Bingkisan dari Pesta Buku Antarabangsa KL
Ditulis pada March 31, 2010 – 1:17 pm | Oleh nuaeman Share
Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur telahpun menutup tirai ahad lalu. Tahniah kepada mereka-mereka yang telah dapat menghadirkan diri ke sana. Walau kaki ini gagal melangkah ke Pesta Buku kali ini, aku takkan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Paling tidak haruslah ada sedikit buah tangan dari Pesta setahun sekali untuk Pencinta Ilmu ini.
Alhamdulillah yang dinanti-nantikan akhirnya sampai. Dua sampul Pos Express telah selamat aku terima petang semalam dan isi kandungannya ialah 3 buah buku. Pertamanya buku tulisan Pak Cahyadi Takariawan yang bertajuk ‘Bahagiakan diri dengan Satu isteri’. Kalau tidak silap buku ini pernah dibincangkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di blog beliau. Walaupun intinya di dalam bahasa indonesia tetapi insya_Allah mampu difahami. Jika tidak faham pun tanya sahaja rakan-rakan dari Indonesia.. Facebook kan ada.. huh!
Dua buah buku lagi adalah merupakan PELIT yang mana satu lagi genre penulisan kreatif yang diperkenalkan PTS. Memang nampak kulitnya ala novel kanak-kanak tetapi pada aku ianya unik. Itu belum lagi membaca isi didalamnya. Tajuk kedua-dua PELIT yang telah aku miliki ini ialah Diari Ratu Air Mata karya Natasya Effyzal dan Diari Mat Despatch hasil tulisan Bahruddin Bekri. Antara keduanya aku telah membaca sebahagian isi Diari Mat Despatch dan sebagaimana dijangka.. memang buat aku tergelak dan senyum sendiri. InsyaAllah jika berkesempatan aku akan buat review tentang Diari Mat Despatch ini.
Untuk Lebih mengetahui tentang genre PELIT ini bolehlah dibaca di blog Cik Husna yang merupakan salah seorang Editor di PTSOne. Sebenarnya genre sebegini biasa kita tuliskan dalam blog dan mungkin juga kita berpeluang menjadi salah seorang penulis PELIT. Apa salahnya mencubakan..?
Masih ada dua buah buku lagi yang belum sampai ke tangan aku iaitu Karipap-Karipap Cinta, juga sebuah Novel Terbaru dalam kategori PTS Fortuna serta sebuah buku lama tulisan Robert T. Kiyosaki, Before You Quit Your Job. Pada masa yang sama aku juga tak ketinggalan untuk merasa bershopping buku tetapi bukanlah di PWTC.. hanya setakat di badan Bookstore JB sahaja..
Pesta Buku telah habis dan sekarang kita mulakan pula pesta membaca..
P/S: Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang tolong belikan buku. Tuan Azmir, Tuan Smartzul dan Tuan Hairulazwan.
Entri Berkaitan:








10 Responses to “Bingkisan dari Pesta Buku Antarabangsa KL”
By Nadri on Mar 31, 2010 | Reply
bro, lepas nie bolehlah kita bertukar2 buku..hehehe..
skrg nie aku pinjam dkt Libary Sultan Ismail ajer..tu pun pasal melayan anak sulong yg suka membaca..
[Reply]
By smartzul on Apr 1, 2010 | Reply
Saya akan balik ke JB dalam beberapa hari lagi. Harap tidak membuatkan Nuaeman & isteri tertunggu-tunggu novel tersebut. Jangan risau, karipap tersebut tidak akan basi.
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 1, 2010 | Reply
bagusnya ayah ni.. meneman anak membaca.. bagus2..
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 1, 2010 | Reply
tak berkesempatan jugak nak ke pesta buku tu.. ralat rasa..nak cari la buku2 yg bro cakap ni..
[Reply]
By sangilapi on Apr 1, 2010 | Reply
tentang bahasa indonesia tu,kalau nak tanya aku pun boleh jugak(pernah menetap di sana suatu masa dulu)….sedikit pandangan tentang buku….”siri berpetualang ke acheh” pun menarik jugak,mat
[Reply]
By nuaeman on Apr 2, 2010 | Reply
bagus tu bang, ada minat membaca.. dia suka membaca genre yang bagaimana?
[Reply]
By nuaeman on Apr 2, 2010 | Reply
Terima kasih Tuan Zul, ya kami memang tidak sabar untuk menikmatinya..
[Reply]
By nuaeman on Apr 2, 2010 | Reply
Ok ye ke bang, itu sudah bagus..
[Reply]
By imran on Apr 3, 2010 | Reply
Diharap dengan berakhirnya pesta buku ini tidak melenyapkan kecintaan terhadap tabiat membaca.
p/s : Banyak beli buku tu
[Reply]
By nuaeman on Apr 6, 2010 | Reply
harap-harap begitu..
[Reply]