Ada sesiapa ingat dengan komputer pertama Malaysia keluaran Mimos berhad yang digelar Makcik PC. Seingat aku ianya dilancarkan pada penghujung 2007. Pernah dinobatkan sebagai komputer paling nipis di dunia. Katanya sasaran utama bagi Makcik PC ini ialah penduduk luar bandar sebab kalau melihatkan harganya pun tidaklah terlalu mahal antara RM500 ke RM1000.
Setelah lebih setahun aku macam tak dengar khabar berita tentang Makcik PC ni. Samada aku yang tak ikuti perkembangan ataupun sememangnya kurang publisiti terhadap komputer buatan Malaysia yang tak menggunakan keyboard dan mouse nih.
Semasa mencari-cari cerita tentang Makcik PC ni aku terkeliru dengan rupa bentuknya kerana ada artikel yang menyiarkan gambar Cybertablet yang juga dikeluarkan MiMOS untuk pelajar sekolah dan dikatakan itulah Makcik PC. Produk ini dikeluarkan dalam dua warna iaitu kelabu dan hitam. Nampak sangat kita sendiri tak pasti dengan produk keluaran negara kita.
Agak-agak apa cerita dengan Makcik PC sekarang ye. Ada sesiapa yang tahu perkembangan produk kebanggaan Malaysia ni??
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.























ni haaaaa…makcik pc dah dtg..hehehe
kujie’s last blog post..Sejak bila Yuran Sekolah menjadi rahsia?
Haha.. ini makcik duduk depan PC..
lama tak dengar cerita pasal mimos ni. Mimos dulunya menjadi satu gergasi di persada pengkomputeran di Malaysia. Tapi tiba-tiba senyap semua. Apa sudah jadi? Sepi tanpa berita. Harap-harap ianya tak berkubur.
chuckiesd’s last blog post..Senang yang bagaimana?
aku ingat aku sorang jee yang perasan.. yelah benda-benda yang baguskan.. eloklah terus berkembang..
aku rasa makcik pc bz dengan pakcik pc agaknya.
Kena tukar nama kot lepas ni.. MAKCIK BZ.. hehe
dulu penah gak makcik pc..susah la carik product mak cik pc nih..takde promosi..nak beli kat mane pon tak tau..
dendang’s last blog post..Too much thinking ‘can make you fat’
Betul tu.. susah nak jumpa produk dia ni.. kat kedai komputer biasa memang takde..
Haha aku yg keje dlm industri komputer ni pun xtau, ada plak Makcik PC, lagi pun xde promosi pun nak menaikkan nama MIMOS nih, RTM ada saluran x digunakan..tah2 dah nama Makcik PC mesti slow giler..hehe :p
mcm dah pupus je makcik pc neh … hehe
KNizam’s last blog post..Iklan Astro MegaDrama – Lawa Siot Sinematography Iklan Neh !
lum pupuslah…knizam…makcik pc ni ade lagi..hidup lagi..update blog hari2…hahahahaha
Kujie’s last blog post..Norman Hakim ditangkap khalwat?
baru tau ni.. apa kaitan makcik ngan pc tu? hehe.. harap pasni adala kuar pakcik pc plak.. senyap je skang mimos ni.. concentrate tender maintenance je kot
sufian’s last blog post..Text Icon Berwarna Biru
Susah nak ckp pasal produk malaysia ni…hangat2 jerk promosi..tak sungguh2
catzer’s last blog post..Leadership
Wooh!
Kalau ade touch screen interface, bole main DiVX, ade Wifi, bawah RM1000. Aku nak beli. bubuh dalam kete. Layan dikala jam
NoktahHitam’s last blog post..Yuna – Deeper Conversation Cover & Chords
Best gak tu.. tapi kat mana nak dapatkan aku sendiri tak pasti.. kena tanya MIMOS nih
first time aku dgr makcik pc..ada rupanya..huhuhu
x-po shop’s last blog post..KEPUTUSAN PEMENANG CONTEST PAKAR KOMEN TERHANGET
hoho. smart gak bnd ni. tp kurang promosi la
ubey’s last blog post..Kenangan Tahun 2008 Mengikut Perspektif Aku
Aku amat berharap makcik pc kembali berada dipasaran (dipromosi & pada harga mampu milik) agar rakyat Malaysia lebih ramai celik IT, seterusnya meranckkan perkembangan ebiz, bukan sekadar melayari myspace dan frenster di cc…
samdaddycool’s last blog post..Stop using Fotopages
salam & slamat tahun baru. inilah masalahnya, kalau diperhatikan cara org luar(u.s.a. contahnya) buat promosi berabis sebab dorang ni berani buat dan ghairah sgt hingga majoriti produk yg kita guna setiap hari dari makanan, elektronik dll kebanyakan dtg dari luar. kenapa makcik pc tak dipromosi secara besar2-an gak? apa kurangnya buatan malaysia kita? takkan la takde nak beli kot….
Betul tu June.. masalah utama rasanya kurang promosi.. dan tak betul-betul upkan benda ni.. sampai ramai yang tak tahu kewujudannya..
Bagi Aku sepatutnye, promosikan lebih untuk barangan Malaysia. Baru orang tertarik nak beli.
chuckiesd’s last blog post..Ada lagi macam ni di Kota Singapura.
dah terkubur kot
Makcik tu dah lari tinggalkan pakcik kot?
menj’s last blog post..Islamophobes say the salaah affects Muslim productivity
Haha.. mungkinlaa tuu..
senyap cam tu je makcik pc. tak komersial kan ke ek?
err..boleh digunakan ntuk makcik yg jual goreng pisang. barangkali. he he
muhdzahari’s last blog post..Bersamamu (Maxis, bukan DiGi)