Emmerich Berhasrat Meruntuhkan Kaabah


Ditulis pada December 30, 2009 – 1:12 am | Oleh nuaeman
Share

“Saya mengaku, sebenarnya memang saya ingin melakukannya (meruntuhkan Kaabah), tetapi pembantu saya, Harald Kloser beritahu, “saya tak tahu kalau ada fatwa yang membenarkannya walaupun sekadar untuk filem…..”

Ini adalah sisipan daripada temubual wartawan scifiwire.com, Jonathan Crow dengan Roland Emmerich sebelum bermulanya tayangan filem 2012 ke seluruh dunia.

Aku baru berkesempatan menonton filem 2012 minggu lalu. Apa yang aku harapkan pada filem ini bukanlah kepuasan menonton tetapi ingin melihat sejauh mana mereka menggambarkan kemusnahan bumi suatu hari nanti yang kononnya akan berlaku pada 21 Disember 2012 menurut kalendar kaum mayan. Kita tak perlu terpengaruh dengan dakyah mereka walaubagaimanapun sebagai umat Islam kita masih percaya bahawa Kiamat pasti berlaku tetapi persoalan tentang bila? Itu tetap urusan Allah taala. Di dalam al-Quran ada beberapa ayat yang menggambarkan keadaan huru hara di hari Kiamat . Dibawah ini adalah salah satu contoh ayat dari surah al-Qariah :

“Hari Kiamat; Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti yang dihamburkan” (Surah al-Qariah, ayat 1-5)

Melalui 2012 ada ditunjukkan bagaimana bumi yang kita pijak ini retak dan membelah serta bergelombang umpama hamparan permaidani. Tanpa melihat kepada aksi lakonan yang akan mengundang rasa tidak logik, babak kemusnahan bumi itu mampu mendatangkan rasa gerun untuk menghadapi Kiamat yang sebenar. Kita dapat lihat beberapa mercutanda musnah didalam filem ini seperti White House, Kubah St Peter Basilica dan juga Patung Jesus di Rio De Janeiro. Apapun begitu ada satu mercutanda yang tidak diusik langsung selama menonton 2012 ataupun pada filem-filem Emmerich yang lain iaitu kiblat umat Islam sedunia, Kaabah.

Oleh kerana perasan dengan hal ini maka terhasilnya berita bertajuk The One Place on Earth Not Destroyed in 2012 yang mengandungi temubual antara Jonathan dengan pengarahnya Roland Emmerich. Didalam wawancara itu Emmerich ada menambah dengan berkata:

“… memang betul kata Harald itu. Kita di Barat memikirkan tentang perkara ini. Anda sebenarnya boleh meruntuhkan simbol-simbol Kristian, tetapi kalau anda melakukannya terhadap simbol yang berkaitan dengan orang Arab, anda perlu mendapatkan fatwa dahulu. Jadi, saya rasa perkara ini bukanlah suatu yang penting sangat, lagipun ini hanya sebuah filem, jadi saya abaikannya saja”

Berdasarkan kata-kata Emmerich ini mungkinkah akan datang kita akan menyaksikan kemusnahan Kaabah di dalam filem beliau?

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Lambaian Kaabah dan Undangan ke Tanah Haram

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 10 Responses to “Emmerich Berhasrat Meruntuhkan Kaabah”

  2. By titan on Dec 30, 2009 | Reply

    kalau dia berani, dia buat punya. dia tak berani la tu..

    [Reply]

  3. By Dr House on Dec 30, 2009 | Reply

    Dia nak buat. Tapi timbul kegerunan dalam hati dia tu.

    [Reply]

  4. By cj'alhafiz on Dec 30, 2009 | Reply

    rumah Allah bukan untuk dipermainkan…
    anda mungkin meminati http://coffeecrackers.blogspot.com/

    [Reply]

  5. By boy_bersahaje on Dec 30, 2009 | Reply

    Tengok 2012 dah kecut perut, petah lagi kalau kiamat yang sebenar…

    [Reply]

  6. By nuaeman on Dec 31, 2009 | Reply

    Allah akan memelihara kaabah dari dibuat permainan..

    [Reply]

  7. By nuaeman on Dec 31, 2009 | Reply

    bagaimana jika akan datang dia berjaya buat..?

    [Reply]

  8. By nuaeman on Dec 31, 2009 | Reply

    Teringat peristiwa Abrahah..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Dec 31, 2009 | Reply

    Huhu. tak tahulah camnekan.. macam semut jee kita ni nanti..

    [Reply]

  10. By jawatan kosong on Jan 2, 2010 | Reply

    Saat kiamat nanti, apakah masih ada tempat tuk berlindung… siapkan saja diri kita ini..

    [Reply]

  11. By rizzal on Jul 3, 2010 | Reply

    kita tak yah risau.. allah akan menjaga kabaah.. seeri kisah tentera bergajah di dalam al quraan.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge