Kaedah Mudah dan Pantas Menulis Artikel


Ditulis pada December 16, 2008 – 11:14 pm | Oleh nuaeman
Share

Ramai yang kata susah nak buat artikel apalagi yang berbahasa inggeris. Mungkin tentang bahasa inggeris tu aku tak dapat nak tolonglah sebab itu atas kehendak diri. Kalau rasa nak mahirkan kenalah belajar kerana aku sendiri masih ada kelemahan tentang tatabahasa untuk bahasa inggeris.  Aku pun tidaklah terlalu mahir tetapi dapat jugaklah menambah pendapatan dengan artikel nih. Apa yang bakal aku kongsikan adalah salah satu kaedah yang mudah untuk menulis artikel.

Okeh! Untuk sesebuah artikel biasanya yang kita tahu ianya perlu ada pendahuluan kemudiannya isi dan berakhir dengan penutup. Yang menjadi masalah selalunya adalah nak mencari isi. Pendahuluan dan penutup kita boleh goreng. Heh! Hanya beberapa langkah diperlukan untuk menulis artikel mengikut cara yang aku akan sampaikan ni. Kalau rasa boleh diikut teruskan.. kalau tak boleh, cubalah cari kaedah lain pulak. Aku hanya berikan salah satu kaedah yang aku pernah gunakan.

Langkah pertama ialah cuba pergi ke dua laman web ni:-

i) www.ehow.com ii) www.wikihow.com

Apa yang ada pada dua website ni? Sebenarnya disini terdapat beribu-ribu artikel yang telahpun terbahagi kepada beberapa kategori dan niche. Kesemua artikel didalam kedua-dua web ni adalah berbentuk “how to” dan penyampaiannya adalah dalam bentuk point. Terfikir tak bahawa ini semua dapat membantu kita untuk menghasilkan sebuah artikel. Bagaimana?

Langkah seterusnya adalah pilih niche yang nak ditulis. Kaedahnya adalah dengan menggunakan button search yang disediakan oleh kedua-dua web ini. Tak susah, hanya taip apa yang difikirkan nak tulis. Ataupun cari sahaja dibahagian kategori.

Setelah jumpa niche yang kita sasarkan maka kita akan dapat lihat artikel yang mereka sediakan adalah dalam bentuk point sepertimana yang aku katakan sebelum ni. Bukankah ini memudahkan kita untuk mencari maklumat bagi artikel yang nak ditulis. Semua point-point yang diberikan tu kita ambil dan draftkan untuk dijadikan isi. Bagi sesiapa yang tahu untuk membuat “rewrite” artikel itu adalah satu bonus kerana ia akan memudahkan lagi kerja.

Bagaimana? mudahkan? Jadi sekarang kita hanya perlu olah sedikit untuk membuat pendahuluan dan penutup kerana isi dah tersedia. Sekarang pasal tajuk. Tukarlah tajuk bagi nampak cantik dan boleh buat orang nak baca macam..

“5 Effective ways to..”

“10 Proven step to..”

“7 Secret to..”

Dan apa-apalah ikut kreativiti yang ada. Satu lagi aku pesan kalau boleh setiap artikel tu ada disertakan sekali dengan gambar yang berkenaan. Amacam boleh ikut kaedah yang aku bagi ni? Kemudian bila dah tulis bolehlah disubmit pada program-program buat duit melalui artikel. Ini pun boleh jadi salah satu sumber rezeki bagi memenuhi paypal kita. Yang penting kena cuba. Selagi tak cuba kita takkan tahu  kaedah ini berkesan atau tidak. Dibawah ni ada dua contoh artikel dari aku yang ditulis mengikut kaedah ni.

1. How to make a good movie Reviews

2. Design Ideas for Custom Fireplace

Selamat Mencuba!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Provide Servis di Internet: Kaedah Pantas Buat Duit Online
  2. Gores dan Menang: Kaedah Pantas menghanguskan Wang
  3. Bayaran dari Awsurvey dan Artikel

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 30 Responses to “Kaedah Mudah dan Pantas Menulis Artikel”

  2. By Kujie on Dec 16, 2008 | Reply

    kena mencuba juga ni..kadang2 ada banyak isu yang menarik yang boleh ditulis tetapi jari kelu…:p

    [Reply]

  3. By zariel on Dec 17, 2008 | Reply

    masa juga selalu mencemburui ;)

    zariel’s last blog post..Memilih DSLR Nikon

    [Reply]

  4. By sufian on Dec 17, 2008 | Reply

    zaman sekarang suma nak pantas..lebih terampil gitu

    sufian’s last blog post..Anti Whois – DomainByProxy

    [Reply]

  5. By |1f34|-|1r3 on Dec 17, 2008 | Reply

    aku suka menulis tutorial…mungkin aku patut belajar camana nak wat tutorial dari site2 tuh..theme baru ko lawa weh…haha

    |1f34|-|1r3’s last blog post..Win a chance to get Traffic Secrets 2.0

    [Reply]

  6. By samdaddycool on Dec 17, 2008 | Reply

    … Bagus bro! kalau aku kering idea, boleh gak cuba tips kat atas ni…

    Biasanya kalau aku habis idea, aku termenung kejap… fikir, dapat idea terus je goreng.

    Mungkin aku dah biasa tertekan dengan banyak situasi (kebiasaanya dalam biz, jadi memang kepala dah dilatih untuk ligat berfikir)…

    Tak semua orang dianugerahkan kelebihan bercakap / menulis.. Semuanya anugerah Allah. Walau bagaimanapun, skill ni kadang-kadang boleh dilatih, dan diasah supaya tajam..

    Untuk permulaan kepada sesiapa yang kurang mahir, tips di atas memang boleh dipraktik.

    Syabas! (bunyi macam skema la plak)

    samdaddycool’s last blog post..Cooking oil vs Engine oil

    [Reply]

  7. By KampungBoy on Dec 17, 2008 | Reply

    Yang ini mmg mmbantu…kepada sp yang kelu untuk berkata n stuck kena nak tulis artikel….biasalakan..idea banyak, tapi bila nak start tu……

    KampungBoy’s last blog post..Sejarah Aku & ebiz..

    [Reply]

  8. By KampungBoy on Dec 17, 2008 | Reply

    Cmne ko bwat daftar gravatar nie ek nueman….aq dah try dah, tp tula xview plak. yg kuar imej default cmni. Nanti ko mai kat blog aq btau…..takut aq xpsan plak klu ko balas kat sini….Hoho…

    KampungBoy’s last blog post..Sejarah Aku & ebiz..

    [Reply]

  9. By Richie on Dec 17, 2008 | Reply

    ada gak baca kat ebook JWA2 style mcm ni

    [Reply]

  10. By Callister on Dec 17, 2008 | Reply

    hm..menarik ni..
    leh menajamkn skill..

    Callister’s last blog post..Keys and worm

    [Reply]

  11. By menj on Dec 17, 2008 | Reply

    Fulamak…apasal tetiba theme jadi gempaq ni?

    [Reply]

  12. By chuckiesd on Dec 17, 2008 | Reply

    betul laa bro..selagi tak cuber kiter tak tau..mungkin kita berkemampuan tapi tak di asah jer..

    [Reply]

  13. By Taukey on Dec 17, 2008 | Reply

    kalau blog personal aku rasa apa apa pun aku senang nak masukkan. ambik gambar sana sini aku cerita.

    part yang susah kalau ada niche. hilang idea la, cemaner nak mulakan karangan(rasa cam budak sekolah plak)

    lepas dapat mula yang lain-lain tu akan datang dengan sendiri

    [Reply]

  14. By ijamidayu on Dec 17, 2008 | Reply

    Hohoho.. Selagi tak cuba tk tahu bro..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Betul tu kak jie.. kadang bila membaca paper kee nampak banyak isu boleh ketengahkan.. sampai tak tau nak tulis pasal apa

    [Reply]

  16. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Yep.. masa.. dan beberapa komitmen lain..

    [Reply]

  17. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    zaman dah berubah.. dunia dah maju sufian.. hehe

    [Reply]

  18. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    lawa kee mekasih.. mekasih.. heh

    [Reply]

  19. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Haha.. haahlaa laa sam bila last ko cakap syabas tu macam lain lak bunyinya hehe.. biasakan ko sempoi.. haha

    [Reply]

  20. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Bila dah byk idea pun boleh serabut kepala otak.. hehe

    [Reply]

  21. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Kalau dah register ko kena set status gravatar tu yang mana satu.. sebab ko kene pilih yang sesuai utk semua golongan.. makna takde unsur porno ke apa.. membantu tak nih

    [Reply]

  22. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Owh ye kee.. aku tak beli lagi ebook tu.. tapi ini aku belajar dari salah satu ebook luar.. membantu jugaklaa

    [Reply]

  23. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Ko kan terel bab english artikel ni callister..

    [Reply]

  24. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Gempaq ke bro.. hehe.. saja tukar angin.. rasa selesa sikit dengan theme ringkas camni..

    [Reply]

  25. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    Kita boleh.. cuma nak kena mahirkan jee.. kalau org lain boleh kenapa tidak kita kan..

    [Reply]

  26. By samdaddycool on Dec 18, 2008 | Reply

    biasakan diri nak jadi org berjaya (bagi motivasi .. kikikiki..)

    samdaddycool’s last blog post..Cooking oil vs Engine oil

    [Reply]

  27. By Callister on Dec 18, 2008 | Reply

    ish mana ada la..
    perli aku ke..

    Callister’s last blog post..Flirt in the pool

    [Reply]

  28. By nuaeman on Dec 18, 2008 | Reply

    LOrr perli apa plak.. bukan ko biasa menulis dalam english ape.. itu bagi semangat tu..

    [Reply]

  29. By Callister on Dec 18, 2008 | Reply

    haha..ok2..
    tgh semangat la ni..

    [Reply]

  30. By ezad on Dec 18, 2008 | Reply

    ha makasih ya, aku dh hilang idea kkdang nak menulis..huhu

    [Reply]

  31. By farahaznil on Dec 18, 2008 | Reply

    artikel??ho ho ho..dah mcm msk skolah balik ni..hi hi hi..

    p/s – lawo ko punya theme br ni..hahha

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled