Menjana Pendapatan sambil membuat Link Building (Bahagian 2)
Ditulis pada February 4, 2009 – 11:05 am | Oleh nuaeman Share
Sepatutnya aku dah siarkan post ni dalam minggu lalu tetapi atas sebab talian internet yang kurang baik maka hari ini baru aku berupaya untuk melaksanakannya. Sebagaimana yang semua dah sedia tahu bahawa post ini adalah sambungan kepada post tentang menjana pendapatan dengan link building sebelum ini. Tanpa perlu meleret-leret aku terus sahaja kepada persedian yang perlu ada sebelum kita nak memulakan langkah.
Persedian
Dalam apa jua perkara seharusnya ada persedian jadi begitu juga dengan kaedah ini. Ianya taklah terlalu berat tetapi seharusnya ada:
1. Akaun paypal
Aku rasa kebanyakan yang dah kenal dengan pendapatan dari internet semestinya telah ada akaun paypal. Bagi yang belum ada sila daftar segera di Paypal.com.
2. Kemahiran Bahasa Inggeris
Oleh kerana kerja-kerja yang dilakukan adalah pada forum dan blog bahasa inggeris maka dengan itu penting jugalah kemahiran tentang bahasa yang satu ni. Kalau sesiapa yang rasa kurang atau tak mahir tu eloklah cuba mahirkan. berkepit dengan kamus pun takpe. Aku sendiri berkepit dengan kamus sehingga sekarang.
Jadi dua perkara diatas memang amat penting sebelum memulakan dan sekiranya nak ditambah lagi aku rasa korang perlu membaca post tentang rahsia besar menjana pendapatan di Internet. Aku rasa itu telah cukup untuk menerangkan.
Harga untuk setiap kerja
Aku nasihatkan jangan rosakkan market dengan menawarkan harga terlalu murah hanya kerana nak bersaing. Harga paling minimum untuk satu komen di blog yang mempunyai paling kurang 25 patah perkataan adalah 0.20 usd. Sekiranya bahasa inggeris kita mantap dan idea pun banyak untuk menulis harga boleh dinaikkan kepada 0.50 usd hingga 0.70 usd atau 1 usd untuk setiap komen.
Bagi forum pula biasanya harga adalah berdasarkan pada link. Jadi untuk satu link kita boleh letakkan pada kadar 0.20 usd hingga 0.50 usd. Bersosial di forum dengan cara reply pada thread ataupun membuka thread baru, juga kalau boleh biarlah paling tidak mempunyai 25 perkataan untuk setiap satunya. Kalau buat lebih maka itu lebih baik.
Dimana nak dapatkan kerja-kerja sebegini?
Ini yang paling penting. Ada pelbagai forum-forum webmaster yang memerlukan servis-servis seperti ini tetapi yang paling popular dan menjadi pilihan semestinya DigitalPoint forum. Boleh register sekarang sekiranya belum berbuat demikian dan jangan lupa membaca undang-undang forum selepas itu. Dan bahagian atau section yang perlu dirujuk untuk dapatkan ataupun menawarkan servis ini adalah di bahagian servis yang mana satu sub-bahagian didalam kategori buy,sale or trade.
Di sana kita dapat lihat sesetengah offer seperti ini.
Jadi cara untuk mendapatkan kerja adalah dengan menghantar PM (Private Message) kepada mereka-mereka yang memerlukan servis ini. Caranya ialah dengan klik kepada nama mereka kemudian pilih “send private message to …“
Aku kurang mengesyorkan korang reply pada thread seperti ” Im interested” atau ” Send you PM” atau “count me in” kerana post itu terlalu pendek serta tak bernilai dan boleh mengakibatkan kita di’banned’ seminggu atau dua minggu dia forum ini.
Selain dari kaedah ini kita boleh juga membuka thread dan menawarkan servis ini. bagaimana?? okeh kita sambung dalam bahagian seterusnya nanti.
Selamat mencuba!
Entri Berkaitan:

























13 Responses to “Menjana Pendapatan sambil membuat Link Building (Bahagian 2)”
By Shaffik on Feb 4, 2009 | Reply
Kira macam kerja posting forum laa yer…tapi masukkan url dieorang laa eh?
Shaffik’s last blog post..Ashavin Sah Ke Arsenal
[Reply]
By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply
yep, lebih kurang macam tulaa jugak..
[Reply]
By Syokbeb on Feb 4, 2009 | Reply
thank you nuaeman kerna memberi idea untuk saya menambah pendapatan internet saya
Syokbeb’s last blog post..Building Your List with Paid eZine Advertising
[Reply]
By izzat on Feb 4, 2009 | Reply
owh..maksudnya kena cari individu yang tawarkan job tu la.. ingat ada company..hoho..
teringat kejap dulu ada sorang foreigner ni email, tanya ada wat link building x? minat x? tapi sebab tak tahu mendalah ni, dengan sonangnya reply, saya x minat..adoi…hahhaa
izzat’s last blog post..Quick Updates
[Reply]
By samdaddycool on Feb 4, 2009 | Reply
Thanks bro atas perkongsian menarik..
p/s- aku tgh focus one by one takut kena virus information overload
samdaddycool’s last blog post..Tudung Ekin on YouTube
[Reply]
By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply
Takpe.. kita sama-sama berkongsi..
[Reply]
By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply
Kita tawrkan servis pun boleh jugak.. buat satu thread.. kat DP jugak
[Reply]
By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply
No problem sam..
Off topic sikit.. bila nak post gambar kawin kat aku.. nak tengok gak bini ko.. hehe..
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Feb 5, 2009 | Reply
fuh..puas aku menggodek forum tuh..tp tak jumpa pon org nak wat link building …lebam lak mencari pasal banyak sangat thread !
[Reply]
By catzer on Feb 5, 2009 | Reply
Sesiapa yg belum mendapatkan ebook percuma aku berkaitan pemasaran forum boleh lah dptkan:
http://www.panduanminisites.com/bonusharijadi/Pemasaranforum.zip
So mungkin ada tips2 berguna yg korang boleh pakai sambil mengaplikasikan apa yg telah peroz share kat sini. Tok sahlah beli tips2 utk buat duit kat DP, byk benda dah share free dlm ebook aku dan blog peroz ni.
Pasal itrade aku rasa korang jgn tergile2 kejar sgt, aku ada byk itrade pun rasa sama jerk. Takde best pun, kalau boleh jual itrade tu best gak.
[Reply]
By rohaizad on Feb 5, 2009 | Reply
Terkejar-kejar itraders?
Memang aku gilakan itraders tapi yang berkualiti la. Bukan singgit-dua ringgit punya deal.
Maybe bagi org lain, itu tak penting, tapi disebabkan itraderslah aku dapat payment untuk 12 months link placement (1 link sahaja!) berjumlah RM1105.00 2 minggu lepas.
Tanyalah Nuaeman sendiri.
rohaizad’s last blog post..Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video.
[Reply]
By fadil on Feb 7, 2009 | Reply
Nueman } Betul ker ape rohaizad kata tu? Kalau betul memang masyuk la dier…
fadil’s last blog post..Tips Menangani Anak
[Reply]
By Mr Kamikaze on Dec 5, 2009 | Reply
time kacih atas info biz yg sgt berguna nie..tp masih kurg paham ler..
[Reply]