Anda dah Potong… P1 Wimax?
Ditulis pada November 3, 2009 – 1:03 pm | Oleh nuaeman Share
“ Awak cubalah letak diri awak sebagai pengguna. Awak dah register dan ambil pakej 99 ringgit. Kemudian awak kena macam saya ni. Kalau sehari dua mungkin boleh maaf lagi ini dah hampir sebulan. Awak rasa awak nak ke bayar bil yang beratus-ratus ni?. Awak tak dapat apa yang dijanjikan kemudian nak tukar ke pakej yang lebih rendah pun tak boleh juga. Patut ke rasanya untuk bayar bil P1 ni?”
“Yelah.., Saya faham encik dan pihak kami akan cuba mintak waiver untuk bil encik”
“Saya harap betulla apa yang awak cakap ni sebab saya dah pernah terkena dengan Celcom. Kata nak refund tapi akhirnya saya kena bayar juga. Masalah sekarang bukan saya tak mampu bayar bil tetapi charge yang dikenakan tak setimpal dengan perkhidmatan yang saya terima. Saya ni kalau boleh pulang balik modem P1 ni nak saja saya pulang tapi dah lebih dari 7 hari trial. Pandai betul awak semua berniaga.”
Sedikit intipati perbualan aku dengan pihak P1 Wimax customer care line
Tak tahu apa lagi nak diperkatakan. Sumpah seranah operator yang menjawab ni tak guna juga. Dia bukan boleh buat apapun tapi aku nak dia faham masalah yang dihadapi oleh aku sebagai pengguna dan mungkin ramai lagi yang bernasib sama seperti aku. Punyalah nakkan servis yang mantap maka aku sambar pakej RM 99. Minggu pertama masa trial memang berdesup tapi lepas sahaja 7 hari percubaan bermula segala masalah. Bukan sahaja lembab malah dah beberapa kali aku langsung tak dapat access ke mana-mana website. Paling menyakitkan bilamana sedang buat deal dengan client. Tak dapat nak ‘close deal’ sehinggakan client pun lari.
Bila telefon customer service paling aku bengang ialah jawapan yang diberikan. Sebiji macam pihak Celcom punya jawapan. “Pihak kami memang sedang buat upgrade di kawasan encik sekarang ni”. Itulah yang buat hati ini mendidih. Celcom punya upgrade dari awal tahun 2009 sehingga sekarang tak habis-habis. P1 ni pulak entah sampai bila. Kalau diikutkan rasa tak puas hati mahu saja dibakar banner-banner P1 di sekitar kawasan perumahan aku. Geram! Eiii..
“Sabar nuaeman sabar..” emm ikutkan dah cukup sabar dah aku ni kerana aku menghadapi masalah talian internet sejak April lalu sehinggalah sekarang. Dah cuba itu dan ini sehinggalah aku ambil keputusan mencuba P1 yang digembar gembur hebat tetapi masalah tak selesai juga. Andai pihak mereka faham dengan masalah yang dihadapi lalu bil aku dikecualikan mungkin ianya meredakan sedikit rasa tak puas hati tu tetapi sekarang setiap bulan buat pembayaran tetapi servis hampeh. Tambah menggeramkan kalau lambat sikit buat pembayaran cepat pula diorang ni nak ‘bar’kan akaun.
Sekarang ni bila tengok iklan double meaning di TV pasal “anda dah potong?” tu aku rasa ayat tu tak lengkaplah.. sepatutnya begini.
“Anda dah potong P1 Wimax dan pulangkan modem? Lakukanlah segera sebelum tempoh percubaan itu tamat kerana mungkin selepas ini anda akan menyesal sepanjang hayat!”
Entri Berkaitan:






32 Responses to “Anda dah Potong… P1 Wimax?”
By zaryl on Nov 3, 2009 | Reply
dah cuba talian streamyx?
aku guna dari 2006 smpai sekarang ok.
masalah slow tu mmg ada tapi agak stabil
klau diambil kira secara keseluruhan.
[Reply]
By nuaeman on Nov 4, 2009 | Reply
Terima kasih zaril
Talian stremyx penah guna, memang ok tapi nak kene register lainlah.. masalah skrg kat rumah mak mertua aku..
[Reply]
By luthtextile on Nov 4, 2009 | Reply
erm, dah potong pada 10 tahun lepas. hahahhaa..
buat masa ni strimik ok lg.. tak perlu potong
[Reply]
By farahaznil on Nov 5, 2009 | Reply
streamyx mmg ok..tp operator dia sama je mcm p1max dgn celcom tu..dulu rmh aku pki streamys..then one day after many years , almost 2 month streamyx cannot go on..aku pun telefon la operator..jwpn taik kucing yg dia bg kat aku..dia suh aku cek pc aku plak..takut ada virus..virus nenek dia..aku ckp psl line dia yg putus2 n suh hntr maintainance worker betulkan..dia plak ajar aku psl pc dlm telefon tu..last2 aku suh je bpk aku potong..sakit hati byr bln2 tp takleh nak guna!!haizz
so kesimpulannya..mana2 operator yg berkerja utk syarikat komunikasi akan bg alasan secukup2nya kpd customer jika perkhidmatan mereka bermasaalah
ps – paling aku bengang…bil telefon kena charge rm 30 ke brp tah 4 every month utk potong line streamyx tu..katanya mingikut kontrak..haizz..taik kucing betul..eeee
[Reply]
By nuaeman on Nov 5, 2009 | Reply
terfikir lak masuk stremyx balik..
[Reply]
By nuaeman on Nov 5, 2009 | Reply
tergelak baca komen ko ni.. memang servis kat malaysia ni hampeh jerk..
[Reply]
By titan on Nov 5, 2009 | Reply
setakat ni, streamyx masih yang terbaik bagi aku. Sekurangnya, talian tu agak stabil dan internet tak putus-putus..
tapi macam biasa, pengalaman setiap orang memang berbeza-beza.
[Reply]
By Penulis Celop on Nov 6, 2009 | Reply
‘Upgrade’ perkataan standard dari customer service.Hehe diorang dah di train untuk jawab macam tu..Diorang dah ada jawapan yang standard untk menjawab pertanyaan dari customer.Kat computer dia dah ada bermacam soalan n jawapan untuk dijawab..kalau kes complicated sangat korang ckp nak sambung talian ngn manager diorang baru diorang gelabah…P1 ni masa baru2 dulu ok kot tapi sekarang dah ramai yang guna so mesti ada problem…guna la streamyx..ok kot…tak payah potong…
[Reply]
By sumijelly on Nov 6, 2009 | Reply
oh…umah sumi belum ada… tp promosi hebat bangat..
memang kene masuk stramyx gak………
[Reply]
By msarbin on Nov 6, 2009 | Reply
Itulah yang mengecewakan bro Nuaeman. Rakyat diwar-warkan di bermacam channel tentang P1 Wimax ni. Tapi nanti…hmm
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
yup streamyx yang terbaik bagi aku jugak.. tak byk masalah
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
betul tu.. jawapan yang aku terima totally sama.. mmg diorang dah ada skriplah betul cakap ko..
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
streamyx paling baik.. saya sokong.. yang lain2 indah advertisement dr situasi sebenar
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Amat-amat mengecewakan.. geram pakcik.. huhu
[Reply]
By Shaffik on Nov 6, 2009 | Reply
Aku dah agak akan benda ini sebenarnya…tahap internet di Malaysia ini semuanya sama. Dari streamyx higgalah ke P1 Wimax. Aku pernah ceritakan akan hal ini di blog aku.
Tetapi kita sudah tiada pilihan lain selain menggunakan apa ISP yang kita mampu. Tetapi kalau macam kes ko mad..aku tak tahulah kalau ianya terjadi kepada aku..harap Maxis Broadband aku tak buat hal LAGI….
[Reply]
By muhafis on Nov 7, 2009 | Reply
nak pakai kat kulai
takde line sudah..
adooo.. berukband pun dah murah skunk..
[Reply]
By farahaznil on Nov 7, 2009 | Reply
huhuh…streamyx mmg ok..operator dia n tukang betul line dia je tak ok..huhuh..geram aku!!
[Reply]
By farahaznil on Nov 7, 2009 | Reply
ahhaa..agak2 operator2 ni ada pg kursus x?hehehe..kursus menipu pelanggan!
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
Macam nilaa kalau dah tinggal di Malaysia.. adeh.. parah..
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
kat kelapa sawit sana lagilaa teruk.. aduyai…
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
mungkin jugak tu.. heh
[Reply]
By doomdaysout on Nov 8, 2009 | Reply
ahahah…terkena2 apa buleh buat…benda da sain kontrak..nak tanak kena la layan….
[Reply]
By Kak Long on Nov 8, 2009 | Reply
Kak Long guna streamyx di rumah dan celcom bila di luar rumah.
Kalau banding dua-dua, memang streamyxx lebih stabil.
Kalau celcom broadband tu, kat tempat yg ada 3G okaylah juga, kalau tak ada, memang sakit hati..terkebil-kebil.
[Reply]
By shahrul on Nov 12, 2009 | Reply
Aku pun pkai wimax. Kalau ada problem, call operator mmg menyusahkan dan menyakitkan hati je. Aku pun cam nk potong je wimax ni.
[Reply]
By zack on Nov 16, 2009 | Reply
sy baru sign up p1 smlm, kontrak 2 tahun..malam tadi test ok je speed dia..tak tau la lepas 7 hari nanti..mm,nak tanya.. kalo kite x puas hati dgn p1 ni then kita x bayar dia punya monthly bill apa effect dia ye.. ye la, terminate kontrak Rm299 kena bayar..kalo just ignore je bill die tu leh tak..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply
kalau ignore pun bill akan terus berjalan bang.. diorang takde kesian-kesian kat kita punya.. cuma masa awal-awal ni apa-apahal sila telefon P1 care line.. cakap yang kita tak puas hati dengan tahap servis.. insya_Allah pihak mereka akan bagi waive bill kita bulan tu..
[Reply]
By sepul on Nov 18, 2009 | Reply
potong jangan tak potong..haha..selama ni aku guna streamyx ok jer tak de masalah..klau slow tu adat lah tp tak de la cam sipot..still ok lagi..wimax ni tak tau la camner sbb rasa nye kat tempat aku blom boleh pasang wimax nih..heheh..
[Reply]
By deli on Nov 18, 2009 | Reply
potong!potong!potong!
potong wimax
[Reply]
By akula on Dec 7, 2009 | Reply
Aku try laa P1 ni.. ambil pada 15/11/09.. pikir punya pikir line kereeng bagus jadi aku pun hantar laa pada 20/11/09 (5 hari je).. dok ingat hari tu juga depa nak terminate .. bila tadi (7/12/09) aku buka email.. aku dikendaki bayar RM30.25 terkezut badak aku.. bila aku call 1300800888 tanya, depa kata akaun aku still active . aku sound laa apa2 yg patut.. tapi macamana pun aku kena pi ofis tu sekali lagi beserta surat termination .. hampeh betu P1 ni..
[Reply]
By intan on Dec 27, 2009 | Reply
he he… aku mmg amik p1 nih…mula reg dulu..diaorg cakap no contract…. so aku amik la…pakej lite jer… mula2 tu bedezup….laju giler… past 7 hari… pi nih call aku.. cakap “sebenarnya puan terikat dgn kontrak 2 tahun… hampeh tol… aku x kisah sgt cos…line laju jew..aku terus p potong celcom trukband…bila cukup sebulan guna…n ..bil pun dah kuar kat email..mula laaaaa…
servis cam taik………………………………nate berokkkkk
[Reply]
By hanif on Jan 4, 2010 | Reply
Aku pun dah guna wimax ni,cite poyo la,,terpantas terlaju…tapi hampehhh…aku pakai dah 5 bulan,bulan ke 3 nagn ke 4 terus terus xleh loading wlaupun signal hijau..hati panas je 2 bulan xde line…sekarang aku dah kasi potong p1 wimax…lagi diorang berhutang ngan aku…x bayar tau la,,
[Reply]
By sharif on Feb 23, 2010 | Reply
Biasa la tu.Aku pun bermasalah ngan P1 aku.Dekat 2 bulan takleh guna.Technician turun,tukar modem.Sekarang pakai modem outdoor.Masalah takleh browse dah selesai tapi timbul masalah baru,takleh buka email gmail aku.korang ada masalah macam aku gak ke?
[Reply]