Imej dan Harga Diri Wanita Zaman Ini


Ditulis pada February 23, 2010 – 4:07 pm | Oleh nuaeman
Share

“Apa agaknya motif budak-budak perempuan tadi tu?” aku bersuara sedikit mengeluh dengan apa yang aku baru lalui dan saksikan.

“Siapa bang?” soal sang isteri

“Bebudak perempuan yang dekat tempat ayah pilih baju tadilah.., walhal ayah ada betul-betul sebelah diorang. Dengan selambanya diorang boleh cerita hal diorang bercanda dengan boyfriend sampai mengandung, gugurkan kandungan, tunjuk-tunjuk ‘lovebite’ pada kawan-kawan sambil mengakui baru lepas dot dot dot, ish! diorang takde rasa segan sikit pun.. ayah pulak yang malu ada kat situ tadi..” jelas aku sedikit emosi

“Entahlah bang.. saya sendiri tak faham dengan budak-budak sekarang.. rasa malu tu macam dah langsung hilang.. takut jugak tengok keadaan sekarang ni..” isteri aku menambah dengan keluhan.

Kejadian yang aku ceritakan itu berlaku di salah sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru. Budak-budak perempuan yang aku maksudkan itu merupakan pekerja di situ. Sudahlah pakaian mereka semuanya  sendat-sendat belaka ditambah pula dengan perbicaraan yang tanpa rasa segan silu langsung menggambarkan kebebasan hidup mereka. Apa sebenarnya yang mereka cuba tonjolkan? Apakah imej wanita zaman ini begitu ? Imej yang menggambarkan seolah-olah mereka ini terlalu murah.

Aku tidak menghukum semua perempuan begitu. Sememangnya masih ada yang menjaga kesuciannya tetapi trend yang diperlihatkan ketika ini lebih menjuruskan kepada yang terdedah sana sini menampakkan lubang pusat, alur punggung, alur dan benjolan dada dan.. huh! aku sendiri sebenarnya segan untuk menterjemahkan kesemuanya. Bagaimana boleh tidak ada rasa malu sedikitpun di pihak mereka? Lebih memburukkan keadaan ada yang bertudung tetapi mungkin lebih sekadar imej oleh sebab gaya pakaiannya masih tidak dapat lari dari apa yang aku telah nyatakan.

Aku tidak mahu sentuh soal dosa yang mana telah begitu terang dan jelas kriteria-kriteria pakaian yang aku sebutkan itu  tidak mematuhi anjuran Islam tetapi dari segi nilai harga diri. Mungkinkah ramai perempuan-perempuan melayu yang mengaku Islam pada zaman ini sudah tidak kisah lagi tentang harga diri. Mereka lebih mementingkan imej yang tanpa sedar ianya telah menjejaskan moral langsung menggambarkan bahawa mereka tiada harga diri.

Mungkin ada yang merasakan bahawa aku ini kolot, tidak berfikiran terbuka, berfahaman sempit atau terlalu fanatik agama. Biarlah apapun anggapan mereka tetapi bagi aku sememangnya pakaian dan perlakuan mereka itu tidak langsung meletakkan mereka di kedudukan tinggi di mata lelaki malah mungkin bagi sesetengah pandangan yang nakal dan jahat akan meletakkankan mereka di kedudukan serendah-rendahnya umpama pelacur!

Maafkan aku..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Emansipasi Wanita di dalam Perempuan Berkalung Sorban
  2. Test tengok wajah korang di zaman dulu..
  3. Saham Neraka @ AB Taufan – Masa untuk menggelakkan diri sendiri
  4. 10 Kesilapan Wanita tentang Aurat dan Tudung
  5. Tunggu diri Sempurna?? Itu tipudaya Syaitan!!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 24 Responses to “Imej dan Harga Diri Wanita Zaman Ini”

  2. By menj on Feb 23, 2010 | Reply

    Artikel yang baik, semoga ia memberi kesedaran.

    [Reply]

  3. By zaradgreat on Feb 23, 2010 | Reply

    dunia akhir zaman

    [Reply]

  4. By Kujie on Feb 23, 2010 | Reply

    seriau ada anak perempuan…erk.sebenarnya anak lelaki
    takut mereka gagal dlm mendidik perempuan2 di bawah jagaan mereka…

    [Reply]

  5. By rohaizad on Feb 23, 2010 | Reply

    Hurmmm… besar tanggungjawab kita sebagai emak dan ayah ini. Aku berdoa manalah tau kalau ada jodoh nanti, biarlah yang solehah. Amin…

    [Reply]

  6. By Kak Long Mawar Merah on Feb 24, 2010 | Reply

    Bila rasa malu gadis Melayu yang beragama Islam hilang, maka begitulah prilakunya.

    [Reply]

  7. By dr.aku.la on Feb 24, 2010 | Reply

    tatkala Islam itu hanya pada nama.

    [Reply]

  8. By samdaddycool on Feb 24, 2010 | Reply

    Nauzubillah… Semoga keturunan aku dijauhkan daripada benda-benda sebegini..

    [Reply]

  9. By SuperKhairull on Feb 24, 2010 | Reply

    betul tu sifu mat..semoga Allah bukakan pintu hidayah dlm hati-hati mereka..didikan anak sgt penting bermula dari awal kandungan..carilah ilmu dan amalkanlah..

    [Reply]

  10. By titan on Feb 24, 2010 | Reply

    itulah hakikat zaman ini. Tapi jangan kita putus asa untuk menegur benda-benda macam ni. Kolot pun kolotlah. Janji kita menyampaikan sesuatu yang baik.

    [Reply]

  11. By sangilapi on Feb 24, 2010 | Reply

    “ragi dalam tapai”,mat ….dakyah yang sudah berkurun diterapkan:(

    [Reply]

  12. By samanosuke_04 on Feb 24, 2010 | Reply

    ngohohoho.. sebab tuelaa sampai skang aku takde awek lagi..payah nak carik yang bekualiti.. ngahahaha, bajet jer..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    kesedaran untuk semua.. sebagai langkah berhati-hati buat kita

    [Reply]

  14. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    sememangnya zara..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    itulah pasal kak jie.. tapi isteri saya nak sangat anak perempuan memandangkan yang sedia ada ni dua-dua hero..

    [Reply]

  16. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    aku doakan..

    Ramai yang menunggu ko tu sebenarnya.. heh

    [Reply]

  17. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    Islam warisan..

    [Reply]

  18. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    amin.. aku juga doakan begitu.. takut sungguh dengan situasi sekarang ni.. apakah akan datang lebih teruk lagi..

    [Reply]

  19. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    Bagaimana pandangan Kak long sebagai guru.. melihatkan anak-anak didik sekrang.. apakah sama seperti zaman-zaman dulu..?

    [Reply]

  20. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    Yang penting sebelum ada anak pastikan bakal bapa atau ibu itu juga soleh dan mampu meminpin dan dipimpin.. tak lupa diri kita sendiri juga harus terpimpin..

    [Reply]

  21. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    Sememangnya perlu begitu cuma kadangkala sekarang ni orang lebih malu untuk berbuat baik berbanding sebaliknya.. itulah hakikat akhir zaman yek titan

    [Reply]

  22. By adamfaiz on Feb 26, 2010 | Reply

    pompuan akhir zaman memang camni kot..bangga pada tempat yang tak sepatutnya..

    [Reply]

  23. By hafizmd on Feb 26, 2010 | Reply

    Aku memang setuju sgt dgn Bro. Akupun cukup pelik dgn remaja (kadaang2 yg tua pun same) dgn style diorang dressing, dahla terbukak sane-sini, bercakap mulut sedap jer..mungkin ini petanda kegagalan institusi bernama keluarga..

    p/s- biarlah dikate kolot, tapi tahu mana haram, mane halal..tak gitu bro?tq utk post ni..

    [Reply]

  24. By cyza on Feb 28, 2010 | Reply

    Semoga kita dapat menjaga anak2 kita dan mereka yang rapat dengan kita…itu mungkin yang mampu kita buat..

    [Reply]

  25. By mba on Mar 7, 2010 | Reply

    Ini lah masalahnya bila kena rape lelaki juga yang salah. kalau ikan goreng terdedah kucing mana tak terangkat misai, siap yg cari pasal. sepatutnya dua-dua kena hukum sebat.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled