Hati-hati memilih Penyedia Hosting tempatan
Ditulis pada January 19, 2010 – 12:09 am | Oleh nuaeman Share

“Kalau tak berpuas hati dengan perkhidmatan kami, anda boleh kemas barang-barang dan pergi cari perkhidmatan lain!”
Jika anda salah seorang pelanggan kepada sesebuah perkhidmatan kemudian anda cuba membuat laporan kepada mereka berkenaan masalah yang dihadapi dengan perkhidmatan mereka tetapi secara tiba-tiba anda mendapat jawapan begini. Apa perasaan anda agaknya?
Situasi ini pernah berlaku beberapa bulan lalu terhadap pelanggan-pelanggan kepada sebuah penyedia hosting tempatan. Pada waktu itu banyak website serta blog-blog yang bernaung dibawah hosting tersebut menghadapi masalah dan kemudiannya mereka (pemilik blog) secara langsung menghubungi pihak hosting bagi mendapatkan bantuan. Malangnya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba hingga memaksa salah seorang dari mereka membuka satu ‘thread’ di sebuah forum perniagaan internet popular tempatan. Tanpa disangka ‘thread’ itu mendapat perhatian dari ramai pelanggan yang tidak berpuas hati. Setelah beberapa hari melolong disitu akhirnya pemilik hosting tersebut memunculkan diri dengan kata-kata sepertimana di atas.
Sungguh kurang ajarkan…?
Sudahlah pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menerima sebarang bantuan kemudian seperti dipersalahkan pula mereka-mereka ini oleh pemilik hosting tersebut. Nampak sangatlah mereka ni tak bijak langsung menjaga hati pelanggan. Lebih teruk lagi ada beberapa pernyataan yang dikeluarkan mereka seolah-olah menggambarkan pelanggan-pelanggan yang tak dihormati itu bodoh-bodoh belaka. Aduhai…
Aku merupakan salah seorang pelanggan yang tak dihormati itu. Walaupun begitu sepertimana ramai pelanggan-pelanggan lain yang kebanyakkannya melayu, kami ni tak dapat lari dari sikap yang menjadi kebiasaan iaitu memaafkan dan melupakan apa yang berlaku. Kami terus setia sebagai pelanggan dengan memberi peluang kedua kepada pihak penyedia hosting. Harapan kami mereka dapat belajar dari apa yang berlaku…
Malangnya apa yang diharapkan tak berlaku bilamana perkara yang sama masih lagi berulang baru baru ini. Blog Network kepunyaan aku telah menghadapi masalah lebih seminggu tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak hosting walaupun telah beberapa kali laporan dibuat samada menghubungi melalui YM, email serta panggilan telefon yang tak berjawab. Yang menjadi peliknya kakitangan pihak hosting sendiri tidak dapat mengesan dimana bos mereka. Malang sungguh!
Kini rasa tak puas tu hati dah semakin meluap-meluap . Nampaknya mereka (penyedia hosting) ni perlu baca buku Memulakan Bisnes Sendiri hasil tulisan Puan Ainon Mohd dimana di dalam buku tersebut ada dinyatakan bahawa memuaskan hati pelanggan adalah prinsip penting dalam perniagaan. Tambah menarik buku ini juga menyenaraikan 3 jenis pelanggan yang tidak puas hati iaitu:
1. Pelanggan yang tidak puas hati tetapi tidak mahu bising-bising
2. Pelanggan yang tidak berpuas hati dan mereka buat bising kepada penjual/penyedia perkhidmatan.
3. Pelanggan yang tidak berpuas hati tetapi diam dengan penjual/penyedia perkhidmatan walaubagaimanapun mereka akan bising di belakang maksudnya mencanangkan rasa ketidakpuasan hati mereka itu kepada pihak lain.
Dalam hal ini aku tak tahulah aku ni jatuh pelanggan yang tak puas hati peringkat mana. Aku telah cuba untuk bersikap sepertimana yang pertama dan kedua tetapi macam tak jalan sahaja sekarang. Akhirnya ramai akan menjadi pelanggan yang tidak berpuas hati di peringkat ketiga. Bukan disengajakan tetapi tahap kesabaran mereka seakan dicabar. Oleh yang demikian dengan hormatnya aku sebutkan penyedia hosting tu disini.
“Rawanaz Studio.. tolonglah selesaikan masalah blog saya yang dah masuk minggu kedua ‘down’!”
Entri Berkaitan:






















39 Responses to “Hati-hati memilih Penyedia Hosting tempatan”
By Mari Buat Blog on Jan 19, 2010 | Reply
dah la nuaeman..ko pindah hosting baru jer la beb…tunggu dia up jer..ko chow tros..sesia jer ramai advertiser ko lari…meh join dataKL guna affiliate link aku meh…hahahhahhahaha
[Reply]
By menteil on Jan 19, 2010 | Reply
wah.. hosting manakah itu? boleh aku tau.. mengelak daripada aku terkena… huhu…
yup.. DataKL je la.. stakat nie takde problem…
[Reply]
By samdaddycool on Jan 19, 2010 | Reply
Rawanaz Studio…. jahat sungguh orang itu…
[Reply]
By Shaffik on Jan 19, 2010 | Reply
Yang peliknyer tu…bukan semua down..aku pun masih steadt…huhuhuhuh pelik2…harap pihak rawanaz tolong laa selesaikan masalah ini dengan cepat,,
[Reply]
By Jmay on Jan 19, 2010 | Reply
Rawanaz studio..world-class hosting solution…xpatut betul slogan itu diguna huhu..sy faham perasaan bro…sabaq ye bro..huhu
[Reply]
By Kujie on Jan 19, 2010 | Reply
dulu mmg adalah masalah dgn hosting – walau belum xpired ( berbaki 6 bulan ) kak jie fikir tolak camput darab = tukar hosting
skrg ok
[Reply]
By taukey on Jan 19, 2010 | Reply
aku dah nak pindah. Hosting baru dah dapat. Sekarang tunggu proses transfer selesai sahaja.
cuma nak tanya, bro hantar email kat mana yer? aku ada hantar email kat rawanazstudioz@gmail.com dan pagi tadi aku tengok ada reply. mungkin boleh cuba email kat situ. Kalau masih juga tak reply, aku pun tatau nak wat cemaner dah.
Ada baik bro ambik hosting luar macam hostgator ke, dreamhost ke. Takper la bayar mahal sikit. Rawanaz dah teruk sangat dah.
[Reply]
By ummu_abdullah on Jan 19, 2010 | Reply
hurm, tu la.. bukan tak nak sokong orang melayu, tapi gini lah jadinya… saya awal2 lagi dah pindah hosting lepas blog asyik down… guna tak sampai sebulan… iskisk…
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
Aku sedang fikirkan ni.. hosting mana nak pakai.. ada jugak hosting provider lain yang contact aku menawarkan bantuan setelah membaca entri ni..
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
Hosting manakah.. dah tahu bertanya ni..
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
Huhu.. jahat ke?
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
Yep tak semua hadapi masalah jadi sepatutnya bantuan tu lebih cepat laa..
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
memang sedang bersabar ni.. heh..yang jadi tak sabar bila advertiser mula tanya berkali-kali..
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
Tgk blog kak jie sekarang pun steady jee.. kak jie guna apa yek?
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
memang hari ni pukul 9 am dia baru reply… aku hantar email yang sama jugak dari minggu lepas.. memang sedang berfikir nak tukar ni..
[Reply]
By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply
langkah bijak tu..
p/s ummu.. nak tanya sikit barang saya hantar dapat tak? kalau dah dpt oklah..
[Reply]
By ummu_abdullah on Jan 19, 2010 | Reply
lupa nak inform, dah sampai lama dah.. Jazakumullah khair.. =)
[Reply]
By Kujie on Jan 19, 2010 | Reply
serverfreak
[Reply]
By mohdnazet on Jan 19, 2010 | Reply
itu adalah salah satu langkah orang yang tidak bijak dalam bisnes. Sepatutnya kepuasan pelanggan perlu diutamakan
[Reply]
By taukey on Jan 19, 2010 | Reply
itupun kalau takder Mohd Hilmi tu memang takder orang yang akan reply. walaupun dia staff dia tak lari cuma mgkn dia seroang sahaja uruskan tu buat dia takder masa sangat. Lagipun dia masih belajar. Yang bos dia tu tatau mana pergi daaa
[Reply]
By msarbin on Jan 21, 2010 | Reply
Sepakuhosting juga mendapat tamparan yang hebat baru-baru ini. Masalah hampir sebulan. Namun sekarang dah OK. I hope.
Aku akan consider hosting-hosting lain untuk projek seterusnya. Cheers!
[Reply]
By titan on Jan 22, 2010 | Reply
huhu..benda dah jadi. Semua domain yang ada kat rawanaz. aku dah tembak ke sepaku, netkl, baitulbytes dan onebytes… terpaksa. bukan tak nak support. Tapi kalau asyik down aje. sakit kepala gak dibuatnya..
[Reply]
By Rizzal on Jan 22, 2010 | Reply
kalau aku pai..aku dah ternminite jer account aku dgn dia.. lepas tu kempen BUY “Rawanaz Studio” HOST LAST…lawan tetap lawan
[Reply]
By daeng mamak on Jan 22, 2010 | Reply
dengan ini saya mengistiharkan satu kempen untuk seluruh blogger BUY “Rawanaz Studio” HOST LAST…
letakan kat penjuru kanan blog kita
[Reply]
By reezluv on Jan 23, 2010 | Reply
aku penah try beli hosting kat situ.nasib baik la projek aku tu projek tergendala..so aku biar je la domain ngan hosting tu expired cenggitu jek..
skang ni aku masih lagi setia ngan Onebytes.com.my, dan pada awal Jan. aku dah amek lagi satu pakej hosting depa, takde masalah langsung setakat ni.Kalau down pun, setakat 2,3jam jek..pastu semua ok..support pun mantap je..aku rasa depa ni satu famili cam Datakl,Onebytes dan NetkL..hhe
[Reply]
By syin on Jan 24, 2010 | Reply
hahaha..bnyk orang dah kutuk Rawanaz Studio..nasib baik aku xberminat dgnnya..hahaha……
” Serverfreak memang terbaikk…, tapi aku xpernah guna lagi..hehehe…”
[Reply]
By lazaac on Jan 25, 2010 | Reply
lazaac pernah mengamuk kat blog, kat forum tu pun mmg hentam habis si rawanaz ni, terutamanyer staff dia yg bnama qaiyum tu.. penipu, wat kerja tak cekap… kesian, sbb Melayu… kita nak tolong dia, dia wat gini, huh…
http://lazaac.com/blog/rawanaz-kecil-mentaliti-taik/
maaf penggunaan bahasa kurang sopan..
[Reply]
By paklang on Jan 26, 2010 | Reply
hmm… siannye. thanks bro sebab sudi share psal ni. entahla, blog saya yg pkai hosting rawanaz tu da lame xdown. harap dapat update selalu sal rawanaz ni. so, skrg cmne? nk pindah ke?
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
nasib baik dah ok.. kalau tak bising jugak advertiser tu nanti.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
sekarang apa yang tinggal kat Rawanaz..? atau tapak tu dah kosong..? takde lagi orang nak bikin rumah
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
wah! ganaz ko zal..
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
Insya_Allah saya akan berpindah.. tgh kumpul dana untuk ambil hosting baru ni.. huhu
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
Qaiyum tu pemilik Rawanaz kee staff dia?
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
habis guna apa sekarang?
[Reply]
By nuaeman on Jan 26, 2010 | Reply
sealserver pun ok.. support baik punya..
[Reply]
By lazaac on Jan 26, 2010 | Reply
mungkin staff dia tu… xtau la… kes sy mcm kes org lain jgak… dia aktifkan acc kita, tapi xbg user ngan pass, last2 kita tak dpt masuk acc domain… bila dia suspen acc sesuka hati dia, domain kita pun ntah ke mana, xdapat nak guna…
[Reply]
By Pisyek on Jan 29, 2010 | Reply
|..dah lama xdown…|
ayat cam mintak server down je.. hehe…
//just kidin.. =P
[Reply]
By Pisyek on Jan 29, 2010 | Reply
bro try datakl, mmg disokong penuh oleh pisyek…
stakat nih customer service dia mmg best! tada keraguan…
hehe…
[Reply]
By Anjung Web on Feb 3, 2010 | Reply
Skang hosting ada problem, hampir setiap bulan mesti ada masalah. Memang panas gak… rasa macam nak pindah.
[Reply]