Menjana pendapatan sambil membuat Link Building ( Bahagian 1)

Semasa aku berkongsi tentang do follow forum dan do follow blog ada aku menyebut tentang menjana pendapatan sambil membuat link building. Benarkah kita boleh menjana pendapatan dengan link building? Jawapannya Ya, jika kita menawarkannya sebagai satu servis kepada mereka-mereka yang mahukan backlink ke blog atau website mereka tetapi tidak mahu atau tidak ada masa untuk melakukan secara manual. Ada ke yang mahukan servis sebegini?. Ahah! mungkin dua screenshot ini dapat memberi jawapan.

dan ini satu lagi..

Aku tahu jumlahnya taklaa banyak mana tetapi ianya cukup untuk bayar bil streamyx setiap bulan. Kalau ada lebih lagi mungkin bayaran bil air, letrik dan sebagainya mampu dilangsaikan.  Kaedah membuat link building aku ada ceritakan serba sedikit  sebelum ini dan mungkin boleh didalami lagi dengan apa yang telah dinyatakan oleh Taukey di blognya. Secara ringkasnya apa yang aku boleh katakan ialah dengan hanya membuat komen di forum ataupun blog. Kalau di forum kita boleh meraih lebih keuntungan kerana biasanya di bahagian signature kita  mampu meletakkan 2 hingga 5 link. Katalah satu link kita caj 0.20 usd maka kalau ada 5 link pada satu post atau komen bermakna setiap komen kita dibayar 1 usd. Kalau sehari kita hanya mampu membuat 10 komen di forum maka kira-kiranya lebih kurang begini:

1 usd x 10 komen = 10 usd

Mungkin sebulan kita hanya dapat luangkan 20 hari sahaja maka

10 usd x 20 = 200 usd

Apa yang dinyatakan tadi hanya sebagai contoh sahaja tetapi sekiranya sebulan kita hanya mampu meraih 20 hingga 30 usd pun berbaloi jugakan. Dah 100 andai ditukarkan kepada RM. Siapa nak bagi?

contoh komen pada forum dan link di signature didalam bulatan merah

itu bagi forum tetapi untuk blog pula kita hanya boleh meletakkan satu link sahaja ketika memberi komen ( lihat rajah dibawah). Jangan pula meletakkan link didalam komen. Itu boleh dikirakan sebagai spam. Itu yang sedikit rugi bagi komen untuk blog tetapi mungkin kita boleh letakkan caj tinggi sedikit seperti 0.50 usd untuk setiap komen.

contoh kedudukan link yang sepatutnya

Perlu diingat segala komen yang dibuat adalah didalam bahasa inggeris jadi bagi sesiapa yang kurang mahir lagi tu eloklah mahirkan. Tak rugi, banyak peluang yang akan diperolehi, insya_Allah. Pada bahagian pertama ini aku hanya nyatakan secara kasar . Di bahagian seterusnya nanti akan dijelaskan lebih mendalam bagaimana untuk menjana pendapatan dengan kaedah link building ini.Kalau ada sebarang soalan sila nyatakan dibahagian komen dan mungkin aku akan dapat huraikan pada bahagian seterusnya nanti.

Apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman aku dan maklumat ini diberikan secara percuma. Sekiranya terdapat mana-mana bahagian didalam post ini diambil dan dijual untuk keuntungan pihak-pihak tertentu sila laporkan kepada aku.

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

19 Comments

  • At 2009.01.20 17:44, taukey said:

    banyak tu sebenarnya. Aku belum terbabit dalam cara pendapatan sebegini. hehehe. tapi memang menarik cara ini dan bagi aku nampak ianya paling mudah terutama sekali utk orang yang tak percaya internet tak boleh digunakan untuk membuat duit

    taukey’s last blog post..Asas SEO dan Tambah Backlink Blog / Web

    • At 2009.01.21 09:16, nuaeman said:

      Betul tu Taukey.. tapi bagi yang malas agak sukarlaa nak menjana pendapatan dengan kaedah ni

    • At 2009.01.20 18:29, nadinezuharra said:

      inilah yang dikatakan sambil menyelam sambil minum air.. : ) syabas..moga income nuaeman bertambah tip top lagi di masa hadapan..

      nadinezuharra’s last blog post..:: Bukan senang nak menang sejuta macam En. Samerin..

      • At 2009.01.21 09:13, nuaeman said:

        Amin.. terima kasih.. doakan.. :)

      • At 2009.01.20 18:54, izzat said:

        banyak tu… boleh cuba nanti ni.. boleh share tip sekali.. hehe..

        izzat’s last blog post..Kempen Blogger Prihatin : Selamatkan GAZA

        • At 2009.01.21 09:14, nuaeman said:

          Boleh.. no problem.. akan dikongsikan pada bahagian akan datang..

        • At 2009.01.20 21:41, abdfatah said:

          waaaah… menarik nih. tertarik… menarik. nak try jugak laaa… nak usd jugak laaa

          • At 2009.01.20 22:02, KNizam said:

            mcm menarik je neh kan. hehe :)

            KNizam’s last blog post..Korang Akan Tahu Itu Bukan Rezeki Korang Bila…..

            • At 2009.01.20 22:28, zool said:

              Wah tak tau plak aku..
              Jadi komentar pun boleh dapat duit..
              Ingatkan sekadar nak cari backlink semata2..
              Er kat mana bro nak dpt advertiser tu?

              zool’s last blog post..Telur cacing tak boleh digoreng

              • At 2009.01.21 09:14, nuaeman said:

                Nanti aku akan bagitahu.. dont worry.. takde selindung2 punya nih.. :)

              • At 2009.01.21 03:57, |1f34|-|1r3 said:

                bila nak kuar nama program nyer ni…haha

                • At 2009.01.21 09:15, nuaeman said:

                  Dia bukan program Sam tapi kita deal dengan orang.. nanti aku akan jelaskan lagi..

                • At 2009.01.21 13:43, |1f34|-|1r3 said:

                  haha..tetiba lak nama aku jadi Sam…hehe…aku paham dah..ingatkan program tp sbnrnya bukan..hehe

                  |1f34|-|1r3’s last blog post..What ex-Google employees said about working with Google

                  • At 2009.01.21 14:06, Shaffik said:

                    Idea yang bagus sekali. Akn di cuba jugak nanti..Thanks for sharing info

                    Shaffik’s last blog post..Hati-hati Honda Stream Putih

                    • At 2009.01.21 15:46, areryp said:

                      menarik sungguh cara ni…xsabar nk tggu bahagian kedua plak..thanks bro sudi kongsi ngn kami…wish you luck bro.

                      areryp’s last blog post..How to earn money from PTC?

                      • At 2009.01.21 17:12, muhafis said:

                        actually ak tak paham ape pun.. building nie kire mcm post kumen di blog n forum dpt duit ke? mcm task yg ak dapat kat DP ek..

                        muhafis’s last blog post..Tolong lajukan masa..

                        • At 2009.01.25 07:49, abdfatah said:

                          buat duit sambil timba backlinks. memang menarik sungguh. duit dapat. backlinks pun dapat. traffikpun dapat…

                          • [...] Sebagaimana yang semua dah sedia tahu bahawa post ini adalah sambungan kepada post tentang menjana pendapatan dengan link building sebelum ini. Tanpa perlu meleret-leret aku terus sahaja kepada persedian yang perlu ada sebelum [...]

                            • At 2009.02.25 20:25, fazamania said:

                              wah…jadi tukang komen pun leh buat duit.. boleh share tak info camne nak join ?

                              fazamania’s last blog post..Samseng Pun Terkena Pengaruh X-Men

                              (Required)
                              (Required, will not be published)