutan, penghasilan leptin juga semakin berkurang dan keinginan untuk makan bertambah tinggi. Malah, kekurangan tidur juga meningkatkan paras ‘grehlin’ iaitu sejenis bahan yang meningkatkan keinginan untuk makan.
Masalah ini kerap berlaku pada musim cuti atau perayaan kerana ketika ini kebanyakan orang tidur lewat. Apabila lewat tidur, masa yang ada biasanya diisi dengan aktiviti membabitkan makanan.
Aku sayang sebenarnya nak tidur awal tetapi kalau dah macam ni kenalah plan juga jadual tidur aku.
Kurang Bersenam
Ini yang sebetulnya. Aku memang akui yang semenjak lepas kahwin aku kurang sangat bersenam tak macam dulu-dulu waktu bujang memang aktif bersukan. Kalau orang tengok gambar aku dulu-dulu mesti tak sangka punya badan aku boleh jadi sampai macam sekarang. Alhamdulillah bila kawan kawan blogger nak buat aktiviti sukan setiap minggu. Bolehlah keluarkan peluh dan juga bakarkan sedikit kandungan kalori dalam badan aku ni.
Berat aku sekarang 92 Kg dan tinggi lebih kurang 174 cm. Mujjur…lah aku ni agak tinggi juga jadi nampak badan macam besar. Kalau rendah mungkin akan memperlihatkan lagi betapa bulatnya aku. Jadi dengan ini aku mengumumkan penyertaan di dalam kempen Biggest Loser Blogger. Huh!
Entri Berkaitan:






16 Responses to “Makin lama makin bulat?”
By hafizmd on Mar 4, 2010 | Reply
1)Bro, begitula..bila dah kawen, hati makin senang, makan pun kita main lanyak saje..hehe..samela kite..
2)Ayam daging sekarang mmg byk benda samada antibiotik@vitamin yg diletak dlm makanan dan minuman..mungkin ini yg ganggu sistem perut kite agaknyer..sudah pasti sistem antibodi kite terganggu..
p/s – nak join jugela kontest tu..hehe
[Reply]
By sangilapi on Mar 4, 2010 | Reply
mat…jom renang! bagus untuk mengatasi kebulatan anda:)
[Reply]
By cyza on Mar 4, 2010 | Reply
weekend ni badminton ok kot kalau tak cukup orang futsal…
[Reply]
By Shaffik on Mar 4, 2010 | Reply
Mad ko memang dah besar mad. AKu ingat kena bawak bersukan tu..Tak pun ko lari keliling taman jer bagus….huhuuhuhuhuhu
[Reply]
By boy_bersahaje on Mar 4, 2010 | Reply
Bro, kawan balik JB awal bulan 4 ni. Ada seminar kat selangor kalau jadi. Kita pakat ramai-ramai main futsal. Jangn cam itu hari, mau semput perut ni di buatnya. hahahahaa.
[Reply]
By Kujie on Mar 4, 2010 | Reply
huhuhu…tanda bahagia tu
[Reply]
By bluedianthus on Mar 5, 2010 | Reply
Jangan lupa bersenam sekali-sekala ya..:)
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
Hati makin senang.. makin makin banyak dan perut pun makin naik..huhu..
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
saya kalau dalam air timbul abg Jo.. heh
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
kat mana agak-agak nak main tu?
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
Dekat taman dahlia kene ada satu taman rekreasilaa.. maam kat Setia Tropika tuh..
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
Awal bulan 4 macam banyak xtvtlah boy.. tp takpe nanti kita tgk jadual ye
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
Baik.. cik warnie..
[Reply]
By nuaeman on Mar 5, 2010 | Reply
cik abang kakjie ada tanda bahagia ni tak
[Reply]
By wanmus on Mar 8, 2010 | Reply
mujjor ko tinggi tau..kalau tak, teruk lagi nampaknya..hehe
[Reply]
By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply
memang mujjor… heheh
[Reply]