Aku, kau , saya dan awak..
Ditulis pada August 13, 2009 – 5:23 am | Oleh nuaeman Share
“Siapa nama awak”
“Saya Firdaus, nama awak?”
“Nama saya Fairoz”
Firdaus adalah rakan pertama aku ketika memasuki sekolah rendah. Kami tak pernah kenal tetapi tuhan temukan kami hingga menjadi rapat dari perkenalan yang pertama itu. Persamaan antara kami ialah melalui pertuturan dalam membahasakan diri masing-masing. Dari darjah satu hingga darjah enam kami kekal juga selesa dengan membahasakan diri sebagai ‘saya’ apabila bercakap. Sehinggalah apabila melangkah ke sekolah menengah dari ‘saya’ telah bertukar menjadi ‘aku’ kerana tak mahu digelar sebagai ‘budak skema’ yang seluarnya naik hingga ke paras pusat dan rambutnya pula kemas berbelah tepi. Alahai… tapi itulah kami.
Didikan dirumah pula sememangnya sejak kecil lagi mak dan abah tak menggalakkan kami bercakap dengan membahasakan diri sebagai ‘aku’. Justeru, perbualan kami adik beradik menggunakan kata ganti nama ‘saya’ ‘awak’ hinggalah dah beranak pinak ni pun ianya masih kekal.
“Awek, mana kau call tadi?’
“Aku bercakap dengan kakak aku laa..”
“Lah! Bercakap dengan kakak guna “awak’ ‘saya’ hish!”
Seakan pelik pula bagi si Amin, sahabat aku di Politeknik Kota Bharu bilamana kata ganti nama diri seperti ini digunakan dalam perbualan aku dengan adik beradik.
Salahkah kalau guna “aku, engkau” dan mulia sangatkah “saya,awak” ? Bagaimana pula dengan “Lu, Gua” yang juga digunapakai sebahagian orang? Bagi aku setiap satunya tiada yang salah tetapi harus digunakan sesuai pada tempatnya. Andai ‘aku engkau’ digunakan kepada ayah dan ibu, pakcik dan makcik atau orang-orang yang lebih tua bunyinya seakan kasar maka ganti nama ‘saya’ adalah lebih sesuai. Walaubagaimanapun ‘aku,engkau’ adakalanya menjadikan kita lebih selesa bila berbicara dengan teman-teman berbanding ‘saya,awak’. Di pejabat pula, kalau sektor swasta yang pekerjanya berbilang kaum ditambah dengan bahasa perantaraannya adalah bahasa inggeris maka “I, you” selalu jadi pilihan. Kalau di Johor mungkin ada yang biasa mendengar kata ganti nama “kawan”. Lain pula ceritanya bila si Rockers atau mat-mat rempit yang mungkin bangga dengan bahasa “Lu,Gua” dengan sendirinya boleh cair ego untuk kembali gunakan “saya,awak” bila berbual dengan si ‘buah hati’. Apa Kes.???
Tegahan ramai ibu bapa kepada anak-anak dari bercakap dengan kata ganti nama “aku,engkau” sewaktu kecil ada juga rasionalnya. Ketika tahap intelektual anak-anak begitu tinggi pada awal usia yang mana hanya mampu menerima tetapi belum cukup matang untuk menapis eloklah ditegah supaya tidak salah dalam penggunaannya. Bayangkan anak yang berusia 2 atau 3 tahun membahasakan “aku, engkau” ketika berbicara dengan kita. Boleh diterima?
Teringat pula pada teman sekampung, Ibrahim namanya, Jawa keturunannya. Untuk Ibrahim bercakap dengan membahasakan diri ‘aku,engkau’ pada ibu dan ayah adalah perkara biasa.
“Mak, Aku keluar dengan Mat nih..”
“Hah! Ko jangan lambat balik pulak..!” Jerit Maknya dari dapur
“Eh Yem, Ko cakap ngan mak ko guna ‘Aku,Engkau’?” soal aku.
“Haah, apa salahnya? Alah.. ko pun baca doa dengan tuhan cakap ‘aku, engkau’.. kan?”
“Ulp!” Terkedu saya seketika dengan jawapan Yem.. Oppss..! guna ‘saya’lah pulak..
Entri Berkaitan:






16 Responses to “Aku, kau , saya dan awak..”
By Kujie on Aug 13, 2009 | Reply
Biasa menggunakan ‘saya’ walaupun ada beberapa blogger sarankan mengantikan dengan ‘Kak Jie ‘.
[Reply]
By nuaeman on Aug 13, 2009 | Reply
rasa macam nak tukar kepada ganti nama ‘saya’ pulak lah..
[Reply]
By fikri fadzil on Aug 13, 2009 | Reply
x tau lah… aku slalunya guna aku ngan ko je… ngan org pompuan pun sama gak. x tau lah nape… aku x blehlah ber’saya’ ngan awak ni… tambah-tambah ‘I’ ngan ‘YOU’… TOTALLY YYUUCCCKKKKK!!!!!
[Reply]
By Hidet on Aug 13, 2009 | Reply
Guna I, U lah senang kalau gitu..hehe
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 13, 2009 | Reply
guna i dan you…
tup..tup jadi i luv you plak nanti..huhuhu
[Reply]
By nuaeman on Aug 14, 2009 | Reply
hehe.. macam geli jee nak guna ganti nama camtu yek..
aku.ko ni buat kita lebih senang nak bercakap ngan seseorang.. kalau ngan orang tua2 ko guna apa fikri?
[Reply]
By nuaeman on Aug 14, 2009 | Reply
Ringkas… senang nak sebut eak..
[Reply]
By nuaeman on Aug 14, 2009 | Reply
haha.. kalau ngan perempuan ok laa kalau ngan lelaki..?
[Reply]
By fikri fadzil on Aug 14, 2009 | Reply
serious… kalo org tua, yg laki aku pakai abang je… yg poan aku panggil akak… mungkin nampak x beradab… tapi, memang style aku ckp mcm tu… terlampau beramah kot…
[Reply]
By nuaeman on Aug 14, 2009 | Reply
Nak kata tak beradab tu tak jugak fikri.. ini pilihan masing-masing yang dirasakan selesa untuk mereka.. cuma kata ganti nama untuk melayu ni banyak..jadi boleh disesuaikan mengikut keadaan.. kalau cam org putih tu mereka stick dgn ‘ I ,you’.. tak kira batas usia..
[Reply]
By blowie on Aug 15, 2009 | Reply
selalu guna ‘gua lu’ je dalam blog,hehe.
adakah itu kurang ajar?
hurmm,very subjective. Lain orang lain penerimaan
[Reply]
By blowie on Aug 15, 2009 | Reply
dalam blog selalu guna ‘gua lu’,hehe
kurang ajar ke tu?
hurmm,very subjective. Lain orang lain penerimaan
[Reply]
By zool on Aug 15, 2009 | Reply
Lebih sesuai kalau dengan org veteran guna perkataan saya…
Lebih hormat
[Reply]
By mohdhanif on Aug 21, 2009 | Reply
kalau orang jawa memang panggil engkau aku je ngan bapak diorang.kira kes biasa la
[Reply]
By mohdhanif on Aug 21, 2009 | Reply
kalau orang jawa memang selamba je panggil engkau aku dengan mak bapak diorang..kire kes biasa la
[Reply]
By MK on Aug 22, 2009 | Reply
“Alah.. ko pun baca doa dengan tuhan cakap ‘aku, engkau’.. kan?” Ini memang alasan yang biasa orang bagi. Betul juga. Cuma bagi kebanyakan orang kita dah biasa dengan panggilan pangkat, macam Mak, Along, Angah, dsb.
P/S: Ada seorang kawan yang guna ‘saya, kamu’ sesama adik beradik. Unik, dan comel
[Reply]