7 + 1 Sebab Mengapa Saya Mahu Berhenti Kerja Makan Gaji


Ditulis pada January 15, 2010 – 12:56 pm | Oleh nuaeman
Share

“Sungguh ke ko nak berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada bisnes sendiri?”

Ramai kawan-kawan yang bertanya soalan begini kepada aku bagi mendapat kepastian apakah aku benar-benar serius dengan hasrat yang satu ini. Aku tak tahu bagaimana nak jelaskan lagi bahawa aku sememangnya serius dan aku yakin aku mampu melakukannya. Rasanya jika sekarang ini aku masih bersatus ‘bujang’ mungkin telah lama aku angkat kaki dari tempat aku bekerja sekarang tetapi bila telah memegang ‘title’ suami dan juga ayah ni maka banyak juga perkara aku harus pertimbangkan sebelum membuat apa-apa keputusan. Ada beberapa sebab mengapa aku rasa begitu meluap-luap untuk tinggalkan dunia makan gaji ini.

Fokus Pada Minat

Biasanya kualiti kerja kita lebih baik jika kita lakukan sesuatu yang kita minat . Oleh sebab itu aku percaya yang aku boleh berjaya sekiranya aku terus menumpukan kepada apa yang aku minat. Bila kita tahu potensi dari minat kita tu boleh menghadirkan sesuatu insya_Allah rasa risau untuk tinggalkan dunia makan gaji ni mula hilang.

Bebas Mengurus Masa Sendiri

Bila bekerja makan gaji sudah tentu terikat dengan masa yang ditetapkan oleh pihak majikan. Biasanya sekitar 8 pagi hingga 5 petang. Jadi untuk aku yang tinggal jauh dari tempat kerja ni kenalah bersiap awal dan terkadang begitu membosankan bilamana tersekat di traffic jam di awal-awal pagi macam tu. Adakala nak terlelap pun ada oleh sebab perjalanan yang agak jauh ke tempat kerja. Bukanlah bermakna bila tidak bekerja makan gaji nanti boleh membuta sampai ke petang. Perlu disiplinkan diri juga cuma kita bebas menguruskan masa sendiri kerana tiada lagi orang yang mengarah-arah buat itu dan ini.

Politik Pejabat

Kita dah tahu politik dekat luar tu memang kotor tetapi politik dalam pejabat pun tak kurang jijiknya. Aku memang cukup benci dengan komplot-komplot menjatuhkan orang ni. Tak boleh ke kerja sebagai satu pasukan dan tak perlu ada agenda tersendiri sehingga sanggup burukkan orang lain demi mencapai hasrat peribadi. Benda-benda macam ni yang buat kerja makan gaji menjadi lebih tidak seronok. Kadang-kadang kita akan rasa macam nak melangkah keluar terus tanpa bagi apa-apa surat perletakan jawatan atas sebab bengang sangat dengan perkara-perkara macam ni.

Prinsip Keadilan yang Pupus

Benda-benda macam ni ada kaitan dengan politik dalam pejabat. Satu yang aku nak sentuh pasal kenaikkan gaji. Terkadang orang yang datang kerja mengabiskan masa tu pulak boleh diberi perhargaan lebih dari mereka-mereka yang memang buat kerja. Hal-hal diskriminasi ni biasa sangat berlaku dan rasa tidak puas tentunya akan wujud sesama pekerja. Nak cakap lebih tak boleh sebab status kita pun makan gaji yang nasibnya tak ubah bagai mentimun.

Hal-Hal Syubhat Dalam Kerja

Selalunya kalau kerja makan gaji ni banyak ruang untuk perkara-perkara syubhat berlaku yang memungkinkan rezeki kita terima tak berkat. Maklumlah kita bekerja dengan orang jadi sudah tentu terikat dengan jadual kerja maka bila kita rehat lebih dari masa yang diberi, lepak berbual-bual masa waktu kerja, tengok internet ketika waktu bertugas ianya boleh dikatakan telah melanggar TOS juga walaupun mungkin nampak ringan. Itu belum masuk lagi yang bawak balik perkakas pejabat ke rumah macam alat-alat tulis, kertas-kertas A4 dan sebagainya. Agak-agak berkat ke semua tu..?

Segalanya Perlu Izin Bos

Terutama sekali dalam hal cutilah. Terkadang mak sakit kuat kat kampung pun kita hanya boleh bercuti sehari. Kita akan jadi serba salah bila berlaku macam ni. Lagi sakit hati kalau cuti kita dipersoalkan walhal sesuatu tu memang berkehendakkan kita mengambil cuti. Nak buat macammanakan sebab segalanya perlu izin Bos…

Menjadi Fulltime Father

Aku memang berhasrat untuk menjadi seorang ayah sepenuh masa. Hantar dan ambil sendiri anak ke sekolah. Setiap Jumaat boleh bawa anak-anak ke Masjid untuk bersolat Jumaat sebagaimana ayah aku pernah lakukan pada aku satu ketika dulu. Walaubagaimanapun bisnes tetap bisnes cuma ini hasrat sampingan yang aku kepingin sekali untuk merasainya.

Aku tak diberi cuti hari ni….

Aku sedar siapa diri aku. Aku bukan AGONG untuk diberi keistimewaan dan syarikat yang aku bekerja ni pulak bukanlah milik aku . Tetapi hanya satu cara untuk aku mendapat keistimewaan sekiranya menempuh hari sebegini pada masa-masa akan datang iaitu dengan bekerja sendiri. Hari ini sedikit bermakna bukan saja kerana ianya hari Jumaat dan bukan hanya akan belakunya gerhana matahari cincin tetapi hari ini juga adalah HARI LAHIR AKU… hanya dengan bekerja sendiri sahaja aku boleh beri cuti umum pada diri aku untuk hari macam ni. Err.. ada sesiapa nak bagi hadiah ke? Heh!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mempunyai Blog
  2. Bila berkira-kira kerja jadi tak terkira…
  3. 9 Perkara yang mahu dicapai pada 2010
  4. Ayah Saya Seorang Blogger Cikgu..
  5. Aku bukan sengaja tak mahu reply Komen di blog ni..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 33 Responses to “7 + 1 Sebab Mengapa Saya Mahu Berhenti Kerja Makan Gaji”

  2. By hafizmd on Jan 15, 2010 | Reply

    Penjelasan yang cukup detail..memang benar bile kita dah ade amanah lain di sisi, semua tu termasuk dalam pertimbangan kite yg paling teratas..

    Walaubagaimanapun, sayepun teringin juge bekerja sendiri..tp bukan buat mase sekarang..kenape?

    1)Fokus Pada Minat
    Kerja yg saye buat sekarang ni memang saye minat..kalau tak minat jenis kerje nie..memang tak boleh jalan punye..huhuhu..

    2)Bebas Mengurus Masa Sendiri
    Alhamdulillah, majikan saye memang bagi fleksibiliti yg amat baik..cume kitela kene pandai menguruskannye..

    3)Politik Pejabat
    Perkare memang ade, tp tak begitu ketara sebab mungkin kami 1 kepala dan tak reti nak berpolitik..bukan boleh bg kami kenyang pun..hehe

    4)Prinsip Keadilan yang Pupus
    Alhamdulillah juge, majikan cukup baik dan bermurah hati bagi ape2 ganjaran jika hanya jika saye perform dam meet kpi..kalau tak..sayonara..

    Yang lain-lain tuh..memang tak dinafikanla..huhu..

    p/s: Selamat Hari Lahir yg ke-????..moge sentiasa murah rezki, bhgia dunia akhirat..ameen..

    p/s lagi: Jom tengok gerhana matahari pkul 3 ptg nie..:D

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Jan 15, 2010 | Reply

    Happy bday bro!

    p/s- semuanya aku setuju kenapa syoookkkkk giler kerja sendiri.

    [Reply]

  4. By rohaizad on Jan 15, 2010 | Reply

    Mat, apa pun kenyataan yang harus di terima… kita kena akui. Termasuklah kenyataan yang ko dah makin tua…. Mat. ahahahah

    p/s: kenapa aku rasa macam kena perli dengan ayat aku sendiri nih?

    [Reply]

  5. By taukey on Jan 15, 2010 | Reply

    kau boleh punya bro. sekarang pun aku tengok kau dah bergerak maju dan aku ucapkan tahniah. Aku gerenti kau akan berenti kerja dan bekerja sendiri nanti. Apa apa pun gud luck dan selamat hari jadi bro

    [Reply]

  6. By cyza on Jan 15, 2010 | Reply

    Bro, semua point yang ko cakap tu betul…aku pun nyaris2 nak buat full time online biz.

    Dan antara benda yang membuatkan aku rasa sama antara ko dan aku adalah nak bawak anak laki aku solat jumaat….dan alhamdulillah…tercapai. Anak jantan aku 8 tahun sekarang dan aku berjaya membawanya ke solat jumaat selalu…

    kalau aku tak kerja dkt anak aku, masakan aku dapat membawa anak ku solat jumaat…

    Cuma, dah rezeki aku kerja dekat rumah berbanding dulu, 50km dari rumah…sekarang cuma 14 minit dari rumah…

    buat phd dan jadi profesional engineer pulak memanglah cita2 aku…disamping berjaya dengan online biz…

    so, nampak gaya aku kena pandai2 balancekan career aku dan online biz aku….

    memang penat dan serabut gak…huhu sebab kena balance kan juga dengan bini dan anak2…

    [Reply]

  7. By cyza on Jan 15, 2010 | Reply

    Ops lupa pulak…adakah aku orang pertama wish ko happy besday?

    [Reply]

  8. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    aku menerima kenyatan yang aku dah makin tua.. hehe.. tapikan.. at least aku dah ada pewaris…

    Ni ada yang makin tua.. calon pun tak nampak lagi ni.. camne pulak..? hahaha.. jangan mare aa..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    terimas… bro..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    Apapun memang benar.. persekitaran yang baik akan memberi kita satu galakan untuk memberikan yang terbaik.. kalaupun mungkin minat kita kurang kita akan tetap cuba hadirkan sehingga kita benar-benar minat.. aku rindukan suasana kerja sebagaimana yang ko rasakan itu Hafiz.. :)

    [Reply]

  11. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    Terima kasih taukey.. aku juga doakan ko berjaya.. suapaya kita sama-sama bergerak maju..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    orang pertama wanmus… huhu..

    [Reply]

  13. By cyza on Jan 15, 2010 | Reply

    Maybe aku orang ke-2…

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    seronokkan yek dapat bawak anak bersama-sama ke Masjid..

    oklah..kerja ko skrg dekat ngan rumah.. aku ni pulak yang 50 km dari rumah.. mengantuk betul kalau bawak keta tu..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jan 15, 2010 | Reply

    Mungkin…. hehe.. ada 4 orang semalam.. wanmus, ko, smartzul ngan mazuki..

    [Reply]

  16. By cyza on Jan 15, 2010 | Reply

    Takpe…..kalau dah niat, insyaAllah akan Allah bantu…
    aku niat camtu, dan sekarang shukur, Aku dpt bawak anak aku ke masjid…kalau tak sapa nak bawak?

    [Reply]

  17. By Ezad on Jan 16, 2010 | Reply

    Selamat Hari Tua Nuaeman,
    Sebagai kawan aku mendoakan yang terbaik untuk ko, aku rasa semua rakan-rakan blogger juga mendoakan yang terbaik utk ko dan keluarga, hadiahnya ialah lawan futsal la baru dapat hadiah..hahaha

    [Reply]

  18. By Kujie on Jan 16, 2010 | Reply

    bila dah siap senarai macam ni – kata kunci akhir adalah ‘tanggungjawap’

    moga dirahmati Allah sekeluarga – selamat ulangtahun kelahiran

    [Reply]

  19. By titan on Jan 16, 2010 | Reply

    nak tak nak, kena telan ajelah. inilah hakikat hidup bergaji tetap..

    [Reply]

  20. By mohdnazet on Jan 16, 2010 | Reply

    sabar.. masanya akan tiba nanti untuk bekerja dan urus masa sendiri.. Apapun hepi besday. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

    [Reply]

  21. By Lisahw19 on Jan 17, 2010 | Reply

    If you go on with your investigation associated with this good post, I will surely buy thesis abstract in the thesis writing service online.

    [Reply]

  22. By Jmay on Jan 17, 2010 | Reply

    Huhu..semoga sukses selalu bro.. happy belated birthday :D

    [Reply]

  23. By boy_bersahaje on Jan 17, 2010 | Reply

    uuuuhhhh pedasnye…

    [Reply]

  24. By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply

    Tima kasih.. kita sama sama tua..

    [Reply]

  25. By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply

    Terima kasih.. moga tahun ni hang dapat buat duit lebih byk dr internet.. :)

    [Reply]

  26. By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply

    Terima kasih Jmay

    [Reply]

  27. By samdaddycool on Jan 19, 2010 | Reply

    aku dah takde adik pompuan nak buat Ijad jadik ipar aku.. :P

    [Reply]

  28. By samdaddycool on Jan 19, 2010 | Reply

    50km dari rumah… mak aiiii… memang sikit lagi dah boleh jadi musafir..

    [Reply]

  29. By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply

    Adir Ipar ko takde ke sam? yang sekolah rendah pun ok.. ape..

    [Reply]

  30. By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply

    Tau takpe.. huhu..

    [Reply]

  31. By nuaeman on Jan 19, 2010 | Reply

    Itulaa.. kalau masih takde apa-apa yang menjaminkan.. terpaksalah telan dahulu.. andai esok-esok dah ada peluang lebih baik.. baru buat keputusan

    [Reply]

  32. By samdaddycool on Jan 20, 2010 | Reply

    hmmm.. ada juga :P

    [Reply]

  33. By msarbin on Jan 21, 2010 | Reply

    Aku juga punya impian ingin menjadi fulltime father. Bebas mengurus masa dan ingin anak2 aku home school. :)

    [Reply]

  34. By Hanafi Wawi on Aug 12, 2010 | Reply

    Memang bagus tips yang diberikan tu dan sangat berguna kepada saya yang merancang nak berhenti kerja.
    Hanafi Wawi recently posted..Kategori Model Perniagaan InternetMy ComLuv Profile

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled