Izinkan Daku menjadi tetamu Mu..


Ditulis pada June 6, 2010 – 9:20 am | Oleh nuaeman
Share

“Ayah.. ayah nak pegi mana”

“Ayah nak pergi jauh.. dengan Tok Ayah.. dengan Tok Mak… Ammar duduk rumah baik-baik tau”

“Ammar nak ikut?”

“Ammar tak boleh ikut.. Ammar duduk rumah jaga ibu.. jaga adik… jangan nakal-nakal tau! Ammar kena dengar cakap ibu… cakap nenek.. OK? ”

“Ammar nak ikut…”

“…….”

Hanya beberapa jam sahaja lagi jika diizinkan oleh  Yang Empunya Dunia, aku akan memulakan perjalanan menuju ke Tanah Haram. Sesuatu yang telah lama aku impikan dan peluang yang diberikan untuk kesana tidak mungkin akan aku siakan.

Buat rakan-rakan pembaca yang dikasihi, Sebelum memulakan perjalanan yang mampu mencetuskan seribu satu macam kemungkinan ini, ampun dan maaf aku pohonkan untuk sebarang kekhilafan yang mungkin pernah aku lakukan sebelum ini.

Panjang Usia, insya_Allah kita bertemu semula selepas kepulangan aku nanti. Walaupun aku tiada dalam tempoh dua minggu mendatang ini, sudi-sudilah memeriahkan teratak buruk aku ini ya. Aku doakan kalian semua peroleh kesejahteraan dalam hidup.

Semoga berjumpa lagi…  dengan Jiwa yang baru..

…Izinkan Daku menjadi tetamu Mu Ya Allah..

Amin…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Izinkan Daku berzina..
  2. Ramadhan : Tetamu yang kian dipinggirkan
  3. Misteri: Hilang waktu berbuka puasa
  4. Al-Fikrah – Sekadar Usaha Kecil dari Insan Kerdil
  5. Ragam si Kecil : Geram tetapi itulah penghibur hati…

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Izinkan Daku menjadi tetamu Mu..”

  2. By Shukor on Jun 6, 2010 | Reply

    Salam bro.

    Semoga selamat pergi dan balik bersama kedua ibu bapa bro…Insyaallah!

    [Reply]

  3. By Bb Hussain on Jun 6, 2010 | Reply

    selamat menunaikan umrah..semoga sentiasa dirahmati Allah ;)

    [Reply]

  4. By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply

    moga dapat pengalaman berharga di sana :)

    *jangan teringatkan World Cup,mat*

    [Reply]

  5. By chekguBH on Jun 7, 2010 | Reply

    seronoknye menjadi tetamu Allah…
    selamat pergi, selamat balik…
    smoga mendapat apa yg dihajatkan…
    mudah2an…

    [Reply]

  6. By hafizmd on Jun 7, 2010 | Reply

    alhamdulillah..moge selamat semuanya dan mendapat keredhaan Allah jua..ameen

    [Reply]

  7. By hafizmd on Jun 7, 2010 | Reply

    hoho..pesanan penaja yg amat dalam..hihi

    [Reply]

  8. By fiezaradzi on Jun 8, 2010 | Reply

    alhamdulillah.. dapat rezeki ke sana ye.. seronoknye.. mg2 selamat pergi dan pulang.. doakan yg terbaik di sana..

    [Reply]

  9. By botak on Jun 10, 2010 | Reply

    salam..
    buat umrah ke buat haji bro??
    last time sy dtg sana thun lepas masjidil haram tgh renovate lg..
    tp thun ni dah siap rasenye..
    makkah cool!

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Terima kasih shukor.. alhamdulillah sudah selamat sampai pun..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Terima kasih..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Dah lepas habis Umrah tu baru ada teringat wc tapi kat bilik tak dpt channel sukan.. bagus jugak.. tuhan suruh banyakkan amalan kat sana.. :)

    [Reply]

  13. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Terima Kasih Cikgu BH..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    Ameen semuanya dilalui dengan baik-baik sahaja..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    terima kasih puan fieza..

    [Reply]

  16. By nuaeman on Jun 23, 2010 | Reply

    tahun ni hotel-hotel disekitanya pula dipecahkan oleh pembinaan hotel2 baru mungkin..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge