Jualan Pertama di Clickbank dengan Teknik Pakej Video
Ditulis pada February 14, 2009 – 10:19 pm | Oleh nuaeman Share
Walaupun kita biasa menjana wang di Internet tetapi jika sekiranya kita berjaya menghasilkan pendapatan melalui sesuatu teknik baru yang agak asing bagi kita sememang perasaan “excited” tetap akan ada sebagaimana kita mula-mula mendapat 1 dolar secara online. Samada ada yang bersetuju atau tidak tetapi itulah yang aku rasakan bila buat pertama kalinya berjaya menghasilkan jualan dari Clickbank melalui teknik Pakej Video Puan Lisa.
Sebenarnya aku telah dapatkan produk pakej video ini sejak dari bulan Januari lagi tetapi belum berkesempatan untuk mempraktikkan secara serius oleh kerana aku lebih tertumpu kepada teknik-teknik menjana pendapatan dari blog. Jadi bila masuk bulan Februari ni aku rasa paling tidak aku perlu gerakkan sedikit apa yang telah aku faham dari teknik pakej video ni. Oleh kerana itu pada Rabu lepas aku cuba praktikkan teknik tersebut dengan memasukkan 4 video di Youtube. Pada aku ini adalah sekadar video cuba-cuba walaubagaimanapun aku tetap mengikuti setiap peraturan yang ditetapkan oleh youtube dan juga apa yang telah difahami berhubung isu hakcipta supaya video tersebut tidak dibuang oleh pihak youtube.
Setelah melaksanakan semuanya aku biarkan sahaja video tersebut sehinggalah pada subuh keesokkan harinya aku memeriksa ‘klik’ yang diperolehi. Aku nampak lebih kurang 80 klik yang aku dapat maka aku cuba masuk ke akaun Clickbank. Alhamdulillah.. buat pertama kalinya aku dapat melihat ada nilai didalam akaun Clickbank aku. Walaupun ianya sekadar 19.98 USD tetapi tetap bermakna bagi aku.
Aku semakin yakin untuk terus mencuba teknik ini dan aku akan berusaha untuk mencapai target yang telah aku sasarkan iaitu 100 usd dari clickbank pada bulan ini. Aku rasa ianya tak mustahil untuk dicapai sekiranya kita benar-benar mempraktikkan apa yang telah ditunjukkan di dalam pajek video tersebut dan aku sendiri bukan nak kecoh dengan perolehan yang tak seberapa ni tetapi sekadar ingin membuktikan bahawa teknik ini benar-benar berkesan. Sekiranya dilakukan dengan lebih serius aku yakin ianya mampu memberikan satu pendapatan pasif.
Dalam pelbagai teknik menjana wang yang aku praktikkan, rasanya ini antara teknik yang mudah dan simple. Sesiapa pun boleh lakukan dengan hanya mengikuti panduan langkah demi langkah yang telah diberikan didalam pakej video tersebut. Pemilik produk ini juga senang untuk dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat. Aku semakin teruja bila mendapat tahu seorang remaja berjaya mengumpul hampir RM 10,000 dengan tak sampai dua bulan mempraktikkan teknik ini. Kalau dia boleh…, takkan kita tidak.. betul tak?
Entri Berkaitan:







15 Responses to “Jualan Pertama di Clickbank dengan Teknik Pakej Video”
By rohaizad on Feb 14, 2009 | Reply
Positif… positif…
Itu yang perlu ada dalam diri.
* Sales pertama sememangnya penuh dengan sentimental value…. sadisnya…. wahahahah
[Reply]
By samdaddycool on Feb 15, 2009 | Reply
Aku tak sempat nak create video semalam…. tgh struggle dgn setup .. tertido keletihan. Takpe harini aku akan cuba buat sampai siap… Kalau remaja itu boleh dpt RM10k, kitapun boleh… kan!
samdaddycool’s last blog post..sunbaby ke sun babi
[Reply]
By setem malaya on Feb 15, 2009 | Reply
Tahniah!! .. berkat usaha tanpa jemu .. memang berbaloi
setem malaya’s last blog post..eBay Secrets: Tips to Make Higher Profits on eBay
[Reply]
By Taukey on Feb 15, 2009 | Reply
tahniah kawan. Aku rasa ebook tu telah membantu ramai org. sedikit masa lagi aku pasti ko akan dapat pendapatan pasif dari you tube
Taukey’s last blog post..Fakta Terbaru Ular Besar
[Reply]
By titan on Feb 15, 2009 | Reply
hoho..tahniah la weh..
[Reply]
By nuaeman on Feb 15, 2009 | Reply
Tengah positif lee nii.. walau dua tiga hari ni belum ada sales.. hehe. yang pertama tu tetap membakar semangat..
[Reply]
By nuaeman on Feb 15, 2009 | Reply
Betul tu Sam.. kita mesti boleh punya..
[Reply]
By nuaeman on Feb 15, 2009 | Reply
terima kasih AMbiz..
[Reply]
By nuaeman on Feb 15, 2009 | Reply
Harap-harap begitulaa taukey.. dan aku doakan ko pun sama..
[Reply]
By nuaeman on Feb 15, 2009 | Reply
Thanks bro
[Reply]
By Shaffik on Feb 15, 2009 | Reply
Tahniah laa bro..teruskan usaha. sama-sama kita..
Shaffik’s last blog post..Amalkan Bacaan Ayat Kursi
[Reply]
By samdaddycool on Feb 16, 2009 | Reply
Aku dah berjaya upload video pertama! Tengah memantau sekarang…. + nak upload lagi…
wish me luck!
samdaddycool’s last blog post..sunbaby ke sun babi
[Reply]
By yasir on Feb 16, 2009 | Reply
bro…nak tanya…bila nak letak link dalam video tuh,bro letak link hop CB ker or shorten url tu?or beli domain len then redirect?
[Reply]
By nuaeman on Feb 16, 2009 | Reply
guna shorten url.. aku guna pinurl.com jee..
[Reply]
By Afiff on Jun 12, 2010 | Reply
Saya dah beli pakej video puan lisa. Memang berbaloi.
[Reply]