Untungnya bersosial dan menyertai online contest


Ditulis pada October 13, 2009 – 5:22 pm | Oleh nuaeman
Share

Bersosial dan menyertai contest-contest atau cabaran yang dijalankan secara online di blog rakan-rakan ataupun website serta forum boleh juga menjadi salah satu sumber rezeki kepada kita. Kalau kita benar-benar nak mencari rezeki dengan kaedah ini rasanya memang tiada masalah cuma kena sentiasa ‘alert’ dengan contest-contest yang dijalankan setiap bulan. Kalau mahukan hadiah lebih lumayan maka cari sahaja blog-blog ataupun website-website luar yang kelolakan contest.Pastinya kalau hadiah wang tunai tu dalam nilai usd.

Di blog tempatan sahaja sebenarnya pun banyak kalau kita pandai cari. Macam sekarang ni ada cabaran pengkomen terbanyak di Berita Semasa.com. Hadiah pun boleh tahan, hadiah pertama RM 100 tuh. Siapa nak bagi..? Di blog aku ni juga telah mengadakan satu contest pada bulan Ramadhan  lepas dan kita sendiri telah ketahui siapa pemenangnya kan. Hadiah jee diorang belum terima lagi. Sabar yee..

Aku sendiri ketika ada kelapangan bulan Ramadhan lepas telah menyertai dua contest yang dijalankan oleh blogger tempatan. Pertamanya aku menyertai Cabaran blogger Wanmus untuk buat satu review mengenai ‘blog PR0 baru 2 hari dah dapat payment’. Hadiah pertama 30 usd tetapi aku hanya berjaya menduduki tempat keempat maka dapatlah 5 usd. Oklah kan duit free tu.. terima kasih wanmus!

Lepas tu aku menyertai pulak contest Ucapan Raya Kreatif 2 yang diadakan oleh saudara mazuki pemilik selangor2u.com. Ahah.. untuk contest ni aku bernasib baik sikit kerana telah dipilih sebagai pemenang dan melayakkan aku menerima duit raya dari En Mazuki kita sebanyak RM 50. Fuh! seronok gak dah tua-tua ni dapat duit raya. Terima Kasih jugak buat En Mazuki kerana sudi memilih aku sebagai pemenang dan kemenangan ini bukan kerana adanya unsur-unsur hasutan ketika Mazuki beraya dirumah aku. Heh

Kadangkala walau tak join contest pun tapi bila dah nak jadi rezeki kita ada jee benda yang akan berlaku secara kebetulan. Sambil bersosial dengan memberi komen pada blog rakan-rakan pun boleh menerima hadiah. Ini juga berlaku pada aku ketika sengaja menyibukkan diri di blog Kak Jie pada awal Ogos lalu. Terkejut juga tiba-tiba diumumkan bakal penerima hadiah misteri sebagai pengkomen ke 25000.  Hadiah yang aku terima ialah sehelai kain pelikat (Ramadhan lepas aku banyak guna kain ni untuk ke Terawih.. hehe), Sehelai kain untuk dibuat baju untuk isteri ( warnanya memang memikat isteri aku.. pandai kak jie pilih..) dan dua permainan IQ untuk Ammar, anak sulung aku yang berusia 2 tahun. ( kemana sahaja dikeleknya permainan tuh). terima Kasih Banyak buat Kak Jie.

Agak-agak rugi tak bersosial dan menyertai pertandingan online ni?. Bukannya kena modal pun kan.. kawan dapat dan paling best hadiah pun dapat. Ada sesiapa lagi nak buat contest ataupun apa-apa cabaran? Kalau nak buat bagitahulah aku ye..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Hadiah dari contest di Bluedianthus.com
  2. Ramadhan Contest datang lagi!!: Aku dan Ramadhan 2
  3. Keputusan Ramadhan Contest!!
  4. Provide Servis di Internet: Kaedah Pantas Buat Duit Online
  5. Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 10 Responses to “Untungnya bersosial dan menyertai online contest”

  2. By Kujie on Oct 13, 2009 | Reply

    Muka murah rezeki ni…rajin sungguh

    nak rajin mcm dia le juga…. :p

    Tak ada ruginya – kadang2 bukan hadiah wang ringgit tp persaudaraan

    [Reply]

  3. By belajar photoshop on Oct 14, 2009 | Reply

    memang untung. saya pon pernah join contest cam ni, tapi tak selallu menang.

    [Reply]

  4. By MyDailyBlog.Info on Oct 15, 2009 | Reply

    aku pon pernah menang peraduan menyambung cerita yg dianjurkan oleh http://bloghati.com :)

    xsangka plak boleh menang…

    [Reply]

  5. By nuaeman on Oct 15, 2009 | Reply

    kak jie taknak buat contest kee? :)

    [Reply]

  6. By nuaeman on Oct 15, 2009 | Reply

    Yang penting kita mencuba.. dan memeriahkan suasana dengan menyertai contest tu

    [Reply]

  7. By nuaeman on Oct 15, 2009 | Reply

    mydailyblog bila nak adakan contest pulak hehehe..

    [Reply]

  8. By Kujie on Oct 16, 2009 | Reply

    kak jie tak pernah buat contest, selalu bagi hadian secara mengejut saja…

    [Reply]

  9. By farahaznil on Oct 16, 2009 | Reply

    ish..jeles aku dibuatnya nih..hahahaha..dah lama aku tak msk contest..ekekekeke

    [Reply]

  10. By Become Famous Online on Jan 10, 2012 | Reply

    Great! so nice of you to share Greatfull thoughts with peoples if you know more desires like Become Famous Online visit @ Talentidols.com

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 14, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Hadiah dari contest di Bluedianthus.com

Post a Comment

CommentLuv badge