Rezeki Ramadhan
Ditulis pada September 11, 2008 – 6:41 am | Oleh nuaeman Share

Allah tu maha adilkan.. aku tengok setiap kali Ramadhan pelbagai peluang atau pintu rezeki dibuka untuk kita. Contoh macam Bazaar Ramadhan tu.. tak kiralaa yang jual kuih ke, juadah berbuka ke, baju raya kee semuanya ada ditentukan rezeki masing-masing. Maksudnya yang berniaga tu semua tak pulang ngan tangan kosong.
Tak kiralaa berapa banyak kedai pun.. pembelinya tetap ada. Hebat dan maha adilnya tuhan. Kakak-kakak yang jual kuih dan kain tudung kat office pun ada yang tak menang tangan ambil order. Yang jual mercun dan bunga api apatah lagi.. permintaan cukup tinggi walau dah ramai yang putus jari.. hehe. Mengikut pengalaman aku yang pernah menjadi tokey mercun satu ketika heheh.. keuntungannya memang berganda-ganda. Bernasib baik pada masa tu aku berurusan secara langsung dengan orang yang menyeludup masuk mercun dan bunga api jadi harga yang aku dapat memangla begitu murah. Bila dijual mengikut harga pasaran huh! memang jadi orang kaya kejap. apapun dah aku tinggalkan keje menjual mercun ni. Macam penjenayah lak rasa masatu.. apa taknya bila masuk kat gedung mercun pembekal, dah macam cerita hollywood bilamana penjenayah nak beli senjata.. semua mercun-mercun tu dalam crate.. penuh! tinggal pilih jee.. Nasib baliklaa aku tak kene tangkap tika tuh.. Fuh! Tapi kali ni kalau aku tau ada tokey camni , buat polis report lagi bagus kot.. dapat duit raya RM10,000! Kayo Pakcik! (sungguh ke polis nak bagi nih.. heh!)
Selain pada tu rezeki IM-IM yang berniaga kat internet ni pun bertambah-tambah juga di Bulan Mulia ni.. tak terkecuali biz aku. Agak risau juga masa awal Ramadhan bila tapak aku cari rezeki buat hal tapi macam aku dah sebutkan dari awal Allah tu maha adil.. jalan yang tak disangka-sangka datang dan alhamdulillah.. tak putus-putus hingga ke hari ni.. sampai terpaksa tolak order. Takdelaa banyak mana tapi ok jugaklaa kan buat beli persiapan raya.. Agak-agakla kalau salah satu akaun paypal korang macam NI ok tak? Sehingga kini hampir 100 usd lagi yang masih belum dibayar. Syukur Alhamdulillah.. Itulaa aku boleh buat contest..
Walaubagaimanapun rezeki yang melimpah ruah ni juga merupakan satu ujian buat kita supaya tak lalai dan leka. Syukur tu kene sentiasa ada. Harap-harap nikmat yang diperoleh ni taklah terhenti setakat ni sahaja. Bagi yang masih berhasrat nak buat duit bulan Ramadhan rasanya belum terlambat nak mulakan.. Banyak lagi ruang dan peluang. Cuma bila dah berhasil janganlaa lupakan tuhan. Setidak-tidaknya Zakat Fitrah wajib ditunaikan.. Barulaa ada “keberkatan“
“Korang dah bayar Fitrah ke belum nih?“
Entri Berkaitan:





14 Responses to “Rezeki Ramadhan”
By samdaddycool on Sep 11, 2008 | Reply
.. betul tu bro.. cari rezeki, tapi jgn lupakan ibadat….
… tak perlu terjerit sana sini (macam sesetengah orang) suruh solat terawih , tapi yang wajib (rukun Islam) lintang pukang, buat apa!
Bulan Ramadan banyak fadilatnya, aku pun cakap pandai, tapi ada ketikanya terlalai.. tu yang kadang-kadang Allah tarik sikit kurnia Dia, baru menggelabah…
[Reply]
By famia on Sep 11, 2008 | Reply
zakat fitrah selalu ayah yg tolong bayarkan.
tahun ni macam behajat nak bayar sendiri je.
harap-harapnya dapatla kot~~
hee hee hee.
selamat bepuasa dan selamat bertarawih.
[Reply]
By KNizam on Sep 11, 2008 | Reply
wah ikan bakar la. hehe
[Reply]
By ijamidayu on Sep 12, 2008 | Reply
Betul-betul..
Zakat Fitrah lom bayaq lagi..
Akan dibayar secepat mungkin..
[Reply]
By taukey on Sep 12, 2008 | Reply
fuyooo byknya duit paypal. hehehehe
[Reply]
By nuaeman on Sep 12, 2008 | Reply
Samdaddy> itulah lumrah kita sebagai manusia.. tapi walau apapun kena berinngat…
Famia> selamat datang dan selamat berpuasa.. selalu-selalulah singah ye..
Knizam> Ikan Bakar?? hehe
Ijamidayu>Alhamdulillah.. aku dah selamat bayar zakat..
Taukey>Bolehlaa.. sikit2 buat belanja raya
[Reply]
By titan on Sep 12, 2008 | Reply
hang main kat DP lagi ni..
[Reply]
By Mohd Hafifi on Sep 12, 2008 | Reply
ok akaun paypal ko tu..sedap mata memandang, sedap lagi klu itu akaun aku..ha ha..
[Reply]
By Adry Sabry on Sep 12, 2008 | Reply
Salam Kenal… Wah.. bagus betul bisnes ko tu… buat duit guna internet… best best.. ajar la.. aku tak reti nak buat duit kat internet ni..
Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com
[Reply]
By rohaizad on Sep 14, 2008 | Reply
Aiseymen.. aku belum bayar zakat fitrah lagi daaa…..
Petang karang aku bayar. Good post nuaeman
[Reply]
By muhafis on Sep 14, 2008 | Reply
zakat ak bpk ak yg bayo kan.. coz ak kecik agy.. huhuh
[Reply]
By aeropama dot com on Sep 14, 2008 | Reply
zakat membantu kita menyucikan harta krn sebahagian harta kita ada hak org lain di dalamnya. tak gitu saudara nuaeman?
ps: terima kasih kerana beri backlink pada aku…
[Reply]
By nuaeman on Sep 15, 2008 | Reply
Ady Sabry> Selamat datang.. nak belajar.. boleh.. rajin-rajinlaa kemari
Rohaizad>Baik gi bayar cepat Jad.. susah-susah bayar kat aku jee..
Sham>Ya betul! betul! Betul! kata ipin..
[Reply]
By likik83 on Sep 15, 2008 | Reply
alhamdulillah…sepanjang ramadhan tahun ni rezeki aku murah la sket…syukran
[Reply]