Dah Begitu Fitrahnya…


Ditulis pada December 16, 2009 – 1:28 pm | Oleh nuaeman
Share

Alhamdulillah Majlis Tahlil untuk arwah bapa mertua kami berjalan dengan selamat. Cemas seketika pada awalnya bilamana ada orang kuat yang tak sampai oleh kerana terlupa. Usai sahaja jamuan, barulah aku dan isteri dapat duduk bersama untuk menjamah makanan. Turut sama menyertai kami ialah Mak Esah dan Makcik Nor lalu menjadikan aku satu-satunya lelaki didalam kelompok tu.

“Senang yek kalau lelaki, tak banyak songeh. Sampai saja terus mula tahlil. Lepas makan, siap baca doa penutup lepas tu selesai” Mak Esah bersuara

“Ye ke Mak Esah, habis kalau orang perempuan camna pulak?” Aku cuba mengorek cerita. Seronok sesekali bersembang dengan makcik-makcik ni.

“Emm.. kalau perempuan tak habis lagi ni…, biasalah perempuan.. dengan cerita-cerita gosipnya.. macam buat Yassin lepas raya dulu. Sampai-sampai je..tengok langsir tuan rumah dulu.., alas meja.. hiasan..”

“Mesti banyak yang nak dikomen tu yek Mak Esah?” aku memotong cerita Mak Esah

“Haah.. Fairuz, macam tulah keadaannya, itu belum masuk lagi cerita masa makan. Kalau lauk tu ada yang tak kena kat situ jugak kadang dikomplennya, cerewet pompuan nih..” sambung Mak Esah lagi

“Haha..  orang perempuan… cerewet tu biasa Mak Esah.. tengok kalau pegi kedai nak cari barang. Kalau ada 10 kedai mahu 10 kedai nak dimasuknya.. belinya tak jugak kadang.. kita pulak yang jadi segan dengan tuan kedai ” Aku pulak menambah bagi lebih pedas.. (sengaja memancing sebenarnya..)

“Amboi.. tak sayang mulut nampak.., kita nak cari yang berkualiti sebab tulah kena tengok banyak kedai.. betul tak Mak Esah?” orang yang dari tadi cuma memasang telinga mula bersuara. Maruah kaumnya mesti dibela.. ( pancing dah mengena.. heh)

“Eh! ada yang terasa ke.. saya tadi bercakap secara umum saja.. hehe”

“Alah Fairuz… memang betul pun.., Mak Esah mengaku semua tu.. tapi tak semua pompuan macam tu.. lelaki pun ada jugak sebenarnya yang jenis cerewet macam ni..” Mak Esah mencelah

“Yang penting sama-sama kena faham, Lelaki mungkin lain pulak ragam dia.. dah memang itu fitrahnyakan.. masing-masing kena terimalah.. kalau tak.. emm boleh jadi gaduh.. hehe” aku menambah berdasarkan pengalaman yang tak seberapa dalam menempuh alam rumahtangga.

“Dari cerewet pompuan ni jugaklah nak tahu takat mana kasih sayang orang lelaki. kalau sebelum kahwin sanggup ke lautan api bagai… takkan lepas kahwin nak melayan bini kat kedai pun tak sanggup kan..” mendalam kata-kata Mak Esah ni..

Masing-masing bergelak kecil termasuk Makcik Nor yang senyum sahaja dari tadi. Ada cerita menarik mengenai Makcik Nor ni. Beliau masih belum bernikah walaupun usianya dah menjangkau 50-an. Jika ramai perempuan-perempuan lain yang seusia dengannya sudah beranak pinak, Makcik Nor selesa dengan kehidupannya yang hanya ditemani kucing-kucing peliharaan. Tiada anak sendiri, anak kucing pun boleh.. Mungkin itu salah satu cara dia menterjemahkan  secebis rasa kasih dan sayang yang Allah telah fitrahkan buat umat manusia.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Apa Khabar Makcik PC?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 6 Responses to “Dah Begitu Fitrahnya…”

  2. By dinsblog on Dec 16, 2009 | Reply

    setiap kejadian itu ade hikmahnye yer tak..

    [Reply]

  3. By abrablog on Dec 17, 2009 | Reply

    ehm..setuju.

    [Reply]

  4. By cyza on Dec 19, 2009 | Reply

    Aku rasa orang lelaki ni simple dan sempoi je… orang pompuan ni yang kurang kool nya… adilkah statement aku ni?

    Thanks inform aku pasal kupon tadi masa kat seminar…

    [Reply]

  5. By farahaznil on Dec 20, 2009 | Reply

    hmm..biasa le tu..org prmpn klu kenduri xbwk mulut mn sah..hehehe..kirim salamkat mak cik nor tu nnt ye..klu nak anak angkat..farahaznil ada.. =p

    [Reply]

  6. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    betul tu tuan Zaki..

    takde masalah.. hrp byk benda lagi kita boleh discuss

    [Reply]

  7. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    ok.. mailaa sini aku kenalkan ko ngan makcik nor tu.. hehe

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled