Hikmah Pernikahan


Ditulis pada December 13, 2010 – 11:09 pm | Oleh nuaeman
Share

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (Ar Rum ayat 21)

Begitu banyak hikmah yang diperolehi daripada pernikahan yang disyariatkan Islam. Demikian itu, maka berbahagialah pasangan-pasangan yang memilih jalan pernikahan demi memahatkan rasa cinta manusiawi ke dalam bingkai yang halal lagi suci sebagaimana maksud hadis:

“Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan” (HR Ibnu Majah)

Rasa cinta itu fitrah namun jika tidak di kawal serta gagal menurut acuan Islami maka ia mudah terarah pada jalan yang tidak diredhai Allah.  Buat pasangan-pasangan yang sedang bercinta, dinasihatkan segeralah memilih jalan pernikahan. Andai rasa diri belum mampu maka berusahalah mengawal diri dan dekatilah ilahi kerana tanpa kita sedari iblis sedang memerhati setiap gerak geri lantas menanti masa untuk memerangkap anak adam yang lupa diri lalu menjadi temannya di neraka nanti.

Tahniah diucapkan kepada rakan blogger, saudara Zairizad A Rahim yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan memilih jalan pernikahan. Khabarnya selepas ini ada beberapa lagi ‘blogger-blogger ngetop’ yang hendak menikah. Di bawah ini ada satu contoh pasangan bahagia yang sempat saya rakam. Siapa ya…?



Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Tags: , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Hikmah Pernikahan”

  2. By zamrin on Dec 13, 2010 | Reply

    emmm…blogger yang ni…memang liat sikit …ko cakap la apa je..masuk telinga kiri..kuar telinga kanan…tapi…x tau la yek…sapa gerangan bdk belakang good hope agaknya..hanya dia saja yang tau..:)

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Aku doakan yang baik-baik untuk dia… insya_Allah dia ke arah yang sama tu.. tunggu jee kad jemputan

    [Reply]

    rohaizad Reply:

    weyyy… aku dah bawaklah dia hari tu masa makan nasi ayam penyek… member lain semua dah kenal. ko yang tak dapat datang … haha
    rohaizad recently posted..Deal pertama sebanyak USD6000 untuk PR0 – rezeki!

    [Reply]

    samdaddycool Reply:

    Uish.. tu dia, abg Ijad datang buat pengakuan terbuka.. hik.. hik.. aku tak dapat jumpa sekarang pon takpe, janji masa makan nasi minyak, dapat tengok live
    samdaddycool recently posted..Terima kasih Nuffnang

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Hah tu dia… maknanya sudah tak lama la tu… :)

  3. By samdaddycool on Dec 14, 2010 | Reply

    gambo last tu.. hehehehe.. rasanya ku kenal sekilas ikan di aquarium… ;)
    samdaddycool recently posted..Terima kasih Nuffnang

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Hehehe…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge