Rezeki Tak Disangka : Hadiah 100 USD dari Paypal
Ditulis pada March 24, 2010 – 11:39 am | Oleh nuaeman Share
Ini yang dinamakan rezeki yang tak disangka-sangka. Ia tak datang bergolek tetapi begitu cantik dipindah masukkan ke dalam akaun paypal. Nak kata banyak sangat tu tidaklah tetapi siapa nak bagi 100 USD bersamaan dengan RM 3++ senang-senangkan..
Semalam waktu aku membuka Inbox. Ada satu email datang dari pppl_cashback@paypal.com yang menyatakan 100 USD telah dimasukkan ke akaun paypal. Aku tidak terus percaya tetapi periksa terlebih dahulu isi kandungan email tersebut.
Seingat aku,tak pernah pulak aku sertai apa-apa kempen yang di anjurkan paypal selain dari paypal wishlist akhir tahun lalu. Tetapi untuk itupun duitnya dah diterima. Bila aku selidik-selidik barulah aku faham bahawa duit ini merupakan hadiah daripada paypal untuk kempen Crazyhour Cash Prize.
Hadiah ini diberikan kepada mereka-mereka yang membuat urusan jual beli online melalui akaun paypal sekitar Disember tahun lalu. Manakala lebih 250 hadiah yang bernilai sehingga 75,000 USD akan diagihkan percuma kepada mereka yang bertuah. Dan aku salah seorang yang bertuah itulah kot.. kerana apabila aku periksa akaun paypal ini yang aku nampak..
Nak cakap apa lagi selain dari Syukur yang tak terhingga..
Rezeki Allah..
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka; dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya ” ( QS Ath-Thalaq; 2-3).
Belum ada akaun paypal?
daftarlah sekarang..
Entri Berkaitan:










17 Responses to “Rezeki Tak Disangka : Hadiah 100 USD dari Paypal”
By khairolghani on Mar 24, 2010 | Reply
Alhamdulillah..rezeki..banyak la tu $100..
[Reply]
By kujie on Mar 24, 2010 | Reply
alhamdulillah…rezeki
p/s – kak jie sampai skrg tak de akaun paypal…
[Reply]
By samdaddycool on Mar 24, 2010 | Reply
hmm.. aku tak cukup bertuah…
p/s – mcm ni boleh pow 10 pinggan nasi ayam penyet
[Reply]
By cyza on Mar 25, 2010 | Reply
belanja lah bro…next week ke?
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply
Rezeki keluarga…
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply
Dah boleh daftar dah akaun paypal tu kak jie..
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply
Semua org bertuah… ada rezeki masing2..
p/s: 10 pinggan?? banyaknye…
[Reply]
By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply
Boleh… insyaAllah..
Tgh..berfikir-fikir duit mana nak guna utk pegi Singapore.. tup-tup Allah bagi rezeki.. syukur..
[Reply]
By sangilapi on Mar 25, 2010 | Reply
mat….email tu ada tertulis(kalau tak silap aku lah)…”sila kongsikan wang ganjaran ini dengan sangilapi”…kahkahkah
[Reply]
By samanosuke_04 on Mar 25, 2010 | Reply
Subhanallah.. Cinta kat DIA sentiasa berbalas… jeles gak aku bro…!
[Reply]
By Nadri on Mar 26, 2010 | Reply
syukurlah..biasanya susah nak dpt duit terpijak mcm nie..tp itu semua kerja Allah swt..
p/s: sya pun ada akaun paypal. tp blm pernah dpt duit drp paypal…
[Reply]
By nuaeman on Mar 26, 2010 | Reply
Ye ke bang Joe.. saya cuba cari kat baris mana tu eak… hehe.. mai JB laa bang joe.. kita pegi chamek..
[Reply]
By nuaeman on Mar 26, 2010 | Reply
Insya-Allah rezeki untuk ko juga ada nanti.. CINTA padaNya sentiasa ada balasan jika dipandang dengan mata hati..
[Reply]
By nuaeman on Mar 26, 2010 | Reply
Betul tu bro.. semua kerja Allah.. Dia yang aturkan..
[Reply]
By imran on Mar 30, 2010 | Reply
Memang rezeki la tu bro. Ingatkan paypal wishlist kembali lagi. Kalau ada nak jugak join
[Reply]
By hafizmd on Apr 1, 2010 | Reply
alhamdulillah…moge terus sukses..
[Reply]
By anwar khalid on Apr 14, 2010 | Reply
ini cubaan pertama saya. apakah ini semua benar
[Reply]