Utusan dari John Connor
Ditulis pada September 16, 2009 – 3:24 pm | Oleh nuaeman Share
Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tanpa diduga minggu lalu kotak emel aku menerima satu mesej dari seseorang yang namanya seperti sudah biasa kedengaran, John Connor. Tetapi apakah dia adalah orang yang aku kenali itu, yang mana merupakan anak kepada Sarah Connor, seorang wanita besi yang menjadi buruan oleh mesin pembunuh masa depan kerana dari rahimnya akan lahirnya seorang wira yang akan mengetuai kumpulan pertahanan manusia di masa depan dari dimusnahkan oleh robot. Fuh! pening… apapun wira masa depan itulah John Connor.
Tapi ape ke he nye pulok di hantor email kat aku..? Mungkin juga kerana aku ada berurusan dengan Skynet tetapi Skynet ini bukanlah yang mencipta Cyborg atau mesin pembunuh yang bernama ‘Terminator’ tu. Skynet ini hanyalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan menghantar surat dan bungkusan. Habis tu apa misi sebenarnya yang dia hantar utusan kepada aku. heh!
Apalaa aku merepek kat atas tu eak.. sebenarnya ini adalah John Connor yang berbeza dan kandungan emailnya itu adalah semata-mata nak beri ‘job’ kepada aku untuk memasukkan entri yang ditulisnya ke blog english aku yang sedia ada. Ini adalah kali ketiga dia menghantarkan kerja yang serupa kepada aku. Kerjanya terlalu mudah yang mana kita hanya perlu ‘copy’ artikel yang diberikan kemudian ‘paste’ ke blog kita sebagai entri terbaru. Setiap artikel akan dibayar 5 usd. Oklah pada aku ,kerana jika dulu semasa menulis artikel aku perlu tulis artikel sepanjang 500 perkataan untuk mendapat nilai yang sama tetapi untuk ini kerjanya hanya memerlukan 2-3 minit sahaja.
Selesai sahaja lakukan apa yang disuruh aku terus sahaja membalas email si John Connor ni. Selang beberapa minit akaun paypal aku dah berisi. Takde fee pulak tu.. bestnya..
Rezeki Ramadhan.. walau tak banyak mana tapi..
Alhamdulillah..
sape nak bagi kita duit senang-senang kan..
Entri Berkaitan:

























4 Responses to “Utusan dari John Connor”
By zaryl on Sep 16, 2009 | Reply
hampeh sungguh ulasan john connor ko tu. haha
skynet ye? hehe. ces
USD5 tuu. rejki rejki. Alhamdulillah.
salam aidilfitri buat seluruh family ko bro. ikhlas dari family aku
maaf kami pohon jika tersalah tersilap selama ini ye.
[Reply]
By Kujie on Sep 17, 2009 | Reply
Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin
Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada nuaeman & keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Sep 17, 2009 | Reply
hahaha, taniah nuaeman,
lps nie INSYAALLAH,aku pon akan dpt utusan dr John Connor jugak
[Reply]
By faisalhanim on Sep 18, 2009 | Reply
jaga2 bro..nnti dia antar robot serang umah ko..usd5 tue perangkap jer tue..hee
[Reply]