Cukup ke Raya Sebulan..?


Ditulis pada October 6, 2009 – 9:37 pm | Oleh nuaeman
Share

“Rumah Zul tak pegi lagi, Jiran-jiran sini pun tak habis lagi kita raya,lepas tu rumah Naz ngan Halim kene pegi jugak ibu.. sebab diorang datang sini. Minggu ni ada marhaban pastu minggu depan kenduri dan rumah terbuka rumah Kak Su.. aduh.. mana cukup masa nih”

Tiap kali raya macam tulah.. sibuk mengira rumah-rumah yang dah diziarah atau tidak.  Sememangnya tak dapat nak ziarahi kesemuanya kerana bukan sahaja rakan taulan serta saudara mara tu ramai malah adakala rancangan untuk menziarahi mereka terpaksa dibatalkan atas sebab kita pulak yang menerima tetamu. Timbul persoalan cukup ke raya sebulan?

“Saya pelik orang kita ni.. raya sampai sebulan. Kalau  TV tu siap sampai ada promo untuk rancangan ’hari Raya ke – 15, hari raya ke-20”” antara petikan ceramah ustaz Kazim Elias mengenai cara orang kita ni sambut Hari Raya Puasa. Sampai dah habis Syawal pun terkadang masa ada lagi buat rumah terbuka Aidilfitri. Punyalaa dasyat.

Yang bagusnya kat situ amalan ziarah cuma sebenarnya bukan di bulan Syawal sahaja kita boleh berziarah. Mungkin di bulan-bulan lain tu ada yang rasa macam canggung jee yee nak pergi kerumah kawan-kawan sebab dah terbiasa dengan tradisi. Kalau pegi pun jaranglaa ada kuih muih sebagaimana dinikmati ketika di musim perayaan nih. Oleh kerana itulah macam jadi satu kemestian untuk pergi berziarah hanya pada kesempatan di bulan Syawal sahaja.

Itu Raya orang-orang Dewasa tapi untuk budak-budak pulak kalau pergi beraya lepas hari raya ketiga ada yang kene marah dengan tuan rumah dan lebih teruk sesetengah tuan rumah taknak bukak pintu. ” Eh! Mana ada lagi raya.. orang beraya dua tiga hari jee!” aku pernah tengok bebudak kene sound camni maka balikla mereka serta mencari rumah-rumah lain yang sudi menerima kunjungan mereka. Biasanya diorang ni bukan nak masuk pun.. bagi duit raya jee terus blah. Tapi mereka mesti ‘confuse’ punya kerana apsal kalau pegi ngan mak dan ayah diorang tak pulak kene halau dan gerenti dapat duit raya.. walau masa tu dah 30 Syawal huhu.. sapa nak jawab?

kredit Gambar: wanmus.com

Bercerita soal ziarah dan beraya ni, Sabtu lalu aku menerima kunjungan dari Blogger dan Im tempatan terdiri dari Rohaizad, Smartzul,Mazuki, Wanmus serta dua orang lagi rakannya.Kalau mahukan ulasan lanjut boleh terus ke blog wanmus. Ikutkan ada lagi yang dijemput tetapi macam aku dah sebutkan awal-awal, masing-masing ada pulak program raya yang tak boleh dielak. Apapun kalau nak datang hari lain pun aku tak kisah. Aku memang suka menerima tetamu lagilah kalau apa yang dihidangkan tu mereka makan dengan penuh selera. Untuk hari sabtu itu sahaja sampai ke pukul 12.30 malam melayan tetamu yang hadir. Kira ngam-ngan time Man United punya game nak start. heh. Kalau ada sesiapa lagi nak datang berziarah ke rumah aku, hubungilah aku. Insya_Allah andai tiada program lain yang aku terlibat pada waktu tu aku akan menanti dengan hati terbuka. Err.. jangan lupa, bawak duit raya sekali ok.. hehe..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. SMS ucapan Selamat Hari Raya
  2. Iklan Raya TM 2009
  3. Seronok dan tak seronoknya Raya…
  4. Apa nak dibelikan untuk Mak dan Abah Raya ni..?
  5. Raya pun ada TAG?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 26 Responses to “Cukup ke Raya Sebulan..?”

  2. By sufian on Oct 7, 2009 | Reply

    amalan merapatkan silaturrahim, setiap bulan pun takpe..

    [Reply]

  3. By MyDailyBlog.Info on Oct 7, 2009 | Reply

    hahaha…ko baru bukak ke comment nie..tadi ko tutup erk…best dpt jumpa leh kongsi ilmu time2 raya…

    [Reply]

  4. By Kujie on Oct 7, 2009 | Reply

    tahun ni paling kurang raya
    tapi kuih masih ada ni… hehehe

    [Reply]

  5. By Ezad on Oct 7, 2009 | Reply

    Maaf la man xdpt dtg aritu, bercanggah dengan benda lain, tp xpe lain kali leh dtg.

    [Reply]

  6. By smartzul on Oct 7, 2009 | Reply

    Terima kasih Nuamen.

    Sedap menjamu selera hidangan yang disediakan hari tu. Nak tambah, tapi malu. :p

    Ada masa jumpa lagi.

    [Reply]

  7. By luthtextile on Oct 7, 2009 | Reply

    waa… perjumpaan blogger tuuu

    [Reply]

  8. By samanosuke_04 on Oct 7, 2009 | Reply

    hoho, bagus per raya sampai sebulan, betul laa yang ko cakap tue, bila lagi nak pegi umah member, raya jela kan? So, lenkali kena raya lama2 lagi..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Oct 8, 2009 | Reply

    Terima Kasih kerana sudi datang Zul.. harap boleh berjumpa lagi.. sememangnya ada perkara nak dibincangkan dengan semua masa hari tu tapi.. boleh terlupa pulak..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Oct 8, 2009 | Reply

    Aku tak off komen pun semalam.. tapi blog ni yang agak bengong sikit.. tiga kali aku update semalam baru ok..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Oct 8, 2009 | Reply

    Aku sokong.. takde masalah pun buat tiap-tiap bulan..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Oct 8, 2009 | Reply

    nak raya rumah kak jielah.. Kuih banyak lagikan kan kak Jie? tapi saya dan seisi keluarga nak makan nasi ayam penyek.. heheh

    [Reply]

  13. By nuaeman on Oct 8, 2009 | Reply

    Aku tak kira.. ko kena datang gak hari lain! hehe

    [Reply]

  14. By mazuki blog on Oct 8, 2009 | Reply

    aritu aku xmenjamah pon makanan kat umah ko…sori le sebab memang perut betul2 penuh dah melantak nasi ayam penyet kat umah rohaizad…

    [Reply]

  15. By MyDailyBlog.Info on Oct 8, 2009 | Reply

    ooooo..patut ler

    [Reply]

  16. By Shaffik on Oct 8, 2009 | Reply

    Ziarah menzirahi tu mengeratkan silaturahim..

    [Reply]

  17. By wanmus on Oct 8, 2009 | Reply

    best aritu makan soto tapi takleh masuk banyak, dua pinggan pun dah kenyang..hahaha

    [Reply]

  18. By nadinezuharra on Oct 8, 2009 | Reply

    suke jugak berkunjung ke open house.. sbb kemeriahannya jelas terase.. hehe

    biasenye di bandar2 kot orang beraye sebulan sbb masing2 kerja..yang ade mase nak berziarah pun waktu malam ngan hujung minggu.. : )

    [Reply]

  19. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    Betul tu, eh lama tak nampak awak..? selamat hari raya ye.. nadinezuharra

    [Reply]

  20. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    Aku geram tak dapat rasa nasi ayam penyek ijad jadi selasa lepas sekali lagi aku ke ‘jom datang lagi’.. hehe

    [Reply]

  21. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    raya jelaa orang cuba adakan masa utk berziarah walau macam takde masapun mereka akan usahakan cari masa sesuai

    [Reply]

  22. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    Hah tu laa.. pastu ko tau tak ko dah buat salah hehe.. ko lupa tutup paip air tandas.. tapi hadiah contest tu dah cukup sgt utk aku bayar bil air tu.. hehe.. terima kasih mazuki

    [Reply]

  23. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    jomlaa mai..

    [Reply]

  24. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    seronok bila semua dah berkumpul bersama..

    [Reply]

  25. By wanmus on Oct 9, 2009 | Reply

    laa ye ke. bro kene try gi kat ayam penyet pinang pulak..yang tu lagi power

    [Reply]

  26. By nuaeman on Oct 9, 2009 | Reply

    itu belah mana wan? aku selalu amik wife kat utm.. time balik tu aku singgah

    [Reply]

  27. By muhafis on Oct 11, 2009 | Reply

    hai numan,
    lame tak dgr cite..
    keje kat kelapa sawit lagi tak?

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled