9 Perkara yang mahu dicapai pada 2010
Ditulis pada December 31, 2009 – 10:28 am | Oleh nuaeman Share
Lega sungguh rasa hati aku bila kerja-kerja audit penutup tahun 2009 akhirnya selesai. Sejak awal Disember lagi tak senang duduk dibuatnya dek penangan audit ini. Habis sahaja external audit semalam aku rasa macam baru selesai ambil Final Exam. Heh!
Oh! satu hari sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 dan membuka lembaran baru untuk tahun 2010. Menjadi kebiasaan setiap kali masuk sahaja tahun baru ada sahaja azam ataupun matlamat baru yang disasarkan oleh setiap orang. Bagi aku sendiri ada beberapa perkara yang ingin aku capai. Antaranya…
1. Bebas Hutang
Bukanlah bebas sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya memberi keselesaan untuk poket aku bernafas setiap bulan. Aku akui memang aku mempunyai beberapa hutang yang belum sempurna dilangsaikan kepada bank. Sebelum ini aku terpaksa menggunakan kad kredit oleh sebab mereka-mereka yang berhutang kepada aku lebih selesa berjalan di muka bumi ini tanpa memikirkan untuk membayarnya semula. Nama aku pernah hampir disenaraihitamkan angkara mereka-mereka yang hanya tahu meminta tetapi tak pandai membalas. Episod hitam itu dah hampir sampai ke penghujung dan aku harap 2010 nanti segalanya beres! Walaupun begitu untuk mereka-mereka yang rasa-rasanya masih berhutang dengan aku atau sesiapa sahaja pandai-pandailah usahakan untuk membayar ya..
2. Membeli Rumah
Aku dah mulakan usaha pembelian rumah ini sejak dari penghujung 2009 lagi. Ketika ini aku telah miliki sebuah rumah yang aku beli semasa bujang lagi. Memandangkan lokasi tempat kerja aku dan isteri agak berjauhan dengan kediaman kami maka pilihan terbaik adalah memiliki rumah baru yang sedikit berdekatan. Ini juga merupakan salah satu proses sebelum aku meninggakan dunia makan gaji.
3. Mengumpul Dana Sara Hidup
Nilainya hanya aku yang tahu. Tujuan dana ini dikumpul adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya aku benar-benar telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Prosesnya telah berjalan dari 2008 lagi dan titik noktahnya aku letakkan pada 2011. Ini sekadar perancangan tetapi perlu usaha yang kental supaya ia menjadi kenyataan.
4. Mengajak para sahabat, IM dan Bloggers untuk sama-sama dengan kerja kebajikan
Aku dah mulakan juga usaha ini pada 2009 dan kalau boleh untuk 2010 aku dapat membawa para IM dan bloggers untuk sama-sama menyokong usaha ini. Sebelum ini aku hanya memberi tenaga sukarela kepada sebuah badan kebajikan di Johor Bahru dengan kebenaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mungkin untuk 2010 aku dapat melihat para sahabat, IM dan bloggers bukan sahaja dapat menyumbang bahkan turut sama menghadirkan diri ketika majlis bersama anak-anak yatim, golongan kurang upaya, warga miskin dan sebagainya.
5. Menerbitkan Ebook
Aku tidak dapat jadikannya kenyataan pada 2009 dan untuk 2010 aku harap paling tidak aku berjaya hasil 2 ebook. Sebenarnya produk pertama aku telah 90% siap dan Cuma menunggu sedikit maklumat sahaja. Ianya merupakan kerjasama aku dengan pihak Madrasah Arabiah di Johor. Insya_Allah jika berjalan lancar akan dikeluarkan pada awal 2010. Mungkin yang kedua akan menyusul selepas itu. Doa-doakan..
6. Menghasilkan Buku
Aku gemar menulis dan membaca. Dari itu kepingin sekali aku menghasilkan sebuah buku. Sekarang telah banyak penerbit buku yang aku lihat berpotensi untuk pergi lebih jauh dan sudah tentunya mereka mahukan penyumbang yang mampu berikan karya berkualiti. Aku tidak katakan bahawa penulisan aku amat baik tetapi akan aku cuba mencapai kearah itu.
7. Melaksanakan Bengkel dan Personal Coaching Membuat Blog
Ini sememangnya agenda 2010 dan jika tiada aral melintang akan dilaksanakan pada Februari 2010 ini. Mereka-mereka yang berminat boleh menghubungi aku ataupun saudara Shaffik. Bengkel ini dikhaskan kepada mereka-mereka yang memang langsung tiada asas untuk membuat blog .com sendiri. Laman Web mengenai telahpun siap dan hanya menunggu masa untuk di umumkan dalam tempoh terdekat ini.
8. Merasai wang dari Adsense, dan CPA
Ini adalah matlamat dalam konteks menjana wang dari program-program di internet. Secara jujur aku tak pernah merasai ‘income’ dari program google adsense ataupun CPA. Jika 2009 telah berikan kenangan manis untuk cek pertama nuffnang maka 2010 nanti harapnya aku berjaya pula mengeluarkan wang dari dua program diatas.
9. Menjadi Manusia dan Hamba yang lebih Baik
Aku takut kalau-kalau ada manusia yang tidak berpuas hati dengan aku disebabkan tindak tanduk aku yang mungkin melukakan hati mereka. Aku akan cuba menjadi manusia yang lebih baik yang menjaga hubungan baik dengan manusia lain (habluminannas) disamping hubungan dengan Allah sebagai hambaNya (Habluminallah). Ini juga langkah persiapan menghadapi kematian kerana setiap tahun usia kita akan meningkat dan semakin menghampirkan kita dengan ‘mati’ yang tidak diketahui bila. Sebelum tibanya saat itu adalah lebih baik untuk kita bersiap sedia dengan amal ibadah yang sempurna. Ini juga adalah azam 1431 Hijrahku.. Moga terlaksana. InsyaAllah…
Entri Berkaitan:
























17 Responses to “9 Perkara yang mahu dicapai pada 2010”
By Kujie on Dec 31, 2009 | Reply
kak jie recycle azam tahun lepas kot…. kempen kitar semula
hehehe
[Reply]
By jawatan kosong on Dec 31, 2009 | Reply
Visi tahun 2010, dapat terus memberikan informasi kerja kosong terkini bagi semuanya
[Reply]
By samanosuke_04 on Dec 31, 2009 | Reply
wow, nak kuarkan ebook tue.. mantap rr.. neway, aku pun aim tahun nie nak rasa duit dari blogging gak!! Goodluck kepada kita berdua!
[Reply]
By cyza on Dec 31, 2009 | Reply
Semua azam tahun baru ko tu bagus2….Teruskan…
No. 5 dan 6 interesting…
No. 2 tu kat mana?
[Reply]
By boy_bersahaje on Jan 1, 2010 | Reply
Yang terbaik dari ladang bro! Semoga impian sume tercapai. Tak sabar nak baca ebook yang 1st tu…huhu
[Reply]
By nuaeman on Jan 2, 2010 | Reply
Tgh cari area Kempas or Impian Mas.. kalau takde yang baru rumah subsale pun ok kalau menepati citarasa
[Reply]
By nuaeman on Jan 2, 2010 | Reply
Moga tercapai impian tu.. Good Luck!
[Reply]
By nuaeman on Jan 2, 2010 | Reply
Doakan ebook tu dapat dikeluarkan pada awal tahun ni ye
[Reply]
By nuaeman on Jan 2, 2010 | Reply
Azam saya nak pegi umah kak jielaa
tahun ni
boleh..?
[Reply]
By titan on Jan 3, 2010 | Reply
hehe.. aku renew lagi azam tahun-tahun lepas..
[Reply]
By Kujie on Jan 4, 2010 | Reply
awat tak bolehnya …..tetamu tu rezeki
[Reply]
By muhafis on Jan 5, 2010 | Reply
gosh, rasa macam tak percaya bro numan tak buat adfsense, well
rezeki ade dimana2 kan.. bukan adsense jee.. wink2..
azam tahun baru muhafis nak dapat 4flat utk course islamic banking yg muhafis ambik nie wey.. sebok je share azam kat sini an..
kalau dah launch ebook, buatla affiliate.. ;p
[Reply]
By Sain-Web.Com on Jan 5, 2010 | Reply
Biar betul en nuaeman tak pernah dpt duit adsense…mcm tk caya je..hehehehe
[Reply]
By nuaeman on Jan 5, 2010 | Reply
Belum lagilaa sain.. nak rasa juga..
[Reply]
By nuaeman on Jan 5, 2010 | Reply
bagus azam tu..
ok kalau dah launch nanti ko kene promosikan ye..
[Reply]
By samdaddycool on Jan 6, 2010 | Reply
Semoga berjaya dengan azam yang dicita. Aku pun byk juga yang lebih kurang sama mcm ko tapi aku tak tulis secara rasmi lagi.
All the best
[Reply]