Pengeluaran Pertama Paypal terus ke Maybank
Ditulis pada December 25, 2009 – 4:35 pm | Oleh nuaeman Share
Penantian hampir 5 hari akhirnya berakhir… Alhamdulillah…
Sejak Paypal membenarkan pengeluaran wang terus ke Bank-Bank di Malaysia aku masih belum pernah mencubanya sehinggalah hari Isnin lalu buat pertama kalinya aku melakukan pengeluaran ke akaun Maybank. Rupanya taklaa serumit mana pun prosesnya..
Pengeluaran aku tidaklaa terlalu banyak. Setakat 300 usd sahaja dan bila mengikut currency di Paypal sekarang 1 USD bersamaan dengan RM 3.34668 jadi jumlah pengeluaran dalam nilai ringgit bersamaan dengan RM 1004.
Menurut pernyataan di paypal proses pengeluaran memakan masa 2-3 hari bekerja. jadi jika mengikut perkiraan aku paling lambat untuk wang masuk ke akaun Maybank ialah pada hari Khamis. Jadi aku menunggulah dengan sabar sehingga ke hari Khamis. Tapi agak mengecewakan apabila pada hari yang ditunggu-tunggu wang masih tidak berada lagi di akaun Maybank. Dari pagi bawa ke malam nilai wang masih tidak berubah. Adeh! Cuba pulak telefon kawan-kawan yang dah pernah keluarkan ke bank Malaysia. Respon dari mereka semuanya tiada masalah dan memang kadangkala prosesnya agak berlanjutan ke 5 hari. Jadi aku sabarkan diri untuk terus menanti…
Sebelum pukul 12 malam tadi aku sekali lagi cuba kuatkan diri untuk login ke Maybank2u. Alhamdulillah.. kali ini aku tidak kecewa lagi.. Ini semua wang dari aktiviti Blogging dari hujung bulan November hingga pertengahan Bulan Disember. Sepertimana aku pernah katakan, buat duit dari blog tidak menjadikan kita jutawan segera tetapi mampu memberikan kita wang setiap bulan. Cukuplah untuk bayar apa yang patutkan..
Ayam Penyek kita minggu ni kawan-kawan..?
Entri Berkaitan:
























10 Responses to “Pengeluaran Pertama Paypal terus ke Maybank”
By jawatan kosong on Dec 25, 2009 | Reply
Saat ni sudah bisa ya pengeluaran paypal ke maybank. Mesti dicoba ni… Thanks for sharing…
[Reply]
By titan on Dec 26, 2009 | Reply
alhamdulillah. Masuk gak akhirnya…dulu aku pun tunggu lama gak. Last-last sekarang, aku jual je kat sesape nak..sebab nak tunggu lama sangat. Hehe..
[Reply]
By Mari Buat Blog on Dec 26, 2009 | Reply
kekadang laju…kekadang slow. aku dh 2 kali kuarkan duit guna paypal guna maybank.selalu nyer dlm seminggu setel la
[Reply]
By samanosuke_04 on Dec 26, 2009 | Reply
salam, hmmm.. bleh tunjok x tutorial nak withdraw tue cane.. kene ader paypal yang verified dulu ke?
[Reply]
By miziology on Dec 27, 2009 | Reply
aku mggu lepas ade gak withdraw paypal..withdraw hari ahad mlm, masuk hari khamis ptg. tp xpe yg penting duit masuk hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 29, 2009 | Reply
jual mmg best.. on the spot duit masuk akaun.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 29, 2009 | Reply
janji duit tu masuk akaun.. heh
[Reply]
By nuaeman on Dec 29, 2009 | Reply
mulanya mmg behasrat nak buat tutorial tapi fikirkan ada beberapa blog dah buat.. takpelaa nanti aku buat satu ebook tutorial yang mudah didonlod bila-bila masa..
[Reply]
By nuaeman on Dec 29, 2009 | Reply
Betul tu mizi.. yang penting duit masuk..
[Reply]
By YusriZakaria on Dec 30, 2009 | Reply
duit halal yang masyuk…
[Reply]