Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai


Ditulis pada April 13, 2009 – 12:52 am | Oleh nuaeman
Share

Aku bukanlah Problogger yang telah mancatat keuntungan ribuan ringit setiap bulan dari program-program yang membayar kita untuk berblog. Aku sendiri sebenarnya baru bertapak dalam bidang ini. Setelah Google membuat kemaskini dua minggu lalu dan ada beberapa blog aku yang telah mempunyai PR maka rasanya ini adalah masa yang sungguh sesuai untuk menyertai Program-program sebegitu. Dari itu aku senaraikan disini beberapa program yang akan ataupun telah aku sertai dalam usaha membuat duit dari blog.

1. Sponsor Review

Mereka terima blog-blog yang paling kurang usianya sudah 3 bulan. Mereka memberi peluang kepada blogger meletakkan harga bagi setiap review. Untuk diluluskan blog kita seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya 10 entri. Bayaran dilakukan melalui paypal.

2. Blog to Profit

Aku dah pernah menerima bayaran dari mereka. Blog yang diterima selalunya adalah yang telah 90 hari diwujudkan serta sentiasa dikemaskini paling tidak 2 kali seminggu. Ramai yang merungut tidak mendapat order seterusnya setelah melaksanakan tugas pertama ketika blog kita diluluskan. Kita boleh email kepada mereka tentang hal ini kerana mungkin atas sebab penyertaan yang banyak maka mereka terlepas pandang kepada blog kita.  Bayaran juga dihantar melalui paypal.

3. PayU2Blog

Program yang paling nak sangat aku sertai tetapi sampai sekarang tak diluluskan. Mereka biasanya membayar 5 dollar bagi setiap entri yang mempunyai 60 perkataan bersama link yang mereka sediakan. Kalau blog kita tak diluluskan mereka tak akan hantar apa-apa email pemberitahuan maknanya setakat faham-faham sendirilah kalau dua hari tiada jawapan tu rejectlah. Melihatkan kepada tugasan yang hanya 60 perkataan tu amatlah berbaloi dengan bayarannya yang mana juga menggunakan saluran paypal.

4. Blogvertise

Blog kita perlulah selalu dikemaskini serta telah berusia 30 hari sekiranya nak menyertai program ini. Terkadang mereka bagi tugasan yang berlainan dengan konsep blog kita tetapi pandai-pandailah reka entri tu supaya nampak tak lari jauh sangat. Setiap entri tu paling tidak 2 hingga 3 perenggan dan jangan lupa amsukkan link yang diberi.

5. PayPerPost

Program ini sangat popular semasa di zaman kegemilangannya. Ada blogger tempatan yang mendapat ratusan dollar setiap malam dari program ini. Setiap entri yang dibuat adalah dari 50 hingga 300 patah perkataan. Walaupun tak sehebat dulu kita masih lagi boleh membuat duit dari program ini. Kalu dah rezeki tak kemana kan?

6. Linkworth

Program ini juga tak kurang hebatnya. Ada pelbagai pilihan untuk bayaran samada paypal,check dan wire transfer. Yang bestnya blog PR 0 pun adakala diterima dan mendapat order disini. Rugilah kalau tak cuba.

7. Review Me

Untuk diterima ke program ini blog kita seharusnya perlu mempunyai kualiti dari segi trafik dan juga page rank walaupun mereka tak nyatakan secara jelas blog-blog bagaimana yang diperlukan. Bayaran juga bergantung kepada kualiti blog. Pada aku cuba dulu mohon. Dapat tak dapat itu belakang kira yang penting kita dah cuba. Apapun pastikanlah blog yang di hantar tu sekurang-kurangnya punyai kualiti.

8. BuyBlogReview

Boleh dikatakan ini bukanlah program yang terlalu bagus untuk buat duit kerana tawarannya terlalu rendah sehingga 1-3 dollar . Tetapi untuk mencuba tak menjadi masalah cuma sekarang nampak pengiklan agak berkurangan disini. Program ini menerima juga blog yang tiada PR dan agak mudah untuk meluluskan setiap blog yang dihantar kepada mereka.

9. Smorthy

Sebagaimana program paid to blog yang lain Smorthy juga tak kurang hebatnya. Program ini juga memerlukan blog yang lebih 3 bulan sebagai syarat kelayakan serta diindex oleh Google dan Yahoo. Setiap tawaran paling minimum adalah 6 dollar untuk satu entri lebih kurang 200 perkataan. Oklah tu kan.. dulu aku buat artikel 200 words baru dapat 2 dollar. Sepertimana yang lain program ini juga ada pilihan bayaran melalui paypal.

10. Loudlaunch

Satu lagi program yang boleh disertai. Syarat kelayakan bagi blog adalah telah 2 bulan beroperasi serta kerap dikemaskini. Setiap entri hendaklah berada di muka hadapan sekurang-kurangnya 14 hari. Bayaran adalah melalui paypal.

11. Bloggertiser

Program ini hanya menghubungkan antara blogger dengan pengiklan (advertiser).  Blog kita akan dipaparkan dibahagian marketplace mereka dan sekiranya ada advertiser yang berminat maka kita boleh berunding harga dengan mereka. Bayaran adalah mengikut perjanjian yang telah dibuat dengan pengiklan tetapi sebaik-baiknya biarlah yang menggunakan paypal. Mudah dan pantas bukan!

Selain dari program-program yang disebutkan di atas ada lagi program-program sebegini yang mungkin boleh dicuba

PrintnPost.com

PayingPost.com

Bloggingads.com

Snapbomb.com – katanya payment lembab nih

Bloggerwave.com

V7Ncontextual

Contextual-Style

Setakat ini itu dulu aku dapat senaraikan sebab benda ni untuk rujukan aku sendiri jugak. Mungkin ada diantara program-program tu dah tak boleh diguna lagi. Sama-samalah kita cuba. Aku juga sedang menunggu satu laporan khas tentang buat duit dari blog hasil buah tangan saudara Rohaizad. Tapi kalau berjaya buat duit dari semua program tu dan pendapatan dapat menjangkau 1000 ke 3000 usd sebulan bolehlah jadikan blogging sebagai satu kerjaya.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Senarai Dofollow blog untuk ditinggalkan jejak
  2. Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 – 3 Buah Buku Terbaru Yang Mesti Dimiliki
  3. Senarai Kod Produk Makanan yang mengandungi Lemak Babi
  4. 5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan
  5. Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai”

  2. By twenty-six on Apr 13, 2009 | Reply

    terima kasih bro kerana tak kedekut berkongsi maklumat.aku masig dalam peringkat memili program mana yang sesuai utnuk blog aku

    twenty-six’s last blog post..Download Marilyn Manson The High End of Low

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Apr 13, 2009 | Reply

    … Thanks bro.. aku akan cuba gagahkan diri review satu-satu…

    samdaddycool’s last blog post..Youtube Gambar Fasha Sandha mandi

    [Reply]

  4. By eZad on Apr 13, 2009 | Reply

    Terima kasih nuaeman.

    [Reply]

  5. By john on Apr 13, 2009 | Reply

    Haaa… inilah list yg ditunggu2. Bdw, thanks bro utk post nih. Akan akau sticky kan walaupun aku dh ada info pasal benda2 nih.. Hee..

    john’s last blog post..New Launch | Kepuasan Muktamad

    [Reply]

  6. By Shaffik on Apr 13, 2009 | Reply

    Thanks bro atas list ni..ader yang aku dah join..ader yang blom join lagi…anyway thanks..

    [Reply]

  7. By PR turun dan naik on Apr 13, 2009 | Reply

    hoho..banyak btol ko nyer paid post..aku ada gak wat sket2 tp V7N tak approve siot aku nyer blog..haha..sengal !

    PR turun dan naik’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    [Reply]

  8. By Shukor on Apr 14, 2009 | Reply

    Good info n nice blog bro…

    Shukor’s last blog post..5 Deria Seorang Usahawan

    [Reply]

  9. By ilhamputra on Apr 15, 2009 | Reply

    thanks.info yang sgt bagus.

    [Reply]

  10. By Richie on Apr 15, 2009 | Reply

    tq2… senang aku nak tgok senarai2 ni utk projek akan datang..hehe

    Richie’s last blog post..Panduan Cinta Untuk Wanita

    [Reply]

  11. By sofea on Apr 15, 2009 | Reply

    menarik ni..tapi bila la saya nak mula menulis secara consistent ni..

    [Reply]

  12. By hazman aka species1980 on Apr 15, 2009 | Reply

    Listing yang patut disertai….kena mantapkan bahasa inggeris dulu nie…:)

    hazman aka species1980’s last blog post..Tanda si dia ‘POKET KERING’

    [Reply]

  13. By maillapu on Apr 17, 2009 | Reply

    klu korg nk tengok program2 yg tidak melakuan scam leh msuk sini http://pa8myclub.blogspot.com/

    [Reply]

  14. By titan on Apr 18, 2009 | Reply

    hoho. kebanyakkanya aku dah join. Memang leh wat duit. :)

    [Reply]

  15. By imran on Feb 7, 2010 | Reply

    masih banyak lagi benda yang belum saya explore dalam blog rupanya :o

    [Reply]

  16. By ridethetide on Feb 9, 2010 | Reply

    banyak2 program kat atas…..ada tak yg terima blogspot

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jan 5, 2010: Blog Nuaeman » Blog Archive » Benarkah Blogadvertisingstore tidak membayar bloggers?

Post a Comment

CommentLuv Enabled