Hari Pertama dengan P1max

Aku ada kata pasal keputusan drastik semalam dan ada pula yang sangka ianya adalah keputusan mengambil kereta baru. Oh tidak..! aku belum terfikir ke arah itu. Memanglaa best beraya dengan kereta baru tetapi buat masa ni aku rasa itu hanya satu kehendak dan bukan satu keperluan kerana kereta yang aku pandu sekarang masih ok lagi cuma fizikalnya sahaja sedikit dimamah usia. Huhu.. Seronok pandu kereta baru dengan ribuan hutang masih berbaki sangat berbeza dengan seronok memandu kereta yang mungkin dah agak berusia tetapi sudah menjadi hak milik. Yang satunya liabiliti dan lagi satu tu aset. Ada beza kan? Kalau masih tak faham dengan maksud liabiliti dan aset nanti aku cerita pasal ni.

Sebenarnya keputusan drastik yang aku buat tu ialah mendaftar dengan satu lagi sistem Broadband yang dikenali sebagai P1Max. Oleh kerana masalah yang tak habis-habis dengan Celcom Broadband yang kerapkali menipu pengguna maka aku nekad dengan keputusan aku untuk memberi peluang kepada P1Max. Mereka memberikan aku percubaan selama 7 hari untuk merasai samada ianya benar-benar menepati citarasa atau tidak. Dalam tempoh itu kiranya aku tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka maka aku boleh pulangkan semula segala peralatan dan minta wang dikembalikan. Setakat ni untuk hari pertama dengan P1max aku rasa sangat berpuas hati dengan tahap kelajuan dan yang penting aku mampu beronline seperti biasa di rumah mak mertua aku. Kalau dalam seminggu ini tiada masalah tentunya  aku akan terus kekal dengan P1Max walaupun aku tau masih banyak tempat yang masih belum mampu menerima ’signal’ mereka. Harapnya masalah yang aku tanggung selama ni telah menjumpai jalan penyelesaiannya. Untuk pengetahuan Modem mereka juga ada dilengkapkan dengan sistem Wifi beserta password.

Aku mengambil pakej RM 99/sebulan dan melalui promosi yang dijalankan mereka memberikan diskaun RM 100 untuk yuran pendaftaran dan sekiranya kita adalah salah seorang pelanggan Celcom Broadband, bayaran untuk bulan pertama akan dimansuhkan dengan syarat perlu bawa dua bil terkini kepada mereka.  Yuran pengaktifan adalah sebanyak RM 60 dan ini tak perlu dibayar kerana akan ditolak dengan jumlah diskaun yang telah diberi cuma semasa mendaftar tu kena bagi juga bayaran pendahuluan sebanyak RM 100. Bil akan dihantar melalui email pada 14 hb setiap bulan. Aku nak puji lebih-lebih tak boleh juga tapi setakat ni oklah. Sama juga Celcom masa awal-awal guna dulu ok tapi sekarang.. adeh, sakit jiwa nak cakap.

Oh ya, berkenaan dengan Ramadhan contest harap para peserta bersabar kerana ada beberapa lagi pemarkahan yang aku belum terima dari juri jemputan untuk memberikan keputusan penuh. Memang ikut pada makluman awal aku akan umumkan hari ini ( 10 Syawal ). Jangan risau.. dapat jee semua permarkahan aku akan terus beri keputusan penuh.

Sabar ye sabar..

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

8 Comments

  • At 2009.09.29 12:30, boy_bersahaje said:

    Perlis Pi Max x berapa nak ada la bro. Kalau x nk juga rase promotion a week tu. huhu. Papehal nanti bagila update review bout diorang nye service tu eh.

    • At 2009.09.29 15:39, Jmay said:

      Aku da lama da berkira-kira nak pkai service nih..ak tngu review dr bro jela..hehe

      • At 2009.09.29 17:13, fikri said:

        adus… tak sampai 6 bulan pon saya gne celcom broadband… bro dah patahkan semangat say laaa… :(

        tapikan, maxis broadband lagi super penipu. ada-ada je benda yg dia caj. Dari RM99, tiap bln kalo kita x btol-btol main game penipu diorang, bleh cecah RM130 something…. hotak dia!

        P1Max ni mcm broadband juga ke?

        • At 2009.09.30 14:38, Shaffik said:

          Pergh pakai P1 Wimax..tgk laa 7 hari ni cam maner…lau OK pakai jer..daripada ko sakit hati tak bley online

          • At 2009.10.05 14:11, stabillo said:

            xelok langsung..cuba tengok dalam komen dalam web http://www.nagagila.net . lepas 7 hari confirm xelok..aku dah pakai dah

            • At 2009.10.05 14:12, stabillo said:

              disini aku sarankan jangan pakai p1.. cuba tengok aduan kat http://www.nagagila.net

              • At 2009.11.08 22:57, doomdaysout said:

                aha…p1wmax…masalah time ari cuti…gle lembab…kalau nak men on9 game jgn harap la…

                • At 2009.11.11 08:09, tajularus said:

                  x bagus sakitkan ati ada lah.daftar untuk rm69.00 tapi pandai2 je ubah untuk bayaran149.00.bila minta diaorg ubah balik ke plan 69.00 dia org nak bukti plak ckp nak tengok borang masa sign up.mana aku nak cari.bila aku suruh diaorg anbil yang copy blh diaorg cakap xada diaorg x simpan.bodoh punya alasan.dah la lembab 1 n 2 bar je…………

                  (Required)
                  (Required, will not be published)