Ini Hanya Suatu Cerita…


Ditulis pada April 13, 2010 – 1:18 am | Oleh nuaeman
Share

Di suatu pagi nan Indah, tatkala cuaca agak dingin oleh kerana hujan yang masih terus mencurah dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Keadaan begini sememangnya sungguh nikmat bagi sesetengah hamba tuhan untuk kembali menarik selimut selepas usai solat subuh atau mungkin ada yang terus dihimpit lena tanpa menghiraukan tanggungjawab yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu . Tanpa disangka pagi untuk juga bermula satu episod baru untuk aku..

Sepertimana biasa, waktu pagi merupakan detik yang ideal untuk blogger seperti aku menjenguk kantung email, kantung paypal dan juga membaca komen-komen di blog. Cuma pagi itu ada kelainan sedikit, dada aku terasa bagai ditekan-tekan waktu cuba untuk bangkit dari tidur. Tubuh aku terasa sejuk ditambah pula dengan cuaca dingin yang menggigit. Nafas aku mula tersekat-sekat. Alamat apakah ini..?

……………

Si isteri gagal mengawal limpahan air mata waktu membantu aku untuk bangkit. Sungguh ianya memang menyakitkan sehingga aku terfikir apakah ini rasanya roh ditarik keluar dari jasad. Tetapi aku cuba juga menggerak-gerakkan jari kaki. Ternyata masih lagi berfungsi sepertimana biasa. Syukur…  belum masanya…

………….

Doktor yang memeriksa aku sedikit pelik apabila aku katakan bahawa aku tidak merokok. Menurutnya pergerakkan jantung aku kurang stabil. Ada ketikanya agak lambat dan  bila-bila sahaja aku boleh tumbang sekiranya denyutan itu terlalu lambat. Untuk pemeriksaan susulan aku dikehendaki mengambil Ujian elektrokardiogram (ECG)  dan hasil dari ujian yang pertama, bacaan yang didapati adalah tidak normal lalu aku dikehendaki buat pemeriksaan lanjut di Hospital.

Keputusan ujian ECG di hospital juga sama sepertimana sebelumnya dan aku dikehendaki pula mengambil Ujian Stress ECG. Walaupun aku tidak merokok tetapi doktor ada menasihati aku untuk memberi perhatian kepada beberapa perkara seperti kurangkan makanan berlemak, banyakkan aktiviti riadah dan elakkan dari stress kerana menurutnya apa yang aku alami itu adalah lebih kepada stress disebabkan tekanan darah aku masih dalam keadaan baik. Apa yang buat aku stress sangat??

Aku cuba fikir apa yang buat aku stress. Anak-anak?? rasanya tidaklah terlalu mengusutkan kepala. Kerja?? juga tidak bagi aku?? persekitaran?? Biasa sahaja.. tetapi ada satu perkara yang aku sedar kerapkali buat aku stress iaitu talian internet! ya talian internet. Oleh kerana ianya bersangkut paut dengan aktiviti buat duit dari blog, maka aku memang cukup stress bilamana acapkali waktu aku mendapat apa-apa tugasan yang perlu dibereskan dan pada waktu inilah talian internet pada keadaan yang sangat teruk.  Setelah berfikir panjang aku rasa langkah terbaik ialah berehat sementara dari aktiviti blogging. Ianya keputusan berat tetapi perlu. Tahu sahajalah aktiviti blogging ini jika sudah berehat panjang agak liat juga nanti untuk memulakan semula.

Dari semasa ke semasa aku menjalani pemeriksaan berdasarkan setiap temujanji yang telah ditetapkan. Sehinggalah Ujian  terkini yang aku harungi semalam didapati keadaan jantung aku telah kembali normal tetapi aku tetap perlu membuat temujanji seterusnya bagi ujian darah pula. Letihkan jadi orang sakit.. heh!

Oklah, tujuan kisah ini diceritakan bukan untuk menarik simpati sesiapa berkenaan keadaan aku cuma aku ingin kongsikan sedikit kisah tersirat disebalik apa yang berlaku. Ianya berkaitan dengan keadilan Allah dalam hal rezeki.


Aku ada nyatakan bahawa aku terpaksa berehat dari aktiviti blogging untuk beberapa tempoh tertentu dan mungkin agak lama dari biasa, tetapi dalam tempoh itu hasil dari blog-blog yang telah lama dibaja masih lagi ada. Walau aku tidak melakukan apa-apa approuch dengan direct advertiser, ada pula mereka-mereka yang menghubungi aku melalui email samada untuk menyambung tempoh hayat link di blog ataupun meletakkan link terbaru. Oleh kerana itu pendapatan dari blog tidak pernah terputus walau agak kurang dari biasa. Bermakna hasil dari usaha aku sebelum ini membuat kemaskini serta melakukan optimasi pada blog tidak tersia begitu sahaja.


Allah itu maha adil dan ujian yang didatangkan-Nya ada pelbagai cara. Adakala rezeki kita datang mencurah-curah dan dari situ Dia melihat sejauh mana rasa syukur kita kepada-Nya, adakala kita terpaksa lepaskan apa yang menjadi minat dan kesukaan kita dan dari situ Dia menguji tahap sabar kita mengharungi dugaan-Nya. Nasihat aku kepada mereka yang telah dan juga sedang berusaha untuk menghasilkan sesuatu dari blog terutamanya mereka-mereka yang telah mengikuti seminar smartblogging dari saudara Rohaizad, teruskanlah usaha, jika hasilnya tidak sekarang mungkin akan datang. Sebagaimana janji tuhan..

“Tidak ada binatang yang melata di muka bumi, melainkan Allah jamin rezekinya” (surah Hud: Ayat 6)

Itu binatang, apalagi kita yang diciptakan sebagai manusia berakal. Tidak pula aku bermaksud kita perlu hidup berserah sahaja kerana rezeki kita dijamin oleh Allah tetapi usaha ke arah itu mestilah ada. Apakah aku hanya menyedapkan hati oleh kerana lama tidak aktif dengan niche blog. Terpulang kepada siapa yang ingin mempercayainya kerana sudah aku nyatakan ini hanya suatu cerita…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kita dan Cerita-cerita half truth
  2. 279.5usd @ RM 950.30 Hanya dari Blog PR0
  3. Suatu Hari di UTM Skudai

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 26 Responses to “Ini Hanya Suatu Cerita…”

  2. By sangilapi on Apr 14, 2010 | Reply

    moga semakin sihat dan hindari stress.
    selagi bernafas selagi itu ada rezeki :)

    [Reply]

  3. By Kujie on Apr 14, 2010 | Reply

    kadang2 kita diuji dgn limpahan rezeki… tetapi kesihatan tidak boleh diabaikan .

    moga Allah menyembuhkan…

    [Reply]

  4. By Rizzal on Apr 14, 2010 | Reply

    bro.. jauhi duduk bersama perokok…asal aku tak suka duduk berdiskusi bersama perokok..kolestrol level ko dah check? kena rajin buat senaman cardio…

    [Reply]

  5. By Rizzal on Apr 14, 2010 | Reply

    kurangkan tengok bola pasal masa ni ko mesti stress…

    [Reply]

  6. By rohaizad on Apr 14, 2010 | Reply

    Thanks Mad.

    Aku rasa memang betul apa yang Rizzal cakap. Masa ni bola ko kena slow sket. Sebab kalau MU kalah, memang dikkuatiri ko akan bertambah stress.

    Lagi satu, cardio training pun perlu. Aku dulu tak tahu cardio training tu apa, tapi lepas buat…. stamina aku berada di tahap paling bagus (boleh berlari 10 minit tanpa henti walhal dulu 2 minit jer bagai nak mati mintak nyawa).

    Exercise memang perlu , serious!

    p/s: aku dah bertahun duduk je kat rumah depan laptop, makan-minum-online tanpa exercise… perghh!

    [Reply]

  7. By knightblogger on Apr 14, 2010 | Reply

    setuju. :)

    [Reply]

  8. By zik on Apr 14, 2010 | Reply

    kesihatan didahulukan…takpela berehat seketika untuk blogging nie k.. aku doakan semoga bro cepat sembuh..amin

    [Reply]

  9. By Shaffik on Apr 14, 2010 | Reply

    Apa-apa hal kesihatan dulu bro. Kalau ko ada masa, jogging atau bersenam sikit. Kalau ko nak join aku main bola setiap malam rabu..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Apr 15, 2010 | Reply

    Terima Kasih abng Jo, ya rezeki Allah itu ada…

    [Reply]

  11. By nuaeman on Apr 15, 2010 | Reply

    Moga kita semua mampu hadapi apa jua bentuk ujian yang tiba.. Terima kasih kak jie..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Apr 15, 2010 | Reply

    Mmg tak selesa kalau berdiskusi dikala asap rokok berkepul-kepul masuk ke lubang hidung

    [Reply]

  13. By nuaeman on Apr 15, 2010 | Reply

    Musim bola eropah pun dah nak habis.. stress dah berkurang.. demam World Cup laa pulak lepas ni..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Apr 15, 2010 | Reply

    Tengok bola dah takde apa sangat sekarang.. musim dah nak habis.. huhu

    senam tu bersenam jugak.. eh bila lagi nak berfutsal ni?

    [Reply]

  15. By nuaeman on Apr 15, 2010 | Reply

    Terima kasih bro, aku plan beberapa sukan lain yang boleh dimain dan tak perlu ramai orang jadi kalau 4-5 orang jee yang confirm , masih boleh on..

    [Reply]

  16. By fiezaradzi on Apr 15, 2010 | Reply

    Mga sihat selalu.. insyaallah, dimudahkan Allah..

    Ujian Allah macam2 bentuk..bersabarlah..

    [Reply]

  17. By samdaddycool on Apr 15, 2010 | Reply

    nasib baik JB jauh.. kalo jarak mcm Muor -Melaka mau aku gi sana dgn Megat

    [Reply]

  18. By samdaddycool on Apr 15, 2010 | Reply

    semoga pulih seperti sedia kala dan stabil

    [Reply]

  19. By Nadri on Apr 15, 2010 | Reply

    moga diberi kesembuhan segera hendaknya..klu nak pagi hujung minggu blh jog sama2 dkt tasik depan teratak bro..

    p/s: talian internet dkt area rumah kwn pun hampeh jugaks..

    [Reply]

  20. By Dila.13 on Apr 15, 2010 | Reply

    Bro, kesihatan mau dijaga. tgk je SAF.. walaupun pakai heart pacer, beliau tetap gah menongkah stress mengepalai kelab tercinta. glory glory LUGH!! hehe..

    btw, please lahhh.. makanan berlemak kurangkan.

    [Reply]

  21. By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply

    Terima kasih zik.. saya jugakan doakan zik sihat sejahtera sentiasa hendaknya..

    [Reply]

  22. By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply

    Moga kita diberi kekuatan untuk hadapi semuanya dengan tabah.. terima kasih puan fieza..

    [Reply]

  23. By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply

    Terima Kasih sam..

    [Reply]

  24. By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply

    Terima kasih Dila.. btw, kita dah terlepas kejuaraan musim ni nampaknya.. huhu..

    p/s: Dila boleh buat sales letter? contact saya kalau boleh

    [Reply]

  25. By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply

    selalu jugak saya kesana petang-petang… pagi kadang sunyi sgt..

    [Reply]

  26. By nuaeman on Apr 16, 2010 | Reply

    setuju je.. :)

    [Reply]

  27. By imran on Apr 17, 2010 | Reply

    Mencemaskan bila baca entri macam ni. Ramai juga kawan-kawan saya yang kena penyakit di usia muda. Ada yang kena darah tinggi, gout, diabetis dan paling menakutkan sakit jantung..!!

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge