8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mempunyai Blog

Masa berjalan begitu pantas dan jika kita tidak bergerak seiring dengan peredaran waktu maka besar kemungkinan kita akan ketinggalan. Macam kata-kata didalam sebuah iklan di televisyen “zaman dah berubah.., dunia dah maju” . Itu zamanlah.. tapi kita pula dimana??

Bila bercerita perihal era perubahan zaman ini aku perasan yang manusia zaman sekarang gemar membaca. Membaca buku atau majalah itu dah semestinya tetapi ada satu lagi medium lain yang rasanya hari-hari ada yang membelek dan membaca. Bahkan bukan itu sahaja, mereka boleh memberi maklum balas pula kepada apa yang mereka baca pada waktu itu juga. Menarikkan? Itulah kehebatan medium yang satu ni yang mana kita kenalinya sebagai BLOG. Disini aku huraikan beberapa sebab lagi mengapa anda perlu mempunyai blog.

Mengetengahkan Pendapat Anda

Bila telah mempunyai blog kita boleh mengutarakan apa jua pendapat mengenai perihal yang berlaku di sekeliling kita. Hal isu semasa seperti kes gejala sosial, kemalangan yang menjadi-jadi, serangan ke atas umat Islam, penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dan pelbagai lagi. Suarakan apa yang terbuku dihati anda tetapi jangan lupa menjaga etika supaya tak terjebak menjadi the next RPK. Heh!

Menjana Pahala

Bila sebut hal berkaitan pahala ni tidak semestinya blog kita tu membawakan tazkirah setiap masa. Nak buat begitu pun tiada masalah cuma apa yang aku maksudkan ialah apabila kita berkongsi sesuatu ilmu yang mampu penyelesaikan masalah orang lain berdasarkan pembacaan ataupun pengalaman kita sendiri. Macam masalah mengatasi virus didalam komputer, petua sakit gigi, tips mengekalkan kemesraan dalam perhubungan suami isteri, masalah-masalah berkenaan kereta dan banyak lagi. Bukankah menbantu orang itu juga dijanjikan pahala?. Yang penting disini hati mesti ikhlas..

Menjalin dan mengeratkan Silaturrahim

Blog akan sepi tanpa pengunjung. Untuk permulaan mungkin kita jemput kawan-kawan dan ahli keluarga untuk menjenguk blog kita. Bila kita dah mempunyai kemahiran berkomuniti secara online maka pengunjung akan semakin bertambah. Belum cerita lagi pasal pengunjung yang hadir dari ejen carian berdasarkan apa yang diperbincangkan di blog. Dari sini kita akan dapat menjalinkan serta mengeratkan silaturrahim antara pemilik dan pengunjung blog. Percaya atau tidak ada persahabatan yang terbina dengan hanya perkenalan dari blog?

Mempromosikan Sesuatu secara Percuma

Sambil berblog boleh juga kita jadikannya sebagai satu platform untuk kita promosikan sesuatu. Mungkin jika kita adalah seorang agen insuran ataupun ada kemahiran membuat kek dan muffin ataupun mungkin juga mempunyai produk sendiri. Maka segalanya boleh dimasukkan didalam blog. Bila blog itu kepunyaan kita, sudah tentulah tiada kos yang perlu dikeluarkan untuk promosi semua tu.

Mengasah Kemahiran Menulis 

Dengan mempunyai blog sendiri. Kita boleh memantapkan kemahiran menulis. Jika kita kerap menulis dan pada masa yang sama banyak membaca penulisan dari mereka-mereka yang berpengalaman lama kelamaan penulisan kita juga akan bertambah baik. Syaratnya perlulah sentiasa mengunjungi blog-blog lain, tengok gaya penulisan mereka serta cara mereka menyampai informasi. Bukan untuk tiru bulat-bulat kaedah mereka tetapi menambah mana yang kurang pada kita. Mungkin dari situ kita boleh hasilkan sebuah buku pula?

Menambah Pengetahuan

Bila telah mempunyai blog sudah tentu kita tak mahu biarkan ianya tak dikemaskini dalam satu tempoh jangka masa yang lama jadi kita boleh sahaja membuat entri baru berdasarkan apa yang kita baca, lihat ataupun alami. Bila kita menulis semua sesuatu perkara tu secara tak langsung ianya akan lebih kekal diingatan disamping pengetahuan kita juga menjadi semakin bertambah.

Memberi Pendapatan Sampingan

Dah selalu sangat kita dengar tentang blog menjadi salah satu sumber pendapatan. Ada pelbagai program baik antarabangsa mahupun tempatan yang mampu menyalurkan dollar dan ringgit ke kocek kita. Selain dari itu kita juga boleh mempunyai pendapatan sampingan setiap bulan dengan hanya menyediakan ruang iklan untuk mereka-mereka yang berminat. Untuk mencapai tahap itu kerja-kerja mengoptimasikan perlulah dilakukan terlebih dahulu supaya mampu menarik orang lain untuk beriklan disitu. Semuanya tak sesukar mana jika kita tahu caranya.

Menghiburkan Hati

Betul ke ni? Sememangnya.. kerana bila dah sampai ke satu tahap kita akan rasakan aktiviti blogging ini sesuatu yang menghiburkan. Pada masa inilah akan terasa susah hati kalau tak kemaskini dalam satu hari. Tambah pula jika pengunjung telah semakin ramai. Ada telatah mereka yang mungkin akan mengundang senyum dibibir kita. Mereka juga boleh menjadi tempat untuk kita sandarkan pendapat berkenaan sesuatu kemusykilan. Pendek kata.. memang syoklah!

Amacam? Dah Bersedia untuk mempunyai blog? 

Bagi sesiapa yang masih lagi tak memiliki blog dan masih lagi tak tahu bagaimana ingin memulakannya disini ada satu berita baik. Pada FEBRUARI 2010 nanti akan diadakan satu Bengkel Asas Blogging yang di buat khas untuk anda. Bengkel ini diadakan selama dua hari yang mana objektifnya adalah sememangnya untuk menyalurkan ilmu bagaimana untuk anda membina blog .com sendiri. Yang menariknya segala domain serta sokongan hosting selama setahun untuk bakal blog anda nanti diberikan secara PERCUMA! Dapatkan maklumat lanjut berkenaan bengkel ini di laman rasminya www.bengkelblogging.com.

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. 7 + 1 Sebab Mengapa Saya Mahu Berhenti Kerja Makan Gaji “Sungguh ke ko nak berhenti kerja dan fokus sepenuhnya...
  2. Sudahkah Blog anda diwasiatkan..? Pernahkah ada terdetik dihati kita andainya ajal menemui kita pada...
  3. 4 Kesilapan yang membuatkan pengunjung setia blog anda lari Bila sudah mempunyai blog. Antara perkara yang mungkin boleh...
  4. Anda dah Potong… P1 Wimax? “ Awak cubalah letak diri awak sebagai pengguna. Awak...
  5. Bersediakah Anda keluar dari Zon Selesa? “Ekonomi dah tak berapa stabil sekarang, aku ingat nak cari...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

36 Comments

  • At 2010.01.03 20:47, titan said:

    dengan blog, memang macam-macam boleh buat..

    • At 2010.01.03 23:12, nuaeman said:

      Ya betul tu.. kata-kata dari orang yang memberitahu aku satu ketika dulu supaya membuat blog

    • At 2010.01.03 22:03, topo said:

      point menjana pahala tu best.. :D

      • At 2010.01.03 23:13, nuaeman said:

        Selalu orang ingat blog mampu menjana duit jee kan.. walhal ada yang lebih hebat dari itu.

      • At 2010.01.03 23:07, boy_bersahaje said:

        Nanti buat la pulak bengkel kat Perlis bro. Leh jalan-jalan Langkawi pulak. Kihkihkih

        • At 2010.01.03 23:13, nuaeman said:

          Langkawi..?? boleh boleh.. ko sponsor boleh? :)

        • At 2010.01.04 11:17, diyana said:

          nice entry. aku blog walaupun cerita simple2 tapi still dapat collect nuffnang and adsense… so blogging RAWKS! hehehe

          • At 2010.01.04 13:27, nuaeman said:

            Banyak dapat adsense last month kak? bolehlaa belanja kita.. heh!

          • At 2010.01.04 13:14, taukey said:

            kalau sesiapa yang baru nak buat blog ada baiknya join bengkel. Aku belajar dari Blogspot dulu lepas tu beli ebook, lepas tu trial n error. macam macam benda salah. Selalu kena redo. Sekarang ni ok ar sikit. hehehehe

            • At 2010.01.04 13:28, nuaeman said:

              Perjalanan kita lebih kurang.. aku pun bermula dr blogspot..

              • At 2010.01.06 21:05, samdaddycool said:

                Aku juga dari blogspot.. tapi lom convert lagi.. hik.. hik..

                • At 2010.01.08 07:07, nuaeman said:

                  Bila nak convert tu sam..? lama dah aku tunggu ni.. heheh

                  • At 2010.01.08 07:12, samdaddycool said:

                    Sikit ari lagi.. tapi aku ada satu soalan.. cth blog baru aku ni http://www.ahmadiqbal.net/, guna hosting blogger. Kalau misal aku buat bid sponsoredreview, still dikira blogspot ke tak?

            • At 2010.01.04 13:23, Al-Faizal said:

              salam..aku memula tak paham ape kat blog ni, mcm takde ape je.. tapi bila aku layan lama2 mmg best r..tak sangka lak…so bagi sape2 yg gemar dgr crita aku jom follow aku k…jumpa kat sana..

              • At 2010.01.08 07:08, nuaeman said:

                salam kenal faizal.. blog hang pun best gak..

              • At 2010.01.04 13:37, Kujie said:

                rasa pengetahuan lebih dari kwan2 sekitar yg tak ada blog

                • At 2010.01.08 07:13, nuaeman said:

                  Kak jie dah jadi pakar.. byk juga saya belajar dr blog kak jie tu.. ingat nak jadikan contoh dlm bengkel saya nanti.. boleh ye kak jie..? contoh blog makcik blogger pun traffik boleh mencanak-canak.. hehe

                • At 2010.01.04 16:55, samanosuke_04 said:

                  dalam bebanyak point, aku suka part yang menjana pahala ngan menjana pendapatan sampingan.. haha, cam tak ikhlas lak aku bblogging

                  • At 2010.01.05 13:12, nuaeman said:

                    Apsal tak ikhlas pulak.. :)

                  • At 2010.01.04 18:25, Sain-Web.Com said:

                    first time koman kat sini…saya pun baru je ada blog…memang betul apa yang bro nuaeman cakap..blog mempunyai pelbagai fungsi..

                    • At 2010.01.05 10:38, nuaeman said:

                      Ya betull.. hah sain berapa ya disember punya income.. heh :)

                    • At 2010.01.05 02:18, zool said:

                      Macam2 ada..
                      terpulang memasing punya matlamat..

                      • At 2010.01.05 13:12, nuaeman said:

                        Betu tu zool.. terpulang pada matlamat masing2..

                      • At 2010.01.05 09:04, muhafis said:

                        memeberi pendapatan sampingan tue muhafis sokong sgt2..
                        sebab nye ak letak
                        banner rahsia temuduga kerajaan tue, free2 ade org beli dr link ak.. alhamdulillah, best nya.

                        • At 2010.01.05 13:11, nuaeman said:

                          Mehlaa datang bengkel aku.. :) ko kat mana skrg

                        • At 2010.01.05 10:32, DaHLia said:

                          blogging juga mengurangkan memory dlm hard disk kepalaku…haha…teringin nk pakai domain sendiiri gak sbb takut nnti mana tau tetiba blogspot jd kedekut, amek balik space dia kan..huhh

                          ok, akan ku hit bengkeblogging.com :)

                          • At 2010.01.05 10:37, nuaeman said:

                            Boleh saja Dahlia.. segala content dalam blogspot itu pun boleh terus ditransfer ke blog.com.

                          • At 2010.01.05 10:57, abdfatah said:

                            berhiburlah dengan blog anda dengan suka hatinya sambil tambah pendapatan secara sambilan…

                            • At 2010.01.08 07:10, nuaeman said:

                              Best pulak ayat ni.. :)

                            • At 2010.01.05 11:23, Sain-Web.Com said:

                              hehehe, soklan maut…adalah dalam $600++++…Bro mesti lagi byk kan..

                              • At 2010.01.05 13:11, nuaeman said:

                                Banyak tu.. bila nak mai JB belanja kitaorang nasi ayam penyet.. hehehe

                              • At 2010.01.06 20:16, cyza said:

                                Memang betul sumer tu bro….Well done…amcam project kita?

                                • At 2010.01.08 07:10, nuaeman said:

                                  Projek kita in progress.. Amacam projek kita? aku pulak tanya.. hehe

                                  • At 2010.01.08 08:44, cyza said:

                                    Haha…aku ingat ko kata nak buat outline for it…. tapi takpe…kalau payah, kita jumpa dan bincang, lebih senang dan cepat kot…

                                • At 2010.01.07 21:41, jawatan kosong said:

                                  Paling manarik bisa buat tambah pendapatan secara sambilan.. :D

                                  • At 2010.01.08 07:11, nuaeman said:

                                    Yaaa.. bisa.. bisa…

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)