Kasih Tanpa Syarat


Ditulis pada September 1, 2009 – 12:05 pm | Oleh nuaeman
Share

Ramadhan 1404

“Mak…. Mak wat kuih apa tu?”

“*Bunga Durian…” Jawab si ibu ringkas

“Nak sikit Mak..”

“Panas lagi ni.. tunggu sejuk dulu yee..”

Kasih seorang ibu…

Sedar memberi makan kepada anak-anak adalah tanggungjawabnya tetapi biarlah makanan itu mudah untuk dihadam. Tak mahu kesan minyak panas memberi mudarat kepada mulut ataupun perut anak-anak.

Ramadhan 1405

“Mak… Mak buat kuih apa tu?”

“Bunga Durian..” Jawapan ibu tetap ringkas seperti setahun lalu

“Nak sikit yang dah sejuk Mak…”

“Ada ni haa.. tapi tangan tu dah basuh belum.. kalau belum pegi basuh dulu!”

Kasih seorang ibu…

Dah sememangnya makanan yang dibuat akan jadi santapan anak-anak tapi tanggungjawab untuk memperingatkan demi kesihatan anak-anak tak pernah dilupakan.

Ramadhan 1406

“Mak… Mak buat kuih apa tu?”

“Bunga Durian..” Tiada perubahan untuk jawapan si ibu

“Boleh ambik sikit Mak…?”

“Ahah! Tak puasa ye? Malu tau kalau dah besar tapi takleh puasa lagi..”

“Eh! Lupa laa Mak.. kita puasa ari ni.. hee..”

Kasih seorang ibu…

Makanan yang dibuat memang untuk dimakan tetapi adalah menjadi tanggunjawabnya juga mendidik anak-anak dengan ibadah yang diwajibkan tuhan moga anak-anak membesar menjadi seorang manusia.

Ramadhan 1430

Kring! Kring!

“Assalamualaikum..” Jelas getar suara si ibu dihujung talian

“Waalaikumussalam… Mak.., saya ni.. Mak sihat?”

“Sihat – sihat macam tu jelaa.. sihat orang tua..”

“Mak buat kuih ke tahun ni..?”

“Entahlaa…, mak bukannya larat sangat sekarang.. , buat kerja sikit pun dah semput . Tapi kalau larat nanti rasanya nak buat juga bunga durian dengan maruku tu..”

“Kalau mak rasa tak larat tak payahlaa buat…, Mak rehat jelaa.. kitaorang semua akan bawak balik kuih nanti..”

Kasih seorang ibu..

Sedar yang dirinya semakin dimamah usia tetapi akan digagahinya juga kerana faham hasrat yang terletak jauh di sudut hati anak-anak yang mana sekiranya boleh masih mahu merasa makanan hasil air tangan ibu. Tak kiralah berapa banyak hatinya pernah terguris oleh sikap anak-anak, jiwanya pernah terbeban oleh rindu panggilan telefon bagi mendengar suara anak cucu. Kasih sayangnya tak pernah luntur….

Itulah Kasih Tanpa Syarat..

*Buanga Durian  – dipanggil juga sebagai kuih goyang disesetengah tempat

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Terima Kasih Arshavin, Terima Kasih Gunners!
  2. Kasih Seorang Ayah..
  3. Bayang Tanpa Objek
  4. Terima Kasih P1 Wimax Tapi…

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Kasih Tanpa Syarat”

  2. By megat on Sep 1, 2009 | Reply

    tiba-tiba air mata ini mengalir. mungkin memori yang disingkap sedemikian rupa.

    terima kasih kawan!

    tiba-tiba rindu bertandang hu3.

    [Reply]

  3. By Kujie on Sep 1, 2009 | Reply

    Teringat mak mertua kak jie…dah 8 hari bersama kami, semlm dia ke rumah anak yang lain…tiba-tiba rasa kekosongan.

    Selalu tiap pagi pergi tadarus dgn dia, dia yg bawa motor..kak jie bonceng je..hehehe..kena gelak dgn kawan2.

    prg2… buat kuih..semua cucu2 dia dipanggil suruh uli tepung. yang lelaki yg perempuan…

    mlm – waktu berbuka dia ajak ke masjid, bungkus semua makanan kt rumah kami berbuka kat masjdi..lepas terawih baru balik

    emmm..kasih seorang ibu dan ‘embah’

    [Reply]

  4. By Anarm on Sep 1, 2009 | Reply

    embah org dah xde dah.. sedih..
    dulu masa kecik salu tengok ramai2 berbuka, embah pn same..
    org x puasa lg time tu. kecik lg.. hehe..
    skrg embah dah xde.. *sedih*

    [Reply]

  5. By MyDailyBlog.Info on Sep 2, 2009 | Reply

    kasih seorg ibu dibawa ke syurga…

    [Reply]

  6. By fikri on Sep 2, 2009 | Reply

    trus rasa mcm nak balik umah plak cuti hujung minggu ni… :P

    [Reply]

  7. By nuaeman on Sep 2, 2009 | Reply

    Wah.. berapa usia mak mertua kakjie ? siap boleh bawak motor lagi tu..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Sep 2, 2009 | Reply

    hah! pilaa balik cepat hehe

    [Reply]

  9. By nuaeman on Sep 2, 2009 | Reply

    teringat lagu Jamal… kasihnya.. iibu.. ish ish

    [Reply]

  10. By titan on Sep 2, 2009 | Reply

    dah lama gak aku tak makan kuih tu. aku try balik tetiap2 hujung minggu nih..huhu..4 jam maa gi balik jerantut banting..

    [Reply]

  11. By samdaddycool on Sep 3, 2009 | Reply

    Sedar tak sear ibu kita dah tak segagah dulu. Mulutnya masih sama mengomel kadang-kadang kalau tak enak difikirannya, tapi hatinya.. tiada siapa yang tahu.

    [Reply]

  12. By Kak Long on Sep 5, 2009 | Reply

    Terharunya baca cerita ni.
    Terkenangkan arwah bonda yang dah lama pergi.
    Kasihnya ibu memang tanpa syarat.

    [Reply]

  13. By mijie on Jun 2, 2010 | Reply

    kasihnya seorang ibu….sy sayang mak saya

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge