Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini!
Ditulis pada April 30, 2009 – 12:51 pm | Oleh nuaeman Share
Minggu ni adalah minggu yang agak membosankan dan meletihkan untuk aku. Tiba-tiba diserang demam beserta sakit tekak,batuk dan selsema menjadikan permulaan minggu hari tu aku terus terlantar. Tak terdaya langsung nak bangun bergerak kemana-mana. Malamnya baru aku ada kekuatan sedikit untuk ke klinik dan dapatlaa MC dua hari.
Apapun dua hari tu belum cukup untuk aku pulih sepenuhnya. Yang tak bestnya bila nak buat apa-apa kerja pun jadi macam beku kepala otak ni. Apalagi nak update blog. Semalam berejam jugak aku habiskan masa depan komputer . Terima Kasih buat life4hire kerana sudi menjadi teman berbual aku semalam dan salam takhziah juga aku sampaikan buat dia serta penyokong-penyokong kuat Arsenal. Nasib baikla masuk satu jee malam tadi.. kalau tak, dah terus berkubur peluang tuh. Kita tengok minggu depanlaa.. camne nasib anak buah Arsene Wenger eak.
Hari ni kepala aku masih buntu tetapi dah boleh mula menulis sedikit mungkin kerana berita gembira Man Utd menang awal pagi tadi. Bila aku terbaca pulak satu entri di blog rohaizad sekejap tadi maka tergerak dihati aku nak kira berapa jumlah pendapatan dari blog yang telah aku perolehi bulan ini. Kira punya kira tak aku sangka setakat ini yang telah diterima adalah usd 471 dan masih ada lagi 48 usd yang belum dihantar ke akaun paypal aku menjadikan jumlah kasar keseluruhan setakat ini usd 519 ataupun RM 1816.50. Boleh dikatakan melebihi dari sasaran aku yang hanya baru 5 bulan bergerak dengan blog-blog ini. Jumlah ini juga boleh dijadikan satu motivasi untuk terus fokus kepada mereka-mereka yang baru menyertai Personal Coaching yang dianjurkan oleh Rohaizad.com.
Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat untuk rezeki ini. Pada masa yang sama aku juga menunggu kalau-kalau ada 1 atau 2 jualan masuk di clickbank untuk dapatkan check. Ini semua tidaklaa buat demam aku terus baik tapi sekurang-kurangnya memberi senyuman dibibir aku bagi merancang agenda seterusnya di bulan depan. Banyak lagi yang aku harus pelajari sebenarnya….
Entri Berkaitan:























36 Responses to “Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini!”
By Jeketb on Apr 30, 2009 | Reply
tahniah..satu pencapaian yg baik menjana wang dengan blog review ni..ko amik PC dgn rohaizad tu brape dia charge? program ape yg ko join??
(“,)
[Reply]
By Rizal on Apr 30, 2009 | Reply
wahh… semakin meningkat… bagus2
[Reply]
By hazman aka species1980 on Apr 30, 2009 | Reply
perh….dasat tu….mewah gak la bulan nie…kan
hazman aka species1980’s last blog post..IBUBAPA – itulah permulaan kita…..
[Reply]
By Remi on Apr 30, 2009 | Reply
dalam gmbar tu program ape yg ko dpt income???
bkn adsense kn?
[Reply]
By Mindaku Di Sini on Apr 30, 2009 | Reply
banyak sangat tuh sampai USD500…haha…tak leh jadi nii…
takpe la arsenal kalah smalam…tp gol tuh sungguh sengal…muakkakkakaka
Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang
[Reply]
By samdaddycool on Apr 30, 2009 | Reply
Tahniah… Aku tumpang bangga dengan pencapaian ko. Teruskan usaha and alll the best
samdaddycool’s last blog post..Masbuk ketika solat Jumaat
[Reply]
By titan on May 1, 2009 | Reply
hoho. tahniah. Aku yakin ko bulihh.
[Reply]
By Shaffik on May 1, 2009 | Reply
Tahniah bro. Samalah dengan aku. Target lepas.. lebih sikit rezeki bulan ni. Tapi yang penting game belum abis lagi. Arsenal akan bangkit..
[Reply]
By abdfatah on May 1, 2009 | Reply
wahduh… makin mantap semakin mengalir deras income usd…
[Reply]
By Fazli S on May 2, 2009 | Reply
wa.. tahniah bro.. bulan ni naik ke $700+ tu
Fazli S’s last blog post..Make Money Online – Brand New Paid Survey Site
[Reply]
By abgzol on May 3, 2009 | Reply
Pergh! Banyak tu..terlior jugak ni
memang betul ler kata orang “usaha itu tangga kejayaan”. Tahniah..nuaeman!
[Reply]
By catzer on May 3, 2009 | Reply
Rezeki baby ni..hehehe..bapak demam takpe janji rezeki jalan. Skang ni mmg musim demamlah, aku teman kawan pi klinik pergh..beratur panjang sampai akupun nak demam.
catzer’s last blog post..Boroi Itu Bahagia?
[Reply]
By john on May 3, 2009 | Reply
ingat lagi zaman-zaman ko ngn aku sama2 mencari rentak.. cayalah bro.. keep it up!!!
john’s last blog post..Just Let Her Go Even She is Susan Boyle Thou!
[Reply]
By Abu71 on May 3, 2009 | Reply
Tak sia-sia la gi Personal Coaching tu….
[Reply]
By eyeman on May 3, 2009 | Reply
hoho. tak sia-sia personal coaching too.
eyeman’s last blog post..Watch Lasik Eye Surgery in 6 minutes
[Reply]
By areryp on May 3, 2009 | Reply
bro…leh bg tips x cara yg paling mudah utk aku jana usd melalui blog? dpt 50usd sebulan pon ok la..utk permulaan..
[Reply]
By nuaeman on May 5, 2009 | Reply
Charge boleh tengok dekat rohaizad.com..
[Reply]
By nuaeman on May 5, 2009 | Reply
Bolehlaa setakat nak beli kentang KFC tu.. hehehe
[Reply]
By nuaeman on May 5, 2009 | Reply
memang bukan adsense.. ini semua hasil dari blog advertising
[Reply]
By nuaeman on May 5, 2009 | Reply
Harap Arsenal kalah lagi malam ni.. hehehe
[Reply]
By Mindaku Di Sini on May 5, 2009 | Reply
tetiba plak ko rajin reply msg ari ni kan? motif ? hahahaha
Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang
[Reply]
By nuaeman on May 6, 2009 | Reply
Haah, terasa rajin plak.. dan ari ni aku bertambah rajin rasanya.. hehehe taknak ucap tahniah kee kat aku..:)
[Reply]
By Mindaku Di Sini on May 7, 2009 | Reply
haha…sial la..tahniah Man U masuk final..muakakkaka
Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang
[Reply]
By baloot on May 10, 2009 | Reply
salam,
ni komen 1st aku n 1st time aku lawat blog ni.
salam kenal ye..
hmmm… tahniah bro atas perolehan yang ko dapat tu hasil dari blog. hehe.. banyak jugak tu $500. blog2 aku nak cecah $500 pun amik masa 1bulan jugak… tapi bukan hasil drp clickbank, tapi program affiliate lain..
adios!
baloot’s last blog post..Joomla Tutorial Video: Creating Content (Part 3)
[Reply]
By ohmelayu | melayuboleh on May 10, 2009 | Reply
congratulation. What you give, you get back.
ohmelayu | melayuboleh’s last blog post..Petai dan Sambal Petai: Ulam Kegemaran Orang Melayu Boleh
[Reply]
By jawatan kosong on Jan 8, 2010 | Reply
Wah tahniah ya.. benar2x hebat ni bole dapat USD$$$
[Reply]
By donny on Mar 21, 2010 | Reply
wah..banyak tue.boleh gtaw camne dpt usd sebanyak tue trima kasih.
[Reply]
By nuaeman on Mar 22, 2010 | Reply
Kena pegi rohaizad punya seminar tu Donny..
[Reply]