Apa nak dibelikan untuk Mak dan Abah Raya ni..?

Selingkar Kisah 20 tahun yang lalu..

Pagi Sabtu tu merupakan hari yang begitu indah dan ditunggu-tunggu bagi sebilangan adik beradik ini kerana si Ayah nak membawa mereka ke pekan membeli baju raya maklumlah 1 Syawal tinggal beberapa hari saja lagi. Bagi mereka hanya masa-masa begini sahaja mereka berpeluang untuk memakai baju baru dan untuk si kakak juga abang, mereka sedia tahu serta faham keadaan ekonomi keluarga jadi mereka tidaklah terlalu meminta.

Dengan berbekalkan gaji si Ayah sebagai tukang kebun sekolah serta ditambah sedikit dengan hasil jualan kuih si ibu ruang perbelanjaan keluarga 7 beradik ini agak terbatas tetapi mereka tetap bahagia dan tidak ada seorang pun dari mereka yang  terabai atau tak cukup makan pakai. Adakala si ayah keluar ke laut untuk memukat. Sekurang-kurangnya ikan dan udang  tak perlu dibeli.

“Cukup ke duit nak beli baju budak-budak tu ayahnya? ” si ibu seakan bimbang andai wang yang di bawa Si Ayah tak mencukupi lalu di tambah sedikit dengan wang hasil jualan kuih. Setelah Si Ibu selesai menyiapkan si adik  maka berangkatlah semuanya ke Pekan bersama si Ayah. Gembira betul anak-anak ini dapat merasa naik bas yang pada ketika itu tambangnya hanya 20 sen. Tidak sampai 20 minit sampailah mereka semua ke Pekan.

Langkah seterusnya bukanlah mencari gedung atau pasar raya besar tetapi cukuplah sekadar kedai baju berhampiran Stesyen Bas. Disitu boleh tawar menawar dan harga pun tidaklah semahal pakaian-pakaian yang berjenama sepertimana terjual di Pasaraya tu. Bagi adik beradik ini asal sedap mata memandang serta berjenamakan “baju baru” atau “baju raya” dah cukuplah untuk mereka. Alhamdulillah duit yang dibawa si Ayah mencukupi. Beratus juga keluar dari dompet lusuh Si Ayah bagi menyempurnakan impian anak-anaknya untuk memakai baju baru raya nanti.

Girang sungguh adik beradik ini apabila pulang kerumah mempamerkan baju raya masing-masing kepada Si Ibu. ” Amboi! dah tak sabar nak raya ye kamu semua” kata Si Ibu sambil tersenyum serta ditemani Si Ayah disamping. “Mak ngan Abah tak beli baju raya ke?” tiba-tiba si adik bongsu bertanya.. semua terdiam seketika kemudian Si Ibu memecah suasana ” Mak dan Abah tak kisah.. janji kamu adik beradik dapat merasa.. nanti Mak ngan Abah belilah..” jawab Si Ibu yang masih tak lekang senyuman dibibirnya sambil diiyakan pula oleh Si Ayah.. Suasana kembali ceria. Untuk adik beradik ini mereka puas kerana impian setahun sekali mereka tercapai dan bagi Si Ibu dan Si Ayah mereka juga puas melihat anak-anak mereka gembira dalam menyambut kedatangan Syawal…

24 September 2008 bersamaan 24 Ramadhan 1429

20 tahun dah berlalu. 7 beradik ini semuanya telah meningkat dewasa. Si Abang dan Si Kakak telah pun berumah tangga dan mempunyai keluarga masing-masing.  Si Adik pula baru sahaja setahun bekerja setelah tamat pengajian di IPT. Dalam menuju kedatangan Syawal ni kesemua mereka masih lagi tertanya-tanya apa yang nak dibelikan untuk dibawa pulang pada mak dan abah. Si Abang baru sahaja menukar kereta baru dan dah banyak juga berhabisan untuk keluarga sendiri manakala Si Kakak pula dah banyak wang dibelanjakan untuk pengubahsuian rumah dalam menyambut kedatangan Syawal. Mereka bukan sahaja tak pasti apa yang nak dibelikan untuk mak dan abah bahkan Raya ni belum tentu mereka akan pulang ke Kampung. Untuk Si Adik pula.. orang baru bercinta.. gaji banyak dihabiskan untuk Si Buah Hati. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut kehadiran 1 Syawal tetapi apa yang nak dibelikan untuk Si Ibu dan Si Ayah yang sanggup berkorban untuk mereka satu ketika dahulu masih belum ada jawapan ataupun mungkin takkan dibelikan kerana bajet yang tak mencukupi.

Di Kampung, dirumah yang sama dimana ketujuh-tujuh beradik itu membesar. Masih tinggal dua tubuh yang semakin susut dimamah usia. Mereka masih tersenyum seperti dulu cuma senyumannya seakan sedikit tawar. Mereka juga masih berasa gembira kerana kesemua 7 beradik itu berjaya dalam hidup mereka serta mempunyai keluarga sendiri. Dalam menanti Ramadhan sampai ke penghujung mereka tidak terfikir atau mengharapkan apa-apa yang akan dibawa pulang oleh anak-anak itu untuk mereka tetapi cukuplah sekiranya Syawal nanti mereka dapat melihat ketujuh-tujuh batang tubuh yang pernah satu ketika menari dan bergelak ketawa sambil menunjukkan baju baru yang dibelikan Si Ayah kembali meriuhkan rumah itu yang sudah sekian lama sunyi…

___________________________________________________________

* Cerita ini adalah berdasarkan gabungan pengalaman dan Imaginasi penulis sahaja.. entah kenapa aku sendiri mengalirkan air mata ketika mengarang cerita ni..

Untuk korang pulak.. dah beli ke apa-apa untuk mak ngan ayah korang? dan agak-agak balik kampung tak raya ni? ( Bagi yang ada kampunglaa..)  :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Cukup ke Raya Sebulan..? “Rumah Zul tak pegi lagi, Jiran-jiran sini pun tak habis...
  2. Ucapan SMS Raya 2009 Entri ini bukanlah bertujuan untuk membuat ucapan raya sebenarnya tetapi...
  3. Iklan Raya TM 2009 Selalunya kalau tiba musim raya ni antara yang menjadi perhatian...
  4. Aku, kau , saya dan awak.. “Siapa nama awak” “Saya Firdaus, nama awak?” “Nama saya...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

15 Comments

  • At 2008.09.24 06:19, aeropama dot com said:

    berair mata aku bc cerita ko ni.

    ps: aku hanya berikan duit utk mak ayah aku bli baju raya. utk aku beli, tidak tahu saiz & kegemaran mereka. erk… alangkah jahilnya aku sbg ank mereka…

    nuaeman: aku sendiri pun berair jugak waktu mengarang.. teremo lak.. ish.. ish

    • At 2008.09.24 08:33, shaxx said:

      ibu dan ayah boleh jaga 7 orang anak tapi… 7 orang anak susah nak jaga ibu dan ayah kannn…

      nuaeman: itulah kenyataannya.. padahal inilah masa kita nak membalas jasa mereka

      • At 2008.09.24 08:41, Kujie said:

        Masa kecik² , kami adik beradik berkongsi baju raya corak yang sama…3 beradik berderet. Kasut raya ayah beli kasut sekolah….masa mak nak pergi beli dia ukur kaki kami dgn tali rafia….satu tali tapi 3 saiz tu di tanda dgn simpul setiap jarak.
        buat kuih guna sabut/kulit biji getah yg kering…oven butterfly pun tak de.. paling sedih kalau raya musim hujan….mlm raya baru ayah bayar zakat fitrah..

        Nuaeman: cerita kak Jie ni pun klasik jugak.. tapi sekarang dah jarang nampak camtu ye kak jie

        • At 2008.09.24 09:00, Mohd Hafifi said:

          aku harap aku dapat berikan sesuatu yang tidak mampu dibeli dgn wang ringgit untuk parents aku tahun ni.. :-)

          nuaeman: Apa yang lebih bermakna bagi mereka adalah ingatan kita terhadap mereka dengan pulang ke Kampung Syawal nih

          • At 2008.09.24 11:07, farahaznil said:

            huhhuu..sedih..hmm wlu apa pun kita bg kat ibu bapa kita..tp masih tak setanding dgn budi mrk jaga kita..wlu pun kita sediakan kemewahan..namun keperitan yg dihadapi lg bermakna..takde apa dpt dibandingi dgn keikhlasan mrk menjaga kita..

            nuaeman: betul tu Farah.. hah apa ko beli kat mak dan abah ko raya nih.. menang contest banyak. :)

            • At 2008.09.24 13:38, muhafis said:

              tiap kali, ak x sabar utk nantikan post2 terbaru dr numan.. pal, tiap ape yg enko tulis adalah jujur dan telus.. its bout human sense.. ianya sgt menarik bile enko suke kongsi kisah2 hidup yg byk beri pedoman.. ak pembaca setia blog mu, =) teruskan menulis numan..

              nuaeman: opss besarnya penghormatan.. terima kasih kerna sudi menjadi pembaca setia..

              • At 2008.09.25 01:49, famia said:

                sedih.
                hm. tahun ni ramadhan ngn syawal.. habiskan masa sebanyakk munken dengan diorang je. belikan pape yg patot. tapi rasenye.. bagi ibubapa.. nampak muke anak.. senyuman anak.. dpt spend masa ngn anak.. tu je hadiah paling bemakne utk diorang.

                anyway.
                selamat hari raya. maap zahir dan batin ye.

                nuaeman: Itulah hadiah paling bermakna buat mereka.. selamat hari raya Famia :)

                • At 2008.09.25 01:58, Shaffik said:

                  Sedih aku baca cerita ni…mmg kadang2 kiter terlupa ngan mak n abah kiter…kiter sibuk mencari rezeki utk keluarga kiter…tp kalau ader rezeki lebih tu hulur2 kan kepada kedua orang tua kiter…mmg org tua ni tak mintak tapi kener paham sendiri laaa…bukan bender ni di buat semasa hari raya jer…setiap masa…disamping ingatkan kawan2 yang lain aku jugak ingatkan diri au sendiri….

                  • At 2008.09.25 03:53, ezad said:

                    Aku pun xtau nak belikan apa lagi,tapi aku akan belikan jugak untuk mereka
                    walaupun aku xbeli papepun untuk diri aku lagi..tapi yang peliknya asik aku jek yang belikan untuk mereka,abg2 aku
                    yang lain xpenah lak nak bg..eh dah cam entri lak nih..huhu

                    • At 2008.09.25 09:32, Shaffik said:

                      adakah citer ko lebih kurang sama ngan citer entri nie?

                      nuaeman: ko tanya aku ke ko tanya ezad ni Syafik.. :)

                      • At 2008.09.25 23:51, ilhamputra said:

                        tiap-tiap hari mesti terfikir ape yg aq ingin hadiahkan kat mak babak time ramadhan yer.oh aq terfikir nak hadiahkan baju raya untuk mak bapak aq.harap ade lah duit lebih.sambil aq cadang nak beli banyak kuih muih dan kerepek untuk juadah hari raya nanti

                        • At 2008.09.25 23:51, yonna said:

                          huwaaaaaaaaaaaaa!!!!

                          pagi2 buta saya telah tersedu2 menangis baca entry dan tgk vc ni!
                          omg!!
                          mata dah bengkak..

                          sangat sedih,bro!!
                          terlalu sedih!!
                          byk bagi pengajaran.

                          diorang tanak apa pun..
                          cukup la diorang tgk anak2 diorg balik beraya! :(

                          nuaeman: Ish.. ish.. Selamat datang dan selamat hari raya yonna

                          • At 2008.09.26 04:39, menteil said:

                            ermm… sedih jugak..
                            memang betulla tu..

                            aku awal2 dah beli…
                            ada di blog aku.. hehe..

                            • At 2008.09.26 08:16, izzah said:

                              huhuhuhu sedihnye entri ni.. kalau ada tengok iklan raya tv3 tu pon boleh menimbulkan keinsafan buat yang jarang balik raya ke rumah orang tua kita hehehehe…

                              • At 2008.09.27 01:03, farahaznil said:

                                aku tak beli apa2 kot..pow duit raya balik kat dorang sudah la..hahaha..hadiah..kasi result bgs dlm spm cukup la..hohohhoho..pastu jd arkitek..cewah..

                                p/s – benda ni terjadi kat family aku..nenek aku tu ha..anak 8..tapi!!haizz..ntah la..dulu mmg org susah..skrng ni anak sorang2 gaji ribu2..bukan ribu je..belas2 ribu sorang..family aku sorang je gaji paling rendah(gaji abah aku la)..xdela standing dgn anak2 nenek aku yg lain..pastu ibu aku suri rmh..suma duk ckp..suruh mak aku yg jaga nenek aku..tapi dia tak tahu jd suri rmh tu lg penat dan aku ada sorang adik yg umur dah 6thn masih belum berjalan lg!anak nenek aku yg lain plak,ada org gaji..rmh banglo..tapi bg mcm2 alasan nak jaga..jaga tu jaga..tp mcm tak ikhlas je..pastu yg mak long aku tu lak..pun kaya gak..tp bila minta duit nak amik sorang org gaji utk nenek aku..mcm2 alasan dia bg..bkn byk mn pun..sorang 3ratus..sikit pun xnak kuarkan duit..tp tiap2 thn..time nak raya..renewed rmh smpi 15 ribu..dia lebih syngkan rmh banglo pd mak dia..utk mak.ngigil2 tgn..thn ni aku kidnap nenek aku raya rmh aku.padankan muka dorang..br nak call ibu aku suruh bek nenek aku balik kg!slama ni raya pun balik 1st raya.asik family aku je ngalah 4 hr sblm ry balik kg kemas tu kemas ni.Thn ni korang raya la tanpa nenek aku..akakakakaka(cis…dah lpskan geram kat blog nuaeman ni plak..hi hi hi..jgn marah aa)

                                (Required)
                                (Required, will not be published)